Friday, October 25, 2013

my new look....

pom....pom....pom....(bunyi bunga api cam kat putrajaya tu)

walla....setelah sekian lama...akhirnya ambe kembali ke dunia blogging...dengan comeback baru yang meletop, iaitu blog ambe dah berwajah baru....ni sumer hasil kerja tangan cik isteri ambe, iaiti puan siti suraya binti ismail...

kalu tak dier tak tolong ngejas blog nih, memang blog ambe akan sentiasa dalam keadaan serabot dan bercelaru.... jadi jutaan ucapan trimas kepada isteri kesayangan ambe...

dah lama rupernyer ambe tak post aper2 dalam blog ambe nih...kali terakhir ambe post masa bulan september 2012... dan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan ambe.... 

perubahan paling besar ambe adalah ambe dah mengalami perubahan status dari seorang yang bujang kepada seorang yang tidak bujang (dah nikah la maknanyer nih)... dan alhamdulillah, ambe bahagia dengan perubahan nih.... dan ambe harap kebahagiaan nih akan berkekalan hingga ke akhirnya...

ambe n wife....



p/s: semoga akan terus istiqomah dalam menghasilkan post2 baru, hehehe...

Tuesday, September 11, 2012

BEKAS

ASSALAMUALAIKUM…

 

isk, dah segala macam lalang sawang ader kat dalam blog ni da… dah berjaman kurun ambe tak update entri, hehehe… biasa la, sibuk sikit… lagipom kan sekarang cikgu-cikgu tak dibolehkan menghapdet blog, sebab cikgu2 kena ngajor jek kejenyer, hehehe… (kepada yang berkenaan, jangan terasa deh)…tanpa membuang masa, biar la ambe teruskn dengan apa yang ambe nak kongsikan kali nih…

 

ambe nak cakap pasal BEKAS deh…bukan BEKAS air, bukan BEKAS makanan dan bukan sama sekali BEKAS tupperware… tapi berkenaan BEKAS MURID dan BEKAS GURU…

bagi ambe, tak wujud istilah BEKAS MURID dan BEKAS GURU… sebab bagi ambe, hubungan GURU dan MURID tu sentiasa berkekalan… walaupom dah abis skolah, tetap seorang GURU tu sebagai seorang GURU, bukan BEKAS GURU… dan MURID sebagai seorang MURID, bukan BEKAS MURID…

begitulah jugak bila seseorang tu memberikan kita apa2 ilmu la, secara otomatis dia akan menjadi guru kita, dan kita wajib menghormati orang itu…

apatah lagi apabila guru kita tu dah meninggal dunia, jangan la pulak cakap yang si mati tu BEKAS CIKGU kita, tapi cakap la yang si mati tu merupakan CIKGU kita…

korang paham? perkataan BEKAS tu teramat tidak sesuai kan… jadi sama-sama la kita ubah persepsi pemikiran kita, ubah la istilah BEKAS GURU kepada GURU dan BEKAS MURID kepada MURID…

hormatilah orang yang memberi korang ilmu, kerana dia adalah seorang GURU…

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.”
(Riwayat At-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.”

(Riwayat At-Thabrani)

“Hak GURU lebih agung daripada hak ibubapa, sebab orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara GURU penyebab hidup yang KEKAL. Kalaulah tidak ada GURU, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.”
(imam al-ghazali)

IMG_5794 GURU dan MURID

 

p/s: ambe sayang cikgu-cikgu ambe…

p/s/s:arini dah stat UPSR, sama-sama la kita doakan kejayaan generasi muda kita…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...