Wednesday, December 15, 2010

GURU DAN DOKTOR

ASSALAMUALAIKUM…

Apakah persamaan yang terdapat pada seorang guru dan doktor? Soalan ini mungkin agak mengelirukan, kerana mungkin pada hemat fikiran anda sekalian, tiada persamaan antara guru dan doktor, melainkan perbezaan semata-mata…

Izinkan saya menyangkal pemikiran anda sekalian, kerana terdapat 2 persamaan yang gagal difikirkan oleh anda sekalian (atau mungkin terdapat yang telah memikirkannya)… Persamaan tersebut ialah guru dan doktor masing-masing berhadapan dengan klien yang terdiri daripada manusia ataupun insan. Persamaan yang kedua pula ialah guru dan doktor masing-masing akan memusnahkan klien mereka sekiranya mereka gagal dalam tugas yang telah diamanahkan kepada mereka…

Persamaan kedua itu mungkin sekali telah menimbulkan perasaan ngeri terhadap pembaca sekalian, dan mungkin sekali anda tertanya-tanya, siapakah yang lebih berbahaya, lebih memusnahkan dan jawapan saya untuk pertanyaan anda itu ialah seorang guru…(sila lihat gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas)

25733_105174039505466_100000386116563_130783_3146224_n

Jelas sekali dapat dilihat bahawa profesion perguruan ini merupakan satu profesion yang sangat berbahaya, malahan bagi saya, jauh lebih berbahaya daripada pengebom berani mati. Kenapa saya berani menyatakan pendapat sekalian? Kerana pengebom berani mati hanya akan memusnahkan insan di sekelilingnya, dan seorang guru pula akan memusnahkan keseluruhan generasi insan yang diajarnya.

Namun begitu, kenapa saya sanggup mengambil risiko dan menjejakkan kaki saya ke dalam arena perguruan? Ini kerana saya telah melihat bahawa guru saya telah mengambil risiko yang sama untuk mendidik saya dan membantu saya untuk membina generasi saya, dan saya akan mengikut jejak itu, untuk membantu insan lain membina generasi masing-masing.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua guru dan bakal guru yang telah berikrar untuk mengambil risiko ini, agar kita bersama-sama membina generasi baru dan bukan memusnahkan generasi ini…
Sekian, terima kasih…

p/s: dah macam ucapan menteri pendidikan la pulak,hehehe…ader gaya tak?

26 comments:

  1. wow!cikgu gemok ada potensi la nk jd pakar motivasi

    ReplyDelete
  2. alinac:gaya aper?doktor atau guru?hehehe

    ReplyDelete
  3. erina gemok:pakar motivasi?menteri pendidikan blh tak?

    ReplyDelete
  4. takut plak aku dgaq..tggungjawab 2 der

    ReplyDelete
  5. iniialahaku:sekadar sedikit perkongsian...yg menentukan tnggungjwb kiter tu kiter,hehehe

    ReplyDelete
  6. cik mas suke tu la jat!! :)

    dear..nk mintak tlg undi cik mas

    http://bpm-undi.blogspot.com/

    no 18

    dunia ku dunia cikgu

    ReplyDelete
  7. encik ijat.tahniah, anda kena tag :D

    http://worldofsizuka.blogspot.com/2010/12/bloglarianlarikkkkkk.html

    ReplyDelete
  8. mcm big bosS doh jat...saboh2...hehehe

    ReplyDelete
  9. sizuka:okies,beyeh...akan membalas secpt mgkin,hahaha

    ReplyDelete
  10. matganu:hehehe...perjalanan masih lagi jauh,hehehe...

    ReplyDelete
  11. alumi IPGKSM:ambe pom xbraper pasti,tp ada dalam lptop ambe,hehehe

    ReplyDelete
  12. eh?? mcm kenal je papan tanda tu,, sesuai la, boleh ganti hishamuddin nih.

    anda ditag!! buat ek~ Kempen: Mari Menutup Aurat

    ReplyDelete
  13. TERIMA KASIH WEH DGN ENTRI NI...BOLEH TAK AKU AMIK GAMBAR NI LETAK KAT ENTRI AKU PULAK? SEKADAR INSPIRASI..SEBAB DULU AKU TAK SUKE JAD CIKGU NI..WUUUUUUUUUUUU TAPI SEKARANG NI DA STEADY DAH HEHE

    ReplyDelete
  14. hari ni gak aku nak anta surat resign.nak jadi cikgu plak.haha

    ReplyDelete
  15. wah, macam takot weh,,
    ak bakal cekgu gak.
    da la ak amcam ragu3 broo

    Gaduh MANJA! | How much do u LOVE me? | First Two Wheels Moment

    ReplyDelete
  16. dya adriza:kenal ek...ambe pom xpsti gak,hehehe...beyeh2,gnti muhyding tu,hehehe...beyeh jek...

    ReplyDelete
  17. neon:boley jek,silakan...sharing is caring kan...

    ReplyDelete
  18. nazirul:hehehe...skrang ko kje aper?

    ReplyDelete
  19. PinQib:isk,jgn ragu2...berani ambik risiko,kerana balasannyer baik...

    ReplyDelete
  20. semua profesion mulanya dr didikan seorang guru,so, profesion sorang guru ni mmg 1 tanggungjawab yg BESAR~!
    ;)

    ReplyDelete
  21. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

    eeemmmmm aku terkejut bila baca kata-kata tersebut tak menyangka sekauh itu besarnya peranan seorang guru...

    patutlahh guru bistari sekolah bestari.. sologan yang selalu aku baca pada sekolah-sekolah...

    tak kisah lah berapa kali naik gaji guru mmg mereka berhak dapat imbal balas atas jasa besar dia mengajar dari buta huruf sampai tahu membaca...

    aku terfikir panggilan cekgu tu dibawa hinggalah ke selepas pencen dan sehingga kembali ke rahmatullah orang masih panggil "..Cekgu.. "

    ReplyDelete
  22. hanys:yup,btol tu...setiap satunya dimulakan dengan seorang guru biasa...

    ReplyDelete
  23. afzainizam:hehehe..btol tu...gelaran cikgu xkan terpadam smpai biler2...sma gak cam doktor...

    ReplyDelete

KOmeNg LE kENgKAwANG...