Tuesday, August 30, 2011

adik beradik…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

tajuk ambe kali ni ringkas jek, tapi bagi ambe cukup bermakna bagi ambe…ambe nak berkongsi satu cerita dengan pembaca sekalian… citer ni mungkin panjang skit la…jadi kalu tak baca pom tak per… tak marah pom…

al kisah bermula la kisah pada satu malam di akhir ramadhan… ambe ni pergi la ke masjid untuk berterawih dengan keluarga ambe… seusai menghabiskan terawih, ambe pom keluar la dengan adik bongsu ambe, dan duduk-duduk la sementara menunggu keluarga ambe yang lain siap…

semasa duduk-duduk tu, ader la datang seorang pakcik tua nih lepak sama dengan kitorang… dier pom bertanya la…

 

pakcik : anok ker nih?(sambil tunjuk kat adik ambe, si irfan nih)

ambe : ni adik bongsu…(ader ker ruper tua sangat ambe nih???)

pakcik : bagus la, jaga la adik btol-btol deh…jangan baloh-baloh…

ambe : btol doh tu cik (bagus plak pakcik nih, bagi nasihat tu…)

pakcik : kiter ni sesama adik bradik jangan la baloh-baloh…orang hok baloh dengan adik bradik ni la hok paling rugi…sebab kalu baloh dengan adik bradik, memang tak dop kawang la kiter nih…sebab kalu dengan adik bradik kiter boleh baloh, boleh tohok buang, dengan kawang-kawang apetoh lagi, lagi la boleh baloh…memang tak dop kawang la nak kawang dengan kiter…

 

pastu pakcik tu pom tros bangun dan blah camtu jek…ambe memang terkesima sunggoh la…memang mendalam nasihat yang diberi…

 

ingatlah, air dicincang tak kan putus, tapi sekiraya air itu dibekukan, maka ia boleh dipecahkan…dan sekiranya air itu dipanaskan, maka ia boleh tersejat begitu sahaja…begitulah perumpamaan untuk kali ini…(korang paham-paham la deh…)

 

DSCN0039

air dicincang tak kan putus…

 

dan ambe nak ucapkan…

 

SELAMAT HARI RAYA,

MAAF ZAHIR BATIN….

p/s: cukup-cukup la gadoh2 antara adik bradik… bermaaf maafan la ek….

Monday, August 15, 2011

KAMPUNG, KAMPUNG GAK…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Al kisah terjadilah kaisah pada hari ini, dimana pada pagi sebelum bermulanya sesi pengajaran, datanglah seorang ibu kepada anaknya menemui ambe… maka di tanyalah si ibu itu akan nama ambe, dan ambe mengiyakannya… dan terus si ibu itu menyatakan hasrat yang terbuku dihatinya…

 

maka arakian si ibu itu berkehendakan ambe untuk membuatkan satu tuisyen peribadi untuk anaknya selepas raya nanti sebelum peperiksaan besar UPSR… maka terkejut lah ambe namun tidak dapat memberikan jawapan kerana berkemungkinan ambe akan sibuk dengan program lain…

 

ahaks… tak disangka ek…ingatkan kat bandar jek ader tuisyen peribadi nih, kat kampung pom ader gak rupernyer… usaha si ibu memang ambe respek dan tabik hormat la… tapi apakan daya, ambe tak dapat memenuhi kehendak si ibu…

 

alangkah seronoknyer kalu semua ibu bapa prihatin camni ek…tenang hati cikgu-cikgu kat skolah kan, hehehe….

 

p/s: tak tau nak letak gambar aper,hehehe….

Sunday, August 7, 2011

untuk mereka yang lebih mengetahui…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Anakmu bukan anakmu,

Mereka adalah anak-anak kehidupan yang ingin tahu,

Mereka datang melaluimu bukan darimu,

Walaupun bersamamu mereka bukan milikmu,

Berikan mereka kasihmu, tetapi bukan pemikiranmu,

Kerana mereka mempunyai pemikiran sendiri.

 

selamilah maksud yang tersirat, bukan yang tersurat…

 

p/s:lamanyer la ambe tak post aper2 kan…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...

mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...