Thursday, October 28, 2010

doa untuk saper2 yang nak exam...

salam...arini ambe ader jumpa dalam fb fasal doa2 yang mustajab untuk saper2 yang nak exam nih...jadik ambe pom terase nak kongsi2 gak la...smoga saper2 yang baca boleh la manfaatnya...sekadar menyampaikan sedikit ilmu, smoga menjadi pedoman dihari muka kelak...(taching la plak,hahaha)

- Doa memulakan ulangkaji 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


- Doa selepas mengulangkaji 
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan: 
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا 
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan: 
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا  قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:  
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku




Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau mengucapkan selamat menempuh peperiksaan musim akhir ini kepada abg2, kakak2 & adik2 yg mengambil exam esk.. moga berjaya dunia dan akhirat...

ni antara sedikit doa yang ambe ambik dari fb...kalu nak doa lain buleh la jenguk dalam blog ini dan itu...


p/s : doa ni sekadar permintaan kita dengan Allah, apa yang lebih penting ialah usaha kita...aturannya ialah USAHA, pastu DOA, pastu TAWAKAL...sekadar sedikit perkongsian(kalu xnmpk,copy,paste dalam word,pastu besarkan font)......

Friday, October 22, 2010

buku ohh book...


Salam diucap pembuka bicara...ambe dapat idea nak kuarkan post ni selepas ambe baca satu entry ni kat 100penulis. korang buleh baca entry tu kat sini. selepas ambe baca entry ni, tros terdetik di hati kecik ambe ni nak kuarkan post2 berkaitan buku, sebab ambe ni pom merupakan sejenis, seekor, seorang ulat buku. Bukan ulat yang MAKAN buku tu, tapi orang yang suker baca buku. ambe stat jadik ulat buku ni sejak dari sekolah rendah lagi. minat ni makin jadik giler lepas ambe jadik pustakawan masa darjah 4...time tu memang ambe langsung xpergi kantin time rehat, g library jek..sebab ader bekal kan, jadik makan kat kantin jek la...time tu memang seronok, kalu ader buku2 baru, ambe la orang pertama yang membaca, heheheh...kena plak time skolah rendah tu ader KPM lancar PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca, kalu ambe xsilap la)...jadi sambil membaca, sambil masuk program ni...tapi xleh adiah pom,huhuu...
Pastu ambe naik la tingkatan 1,2,3...time ni buku2 xbraper sangat, sebab ambe giler kat komik2...satu kotak penuh ambe beli komik, cam KREKO, GEMPAK, & komik2 dari HongKong, macam pendekat laut, wira tunggal & sebagainyer...pastu masuk plak skolah teknik, masa tu ambe dapat jadik pustakawan lagi, pakai baju ijau tu,heheheh...msa tu kegilaan ambe untuk buku bercambah kembali (ayat xleh tahan tu)...sumer novel2 kat library ambe baca...kat library skolah teknik tu juga la ambe jatuh tangga cinta dengan novel tulisan Ramlee Awang Mursid, tajuk dier Tombiruo(penunggu hutan). pastu sumer novel dier ambe baca...termasuk la yang terbaru ni, Cinta Sufi...
Amacam? Dah tertarik? Pandangan mata tu ganaz wooo...
Sekarang ambe dah masuk maktab, IPG KSM ni, ambe dah stat masuk ke area buku2 ilmiah skit...bukan  buku akademik yek...buku first yang aq baca, Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain, tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz...memang seronok la baca nih...ni ambe baru jek abis satu lagi buku, tajuk HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis...selain tu,ambe pom dah stat menggila membaca blog(boleh kira buku gak ker?)...
Amacam? Ader bran???
Untuk post2 yang akan datang, ambe nak citer2 la pasal2 buku2 yang ambe dah baca, nak gak la berkongsi dengan pembaca2 yang lain...maner tau, pembaca lain pom leh cadangankan bahan bacaan lain untuk ambe...

p/s : panjang la plak entry kali ni kan...heheheh

Tuesday, October 19, 2010

exam week @ exam weak???

salam dihulur,tanda kemaafan...ayat besa time nak exam kan, mesti mintak maaf dulu, takut ader yang xkena nanti, kang tak pasal2 mental block...naya tu...(dah macam raya plk)...kenapa ek ambe wat kuar post camni, sebabnyer ialah 1 & 2 hb ni ambe dah stat exam, exam last untuk ambe kat maktab Institut Pendidikan Guru ni...insyallah taun depan ambe posting sebagai seorang jurutera cikgu...jadi minggu depan stat la studi week @juga dikenali sebagai minggu nak belajar...besa la, sumer2 yang dah dihadam satu sem ni, ambe kena perkukuhkan balik dalam masa seminggu, hahaha...arap2 kokrang sumer doa2 la untuk ambe deh...hehehe...untuk sumer2 yang dah bis exam, tengah exam & bakal exam, semoga berjaya hendaknya...smoga kejayaan itu dalam genggaman kiter...
selamat berexam....

p/s : jangan meniru deh,hahahah...
 

Sunday, October 10, 2010

UPSR ohhhh PMR....

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin


2010/10/09

SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
sumber dari berita harian

ambe bukan nak jadi penyampai berita harian, tapi ambe nak berkongsi pendapat ambe pasal hal UPSR PMR ni...ambe nak cakap yang ambe setuju la dengan ni...terutama pasal UPSR tu, nak ubah format & bentuknyer...ambe rasa dah tiba masanya untuk UPSR tu kiter letak kan juga markah untuk kerja kursus, macam dalam PMR tu. sekurang-kurangnya selain dari pembelajaran secara teori, murid-murid akan dapat mempraktikkn ilmu teori diorang tu dalam bentuk amali plak...secara tidak langsung akan membawa kepada pembelajaran holistik...aper2 pom, ni sekadar perkongsian pendapat ambe la...pendapat tuan hamba sumer2 xtau la plak camner kan...kiter tengok jek la camner keputusan kerajaan pasal UPSR nanti deh...sekadar secebis pendapat dari cikgu praktikum , bakal cikgu,hehehe...
p/s : sama-sama kita doakan kejayaan murid2 2010 dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM...

Wednesday, October 6, 2010

SABER RIDER AND THE STAR SHERIFF

saber rider....hehehe...mesti kokrang tertanya-tanya kan,aper maksud tajuk post ni...
citer nyer camni, ambe tengah melayan utube tadi,tuptup ketemu la dengan satu video ni...tajuknyer saber rider...
ruper rupernyer ni citer yang ambe cukup minat masa jaman muda-muda dulu...huhuhu,memang taching bebenor la...memang merupakan hari yang cukup bertuah bagi ambe,hhahaha..jadi ambe nak kongsikan dengan kokrang sumer, tengok la deh..ni la antara citer yang popular jaman 90an dlu,hehehehe...saber riderrrrr....

ni intronyer...memang ambe suker la,hehehhe...

ni plak episod satu,korang tengok la deh...kalu nak tengok lebih,carik la dalam utube...
sumer ni trimas kepada utube, penghubung jaman dlu, jaman sekarang & jaman akan datang,hehehehe...

citer tentang malaikat kecil (bukan tahyul)

ni ader sikit citer ambe dapat dari fb td...nak kongsi2 gak la kan...kokrang baca2 la deh...xde la panjang sangat pom...

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga”  dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Sunday, October 3, 2010

sarjan hassan...

sarjan hassan...mesti korang ingat ni entry pasal citer sarjan hassan lakonan seniman lagenda kiter, Allahyarham P.Ramlee kan...tapi bukan la...ni ambe nak kongsikan pasal satu video yang ambe jumpa dalam utube...video ni memang menarik la...lagi satu ni video pasal tentera malaysia, keluaran malaysia plak tu...stakat yang ambe tau,susah nak jumpa video keluaran malaysia yang camgini...so korang layan sendirik la yek...credit to http://www.saberock.blogspot.com

Friday, October 1, 2010

cikgu shida oooo cikgu shida...


sekarang ni tengah heboh pasal kisah cikgu shida kan...cikgu shida yang maner?yang maner lagi,yang menyanyi dalam utube tu la...macam2 orang duk mengata dier kan, tapi xkurang gak yang memuji dier...siap ader fans lagi kat facebook, ader fans yang menyokong, dan ofkos ader yang mengutuk...ambe ni pom cikgu, bakal cikgu, taun depan la kan, dan ambe xmenyokong atau mengutuk...sebab ni adalah hak individu...saper kiter nak menghalang? dalam akta xder pom sebut pasal cikgu xleh nak miming lagu...
tapi, kiter kena tengok gak dari sudut etika & integriti perguruan (mentang2 la baru siap esaimen pasal tajuk ni,he3X), adakah aper yang cikgu shida wat ni bakal mengugat etika dan integriti perguruan?
okey la,mungkin ader tertanya-tanya, aper la etika dan integriti tu kan...Integriti jika dilihat dari maksud yang mendalam bermaksud seseorang yang boleh dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan berpegang pada janji...Etika ni plak membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkahlaku atau kesusilaan...jadi dari segi etika & integriti, nampak la cam salah kan...
kalu ditengok dari sudut lain plak, cikgu shida ni xbersalah pom, sebab dier sekadar nak berhibur dan nak menghiburkan orang lain...so aper salah berhibur kan, sebab ader ramai lagi artis2 yang sama menjerit2 atas pentas, tapi xder plak orang kata salah kan...cikgu shida dikatakan bersalah kerana dier cikgu?kalu nak jadi cikgu yang baik, kena la pandai jadi penghibur gak, sebab cikgu ni terpaksa berhadapan dengan manusia, yang suka berhibur, bukan komputer yang xtau aper2...
 jadi camner pendapat korang plk? lu pikir la sendiri, bak kata nabil,hehehe...sampai sini jek la...ni ader satu video cikgu shida ni, korang tengok sendiri,pastu pikir la sendirik yek...




p/s: ni pendapat ambe yek, jadik kalu ader saper2 xpuas ati, mintak maaf la yek...my opinion is universal, so jangan nak pandai2 memangkah la yek...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...