Showing posts with label FYI (fOr yOuR iNfORmaTioN). Show all posts
Showing posts with label FYI (fOr yOuR iNfORmaTioN). Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

BEKAS

ASSALAMUALAIKUM…

 

isk, dah segala macam lalang sawang ader kat dalam blog ni da… dah berjaman kurun ambe tak update entri, hehehe… biasa la, sibuk sikit… lagipom kan sekarang cikgu-cikgu tak dibolehkan menghapdet blog, sebab cikgu2 kena ngajor jek kejenyer, hehehe… (kepada yang berkenaan, jangan terasa deh)…tanpa membuang masa, biar la ambe teruskn dengan apa yang ambe nak kongsikan kali nih…

 

ambe nak cakap pasal BEKAS deh…bukan BEKAS air, bukan BEKAS makanan dan bukan sama sekali BEKAS tupperware… tapi berkenaan BEKAS MURID dan BEKAS GURU…

bagi ambe, tak wujud istilah BEKAS MURID dan BEKAS GURU… sebab bagi ambe, hubungan GURU dan MURID tu sentiasa berkekalan… walaupom dah abis skolah, tetap seorang GURU tu sebagai seorang GURU, bukan BEKAS GURU… dan MURID sebagai seorang MURID, bukan BEKAS MURID…

begitulah jugak bila seseorang tu memberikan kita apa2 ilmu la, secara otomatis dia akan menjadi guru kita, dan kita wajib menghormati orang itu…

apatah lagi apabila guru kita tu dah meninggal dunia, jangan la pulak cakap yang si mati tu BEKAS CIKGU kita, tapi cakap la yang si mati tu merupakan CIKGU kita…

korang paham? perkataan BEKAS tu teramat tidak sesuai kan… jadi sama-sama la kita ubah persepsi pemikiran kita, ubah la istilah BEKAS GURU kepada GURU dan BEKAS MURID kepada MURID…

hormatilah orang yang memberi korang ilmu, kerana dia adalah seorang GURU…

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.”
(Riwayat At-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.”

(Riwayat At-Thabrani)

“Hak GURU lebih agung daripada hak ibubapa, sebab orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara GURU penyebab hidup yang KEKAL. Kalaulah tidak ada GURU, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.”
(imam al-ghazali)

IMG_5794 GURU dan MURID

 

p/s: ambe sayang cikgu-cikgu ambe…

p/s/s:arini dah stat UPSR, sama-sama la kita doakan kejayaan generasi muda kita…

Thursday, June 7, 2012

ALIH BAHASA ATAU SARI KATA…

ASSALAMUALAIKUM…

hah…mesti korang pelik dengan tajuk post kali ni kan… apa yang korang paham dengan alih suara dan sari kata nih? ok, meh sir ijat terangkan, hehehe…
dua-dua perkara ini biasanya terjadi dalam cerita atau filem la, di layar kaca atau layar perak… Alih bahasa ini merupakan keadaan dimana suara pelakon tu akan digantikan dengan suara orang lain, dan akhirnya cerita itu akan berubah bahasanya…contohnya cerita jepun, alih bahasa kepada bahasa melayu…
sari kata ni plak ayat yang biasa ader tertulis kat bawah cerita tu, yang akan memberikan makna bagi apa yang diucapkan oleh pelakon tu…
apa yang ambe nak bagi tau nih, bukan pasal maksud alih bahasa dan sari kata nih, tapi nak berkongsi pendapat dengan korang semua pasal mana yang lebih baik? gunakan alih bahasa atau sari kata?
bagi ambe la kan, ambe lagi suka dengan sari kata, sebab dalam masa yang sama, kita akan dapat belajar bahasa cerita itu. sebagai contoh, kalau kita tengok cerita inggeris, dengan membaca sari kata kat bawah tu, secara tidak langsung kita akan dapat belajar bahasa yang diucapkan oleh pelakon itu… mungkin ada yang kata, susah nak belajar la… tapi pada ambe, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih….
bagi alih bahasa plak, bagi ambe tak banyak kebaikan... biasanya cerita alih bahasa ni agak bosan, sebab suara n gerakan mulut tak sama, menyebabkan kadang-kadang nampak kelakar…
tapi tu semua pandangan ambe, mungkin orang lain berpandangan lain… cer pikir, cer pikir, hehehe…
comel
some smile in my life…
p/s: cuti sekolah dah nak bis, huhuhu…

Saturday, May 19, 2012

TEETH BAND (LUKA SERIBU RINDU)

ASSALAMUALAIKUM…

ahaks… lama plak tak menjenguk blog nih… dah penuh bersawang jadinya… tapi tidak mengapa, kerana citer kali ni memang besh… ni sambungan dari post yang INI… kalu korang tak ingat, sila la tekan yek…

baru-baru ini, pada 16 Mei yang lepas, telah diadakan satu konsert persembahan dari Bintang Utube yang bertempat di Dewan Finas Shah Alam Sekolah Merchong Jaya… dan ini adalah persembahan dari adik Teeth Band yang telah dirakamkan oleh seorang penonton disana, hehehe… sama-sama kita saksikan yek….

 

 

ahaks…camner?mintak maaf la yek, kualiti video n audio kurang memuaskan…tapi apa pun, selamat berhibur dengan persembahan ini… nantikan persembahan yang seterusnya pula yek, hehehe… n selamat hari guru…

 

p/s: better late than never…

Wednesday, April 4, 2012

TEETH BAND…

ASSALAMUALAIKUM…

korang ingat tak lagi kat budak nih…

dan yang nih…

budak ni sebenarnyer budak skolah ambe, budak kelas ambe, dan memang ambe ajar dier nih… dan ni ader video terbaru dari dier… jom layan…

 

teeth band

 

semoga korang enjoy… recording lagu nih blom abis lagi… tunggu la ambe abiskan recording lagu budak nih yek… untuk makluman, budak ni nama fahmi, hehehe…

 

dan kepada kakak ambe, kak Lydia Mirza, selamat pulang ke Malaysia, semoga kak akan terus berblogging… dan semoga terhibur dengan gelagat budak nih, hehehe…

 

p/s: akhirnya dapat gak suruh budak ni nyanyi…satu permulaan kepada kelahiran bintang nih…

Friday, March 16, 2012

TEMAN SEJATI

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Selama ini,

ku mencari-cari,

teman yang sejati,

buat menemani,

perjuangan suci………

 

pasti korang semua tau sambung lagu nih kan… yup, ni memang lagu nasyid Teman Sejati…lagu ni sangat popular pada tahun 1998, dan ambe rasa masih lagi popular sehingga zaman sekarang…

bait2 lirik yang ada dalam lagu nih cukup meninggalkan kesan kepada diri ambe sendiri, sebab tanpa ambe sedari, kehidupan ambe pom memang mencerminkan lirik nih…

tanpa diri teman, ambe rasa mungkin ambe tak kan berdiri dimana ambe berdiri sekarang…alhamdulillah, dengan berkat doa ibu bapa dan ahli keluarga, dan dengan pertolongan teman2 ambe, sekarang ambe dah berjaya menjadi seorang guru…

dah sekarang nih, menjadi tanggungjawab ambe plak untuk menyebarkan keberkatan berteman ni kepada anak murid ambe… semoga mereka akan turut sama dapat merasai kemanisan dan keseronokan berteman ini…

dan kepada semua pembaca, hargai la teman yang ada disisi menemani dikala gembira dan sedih, kerana itulah teman sejati, yang tidak dapat ditukar dengan wang ringgit…

sesungguhnya ambe sangat merindui teman2 ambe…semoga meraka semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya…

kepada sesiapa yang nak dengar lagu nih, boleh klik kat SINI deh…

IMG_2054(3)

teman=sahabat=kawan=saing=rodong=gu=zamili=friend

 

p/s:mood kerinduan kepada sesuatu, seseorang, suatu masa dahulu…

Wednesday, March 14, 2012

AKU MEMANG TAK PUAS HATI…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai...
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

 
-> Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... buat kertas kerja... jadi PBSM tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak tu pandai main...

Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar...

Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...

Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni???

Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??

Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. anak saya mmg macam tu....

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam... untuk pastikan anak murid sedap tidur... cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI.. Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan murid... murid hanya gelak pada hari guru.... sapa sambut sapa nih sebenarnya??

Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid - murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat saman dari parent... sbb jentik anak dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...

Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi ke???? bukan baca pown... apa kerja korang???? cuba bagi tau skit??? Selain jaga anak???

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni?
dialah segala-galanya !!
I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi..

guru

kejayaan guru ialah apabila muridnya berjaya…

p/s: bukan nak mengungkit, tapi sedar la yek, kita berjaya pom sebab tunjuk ajar guru kita…kalu korang marah gaji guru naik, sebenarnya korang marah kat guru korang sendiri tu…

Sunday, March 11, 2012

PESALAH YANG CERDIK

ASSALAMUALAIKUM…

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek…

Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.
“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

 

hehehe…ketawa boleh menghilangkan tekanan,jadi mari ketawa(jangan lebih2 yek)

sumber

 

p/s:agak-agak camner sistem kehakiman kiter kalu jadi camni ek…

p/s/s:hehehe…lama dah tak update ek…

Wednesday, November 9, 2011

SABARLAH WAHAI HATI…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

 

Sabarlah wahai hati...sesungguhnya dugaan ini hanya sekadar ombak kecil di pinggiran... ingatlah kepada orang lain yang dilanda dugaan bagai ombak badai menghempas pantai dan mereka lebih sabar untuk menghadapinya...

 

kepada semua yang dilanda masalah, janganlah terlalu bersedih, kerana pasti akan ada Allah bersama mu… dan ingatlah bahawa masih lagi terdapat insan lain yang dilanda masalah yang lebih besar dan mereka juga bersabar dalam menghadapi masalah itu…

 

La Tahzan…

 

p/s:ahaks…memang tengah sedih ni…cuma tak tau berbaloi atau tak sedih ni…

Monday, April 11, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

tajuk arini bukan untuk menimbulkan sebarang kontrolbesi yek… ambe cuma nak menghebahkan kepada semua bahawa hari ini telah berlaku satu perkara yang amat memberi kesan mendalam terhadap diri ambe sebagai seorang guru…

al-kisah bermulalah kisah…

pagi tadi ambe masuk la kelas 4 Arif untuk mengajar subjek BI, selang 5 minit selepas itu datanglah seorang makcik dengan 2 budak kecik masuk ke kelas dan mintak jumpa dengan anaknya, Osama, dan ambe pom memberikan kebenaran…

selepas mak si Osama ni dah abis bercakap dengan si anaknya ni, si ibu ni pom mula la bercakap dengan ambe… mula-mula dia tanya la perihal si Osama ni dalam kelas, nakal ker tak, kerja rumah disiapkan atau tak, dan ambe pom jawab la dengan jujur, kerja rumah la sering tak siap…

ambe ingatkan mak dia nak marah ker aper, pastu mak dier pom cakap kat ambe, mintak ambe tolong ajarkan anak dia ni, sebab dia pom tak berapa reti nak tolong anak dia kat rumah, jadi dia mengharapkan agar ambe (cikgu BI si Osama nih) dapat la mengajar anaknya… dan ayat yang paling menyentuh perasaan ambe…”cikgu buat la macam mana pom, nak rotan atau nak apa pom, asalkan jangan sampai patah kaki tangan udah, hehehe…

sekian, tamatlah al-kisah, hehehe…

rupa-rupanya masih lagi ada mak yang sayang anak dia macam orang zaman dulu kala, merelakan anaknya dirotan, agar anaknya mendapat ilmu dari seorang cikgu…selama ini ambe cuma mendengar tentang kisah itu, tapi hari ini ambe betul-betul mengalaminya…dan ambe amat bersyukur kerana mengalaminya…semoga lebih ramai ibu bapa yang berpikiran macam mak si Osama nih…

 

p/s:mula-mula ingatkan mak si Osama ni nak serang ambe, sebab sebelom ni dah berlaku kes serangan ke atas cikgu,heheheh….

Saturday, April 9, 2011

ADAT BEKERJA

ASSALAMUALAIKUM… 

 

ni ader sesuatu yang nak sangat ambe kongsikan dengan pembaca semua, hehehe…

tentang sesuatu yang ambe dapat masa ambe pergi menghantar murid pergi ke kem UPSR nih… korang baca la deh, hehehe…

 

rajin bercakap, rajin bekerja,

bagus…

rajin bekerja, malas bercakap,

kena buli…

malas bekerja, rajin bercakap,

wayang cina…

malas bekerja, malas bercakap,

tak guna…

malas bekerja, suka mengadu,

nyamuk…

malas berkerja, suka ponteng,

baik berhenti…

malas bekerja, suka menyibuk,

baik mati…

 

ni semua cuma satu perkongsian, tapi ada kebenaran juga disebalik ayat-ayat ini kan…jadi kepada semua yang telah bekerja, sedang bekerja, dan akan bekerja, sendiri paham la ek, hehehe…jangan amalkan adat terakhir tu, hehehe…

sekian…

 

p/s:ayat terakhir tu memang tak leh blah, hehehe…

Friday, February 4, 2011

PESANAN SEORANG CIKGU KEPADA SEORANG CIKGU

ASSALAMUALAIKUM… 

 

semalam (malam sebelum malam ini), ambe rasa terharu sangat…kenapa? sebab ambe dapat satu amanat atau pesanan dari seorang guru veteren yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perguruan nih…

saper cikgu tu? cikgu tu merupakan Cikgu Imanshah…dengan blognya yang bertajuk HOK SENGOTI, dan taglinenya yang berbunyi INILAH SEKOLAH KEHIDUPAN…dan blog ni merupakan salah satu dari puluhan blog yang ambe wajib baca, hehehe…

pesanan beliau ialah…

jengjengjeng…hehehe

 

1.Berbaik-baik dengan guru-guru senior. (wajib)

2.Hormati mereka.

3.Jangan menolak kerja. Jangan banyak berdalih.

4.Jangan panas baran dengan murid-murid seperti cepat angkat tangan.

5.Jangan selalu membngkang arahan ketua.

6.Duit gaji gunakn perkara-perkara berfaedah. Jangan boros.

7.Hantar duit gaji kepada ibu bapa. Itu menambahkan keberkatan.

8.Anggaplah tugas mendidik ni satu amanah.

9.Buat kerja sendiri, jaga core bisness kita. Jangan campur hal orang (tapi jangan pulak tak bercmpur)

10.Istiqamah dalam kerjaya.

 

walaupom kiter nampak cam lekeh jek kan, tapi tip2 ni bukan mudah nak dapat…hanya melalui pengalaman jek kiter boleh tau pasal nih…

semoga ambe dapat melaksanakan pesanan yang diberi, terutama pesanan no 4 tu, hehehe…

sebab susah sikit nak ubah panas baran dengan murid-murid, panas baran dengan orang lain boleh jek kawal, hehehe….

dan sedikit kata-kata semangat untuk semua guru diluar sana…

orang kata gelaran cikgu ni akan disebut-sebut sampai bila-bila, tapi bagi ambe bukan gelaran yang ambe kejarkan, tapi keberkatan menjadi seorang guru yang ambe idamkan…

hahaha…ensem punya guru…

p/s:seorang guru harus berubah mengikut muridnya, bukan murid yang harus berubah mengikut guru…

GEJALA SOSIAL DAN KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM… 

 

hehehe…entri lewat malam nih…ingatkan taknak kuarkan entri malam ni, tapi selepas mengodek-godek isi enset ambe, ambe pom terjumpa la beberapa keping gambar, dan nak kongsikan la dengan kalian…

dan ambe ni bukan photographer yek(belom lagi,hehehe) dan kualiti gambar ambe pom tak berapa memuaskan la.

tapi bukan kualiti gambar yang ingin ambe kongsikan, tetapi maksud yang tersirat disebalik gambar itu…

tarra!!!

kanak tadika

dan taraaa!!!

tadika

ok..kalian dah tengok gambar kat atas? faham apa yang cuba ambe kongsikan?

ambe nak tunjuk mengenai kanak-kanak.

yer la, memandangkan ambe akan mengajar kanak-kanak berusia 7-12 tahun jadi ambe kena la mengenali kanak-kanak terlebih dahulu…kita semua pernah menjadi kanak-kanak kan, dan ambe rasa kebanyakkan dari kalian pasti bersetuju bahawa zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan.

kanak-kanak merupakan golongan yang paling suka bermain…dan ada dikalangan ibu bapa yang tidak menyukai dengan perkara tersebut…harus difahami bahawa bermain itu juga merupakan salah satu bentuk pembelajaran dan sekiranya kanak-kanak ini dinafikan haknya untuk bermain, berkemungkinan kesan kepada kanak-kanak itu adalah buruk.

cuba kita lihat senario sekarang, kanak-kanak disekolah, mereka disogokkan dengan akademik yang terlalu banyak menyebabkan mereka kehilangan masa untuk bermain. kalian bayangkan sendiri, 7.30 pagi ke sekolah, 2 tengahari ke kelas fardu ain atau kelas tambahan, pulang ke rumah pada pukul 5 petang, berehat dan pada malamnya pula terpaksa menghadirkan diri ke tuisyen atau kelas malam. begitu juga pada hujung minggu, penuh dengan kelas-kelas…

cuba kita bayangkan diri kita sendiri ditempat mereka, tidakkah itu merupakan satu hidup yang cukup membosankan? mereka kehilangan waktu bermain, dan menyebabkan mereka memberontak untuk mendapatkannya. dan akan menjurus kepada gejala ponteng sekolah, dan seterusnya dapat menjerumuskan mereka ke gejala sosial yang lebih teruk seperti merempit dan bohsia…

jadi kepada semua, sama-samalah kita memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan apa yang perlu untuk mereka…berikan mereka keseronokan yang sepatutnya mereka dapat, keseronokan yang pernah kita rasai dahulu…

dan kita juga akan merasa seronok apabila mereka seronok…nak rasa seronok?

jom layan…

 

 

p/s:ambe sangat suker budak-budak,kerana diorang comel dan suci dari sebarang kekotoran dunia…

Thursday, February 3, 2011

ANGER MANAGEMENT

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, ambe ngaku, memang malam ni ambe tak der idea nak tulis pasal aper, jadi alternatifnyer ambe pom godek2 la isi perut laptop nih mencari sebarang aper yang boleh dikongsi…

dan telah ditakdirkan ambe ketemu la dengan satu tugasan yang ambe wat 5 taun yang lepas…satu tugasan yang berkaitan dengan ambe gak la…

dulu-dulu ambe ni adalah seorang yang panah panas baran, dah ramai yang menegur dan akhirnya ambe pom cuba la berubah…tapi ambe ni tak berapa reti nak berubah, dan secara kebetulan, pada masa tu pensyarah ambe menyuruh kitorang ni membuat satu esei yang kitorang suka…

dan ambe pom ambik keputusan untuk buat tajuk pengurusan kemarahan atau anger management nih…dan kali ni ambe nak kongsi dengan korang plak…esei ni panjang sangat, jadi ambe akan ringkaskan la ek..untuk mengelakkan korang bosan plak membaca, hehehe…

 

pengurusan kemarahan ini bertujuan untuk mengawal perasaan marah itu sendiri, dan bukannya mengelak, mengubah atau membuang perasaan marah, tetapi mengawalnya mengikut situasi…

 

strategi untuk mengawal kemarahan

BERTENANG ~ langkah mudah untuk bertenang..

1.menarik nafas dalam-dalam

2.menyebut perkataan “bertenang” secara berulang-ulang, kalau boleh serentak dengan pernafasan…adalah lebih sesuai jika berzikir

3.membayangkan sesuatu yang tenang dalam fikiran, seperti air terjun yang damai atau suasana kampung yang harmoni

 

GUNAKAN JENAKA ~ apabila dilanda perasaan marah, jangan melepaskannya sesuka hati…jadikannya sebagai satu lawak. bayangkan rupa anda ketika marah, betapa buruknya rupa anda apabila marah, betapa berkerut rupa anda seperti nenek tua apabila marah, dah apabila anda menyedari yang rupa anda itu adalah tidak sesuai, maka anda akan berhenti marah…dinasihatkan agar tidak mengunakan jenaka yang sarkastik, kerana tak elok sangat la…

 

KOMUNIKASI YANG LEBIH SESUAI ~ orang yang marah biasanya akan menghamburkan segala apa yang dimarahinya secara membabi buta…cuba untuk berkomunikasi dengan lebih baik, gunakan nada suara yang lebih sesuai…

 

MENGUBAH PERSEKITARAN ~ apabila kita rasa hendak marah, cuba untuk mengubah persekitaran kita, seperti apabila kita berada dalam bilik, cuba untuk keluar bilik dan berada di kawasan lain…ataupun apabila kita sedang berdiri, kita mengubahnya dengan duduk….ataupun sekiranya kita sedang memegang sesuatu, kita letakkan benda yang dipegang itu dahulu…

 

kesimpulannya, kita tidak seharusnya membuang perasaan marah dari dalam diri, kerana perasaan marah itu adalah perlu, namun kita perlu mengawalnya sebelum perasaan marah itu mengawal kita. mengawal kemarahan akan membantu kita dan orang di sekeliling kita…dan ingatlah, marah itu datangnya dari api dan syaitan itu diperbuat dari api…jadi berhati-hati lah…..

 

ambe arap bermanfaat la entri kali ni, sebab memang tip2 ni membantu ambe, dan sekarang ambe pom dah kureng sikit panas baran nih…

dont fall into the dark side, like anakin(watak peberet nih)…

p/s:biasa guna tip ke dua,biler rasa nak marah jek,wat lawak,kompom ilang marah,hehehe…

p/s/s:artikel sebenar dalam BI, ni ambe terjemahkan balik,kalu saper2 nak salinan asal, boleh la mintak,hehehe…

Wednesday, February 2, 2011

INSYAALLAH…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

ambe rasa mesti kebanyakan dari pembaca blog ambe ni pernah mendengar lagu-lagu MAHER ZAIN ataupom meminati artis nih kan…

kalu korang nak tau, Maher Zain ni lahir kat Lebanon (sama tak dengan Lubnan) pada 1981…

dan ambe kompom, korang mesti pernah dengar lagu nih…bertajuk Insyaallah…

jom layan dulu deh…

 

jadi camner…tak braper paham kan, sebab bahasa inggeris..jadi untuk kemudahan korang semua, kita layan skali lagi, tapi menerusi bahasa melayu plak,heheheh…

jom layan skali lagi…

 

 

jadi camner?

ambe rasa lagu versi melayu cam sedap didengar kan, sebab mudah difahami…jadi kalu tak puas dengar, korang layan la lagi…tak perlu bayar pom, heheheh..

satu lagi, lirik lagu ni pom amat menenangkan, dan boleh dijadikan satu cara nak mengurangkan stress…..

 

p/s:lagi suker yang BI, sebab dah biasa dengar yang tu…korang plak?

Monday, January 31, 2011

Tips Mengurangkan Tekanan

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, memandangkan minggu depan ambe akan memasuki alam rumahtangga pekerjaan, jadi semestinya ambe akan mengalami tekanan kan…jadi selepas menyelongkar kembali isi perut laptop ni, ambe pom terjumpa la satu artikel berkenaan tekanan (dulu ambe memang hancus pasal tekanan nih) dan ambe nak la kongsikan dengan korang sumer…diharap agar tip ni bermanfaat la kepada korang kan…jadi selamat membaca…. 

 

Tip Mengurangkan Tekanan

Oleh : Ustazah Norihan Mohd. Noor

Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

 

tahniah kepada korang yang berjaya menghabiskan pembacaan korang, hehehe…semoga apa yang korang baca ni, dapat korang amalkan…sebab bagi ambe, memang tip-tip ni membantu ambe la…jadi selamat beramal, hehehe…

p/s:kalu tak silap ambe, ni merupakan entri kedua terpanjang dalam blog nih, hehehe…

Friday, January 28, 2011

ROAD TO PAHANG

ASSALAMUALAIKUM… 

 

hehehe…sepertimana yang tertaip di tajuk entri tu, ambe akan ke PAHANG….

sebab ambe akan ditempatkan kat sana…sebagai seorang guru, hahaha…kawasannyer belom pasti lagi, kerana perlu menunggu surat…

penempatan1

jadi kepada semua kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun, nantikan kedatangan cikgu ijat yek, heheheh ( isk, dah gian nak memarang merotan budak nih, hehehe )

setelah hampir 2 bulan ambe tersadai, kini tiba masa untuk ambe mencurahkan semua ilmu yang yang ada pada ambe ni kepada daun keladi murid-murid…semoga ambe mampu melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, berakademik baik, dan segala yang baik2…

cikgu

heheheh…cikgu ker atendan hospital nih?

 

p/s:kepada blogger pahang, kalu jumpa ambe tu tegur la ek…

p/s/s:saper2 tau lagu pahang, nak kena menghapal ni…dan la lidah dah keras dengan lagu terengganu, hehehe

p/s/s/s:masa entri ni diterbitkan, ambe akan berada dalam bas menuju ke Keyel, jadi sori sebab xleh nak BW, hehehe…

KEPUTUSAN PENEMPATAN PISMP

ASSALAMUALAIKUM… 

 

kelmarin (bagi orang ganu) atau semalam dah menyediakan kisah-kisah yang cukup mengembirakan ambe, dan arini diharap agar semakin lebih mengembirakan ambe…

insyaallah pada pukul 3 nanti, kepada semua guru pelatih PISMP akan dapat menyemak keputusan penempatan masing-masing di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia…

dan akhirnya selepas hampir 2 bulan tersadai, akhirnya ambe akan menjadi seorang guru gak, hehehe…

apepom, ambe mengharapkan agar ambe akan menjadi seorang guru yang biasa tapi mampu memberikan kesan yang luar biasa kepada murid-murid ambe…seorang guru kat sekolah tempat ambe praktikum pernah berkongsi sesuatu dengan ambe, dah ambe nak berkongsi pula dengan kalian…

seorang guru yang baik akan sentiasa mendoakan agar anak muridnya LEBIH berjaya daripadanya,

dan seorang murid yang baik akan sentiasa menganggap gurunya itu LEBIH hebat daripadanya…

kepada semua cikgu-cikgu blogger, diharap dapat la berkongsi tip-tip nak mengajar nanti, heheheh…

dan kepada semua…KITA ADALAH GURU KEPADA DIRI SENDIRI…

 

ni adalah berita dari surat khabar berkenaan dengan penempatan PISMP ni,hehehe…

utusan

mstar

sumber:google

 

p/s:tak sabar weh nak chek nih, maner la ambe dicampakkan ek…

Thursday, January 27, 2011

I LOVE MY DAY…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

perkara kedua yang ingin ambe lakukan selepas ambe memberikan salam ialah ambe ingin menyusun jari memohon kemaafan kerana tidak dapat menjalankan sesi berjalan blog dan membalas komen sejak dari 2 malam yang lepas…ini adalah kerana ambe berada di IPG KSM Besut, hahahaha…

 

baiklah, abaikan, agenda kita seterusnya…ambe nak menyatakan betapa ambe gembira hari ini kerana 3 perkara…perkara tersebut ialah:

perkara 1: ambe selamat sampai ke rumah setelah melauli perjalanan berangin petang tadi (balik dari besut la)

perkara 2: keputusan penempatan dah dikeluarkan, beberapa orang dari sahabat ambe dah dapat keputusan masing…namun begitu, ambe masih lagi belom dapat…mungkin esok dapat la tu ( ayat penyedap ati, hehehe )

perkara 3: ambe dah dapat koleksi terbaru ambe, iaitu Gundam RX 78 Real Grade, yang telah ambe tempah kira-kira 3 bulan lepas…kerana beberapa masalah teknikal, ambe hanya mendapatnya semalam…

3646501042_a76ff0a827_b

bukan yang ni ek,hehehe…

tapi yang nih,hehehe…

 

entri khas berkenaan gundam ini akan ambe terbitkan nanti, selepas gundam ni ambe siapkan, hehehe…(tak sabar nak pasang nih)

 

p/s:kat maner la nama ambe ek, takkan nak tepom sumer JPN kot…ader no tepom JPN tak?

Tuesday, January 25, 2011

25 Things About Pokjat

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, ni entri tag dari Cik Mimie, jadi ambe akan menjawabnyer sebaik mungkin (ader soalan ker ek)…berkenaan dengan 25 perkara tentang ambe…mungkin takder orang nak tau pasal ambe, tapi ambe tetap nak bagitau, hahaha…

 

 

1.maksud nama ambe, iaitu izzat anwar = kemuliaan yang bercahaya

2.pokjat = gelaran yang ambe dapat masa kat maktab

3.no ic 49,sebab lahir kat sabah pada tahun 1987

4.suka warna hitam & ungu

5.suker kamen rider & power ranger (lantak la korang nak cakap ambe budak2 pom)

6.ader koleksi gundam

7.suker barang-barang bundle

8.ader motor LC135 (bini sekarang,hehehe)

9.suker dengan gajet2

10.suka baca manga dari tengok anime

11.nak panjat gunung kinabalu

12.suker pakai cincin

13.ada bela ikan laga

14.suker citer omputih

15.suker tengok lakonan Nicolas Cage, Antonio Banderas

16.tak suker citer antu

17.jenama kereta laptop pertama ambe = Hyundai

18.suker novel Ramlee Awang Murshid

19.pernah dapat anugerah tokoh pustakawan (ulat buku la kan)

20.ader 3 helai tali leher kartun (cam budak2 jek)

21.tak suker IPhone (kalu orang nak bagi ambik jek,hehehe)

22.tak pernah naik kereta api

23.tak pandai berenang

24.pernah hampir-hampir lemas

25.suker vampire, ninja dan star wars (kombinasi menarik tak?)

 

sekarang ambe nak tag:

saper2 yang rasa nak menceritakan sedikit sebanyak pasal diri dier

(25 jek,takyah lebih2)

 

p/s:hampir lemas tu btol2 yek,nasib baik la ader orang tolong,kalu tak,tak de la entri nih…

Sunday, January 23, 2011

SAMPAH OH SARAP…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

hehehe… tajuk yang kelakar kan…pelik-pelik jek… tapi ambe bukan nak bercerita tentang tajuk yang kelakar nih…tapi nak bercerita tentang masalah sampah sarap…

saper ader baca Mingguan Malaysia hari nih? kalian baca tak tajuk utama hari ini, iaitu…

 

SAMPAH SELUAS PERLIS

 

hah, mesti kalian terkejut kan… apakah negeri Perlis dah terhapus kerana sampah? sudah semestinya bukan…tapi tu merupakan perangkaan…yang mana sampah yang dihasilkan oleh kira-kira 28 juta manusia, sekiranya dikumpulkan dalam tempoh 5 HARI boleh menutup seluruh negeri Perlis sekiranya diratakan…ambe ulang sekali lagi yek, 5 HARI, bukan 5 MINGGU atau 5 BULAN apatah lagi 5 TAHUN…

kalau dikumpul dalam masa setahun plak, sampah2 ni boleh memenuhi Pahang malahan separuh dari keluasan Semenanjung Malaysia…

ambe tabik la penduduk Malaysia nih, dah la pengeluar anak terbuang terkemuka, ni plak dah jadi pengeluar sampah terkemuka plak…

kalian agak-agak la kan…camner nak kurangkan elakkan daripada terjadinyer perkara camnih? bagi ambe, satu cara yang berkesan ialah dengan kitar semula dan guna semula…dua perkara yang berbeza yek murid-murid…

kitar semula nih bermaksud bahan itu akan diproses menjadi alat baru manakala guna semula ialah alat itu akan digunakan kembali, sepertimana fungsi asalnya…

bagi kitar semula nih, kalian semestinya tau bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, kertas, plastik dan sebagainya…bahan-bahan ini akan diproses semula menjadi bahan baru…

bagi guna semula pula, bahan-bahan seperti bekas plastik boleh digunakan semula untuk mengisi makanan selepas dibersihkan…manakala buku-buku latihan lama pula boleh dijilid kembali menjadi buku nota baru…

bagi pakaian-pakaian lama pula, jangan dibuang begitu sahaja, kalian boleh mendermakannya atau menjualnya sebagai barang terpakai @ bundle…pakaian ini masih ada nilainya tau…begitu juga dengan kasut…

bagi barangan elektronik, ambe merayu kepada kalian agar jangan membuangnya begitu sahaja, kerana barangan elektronik ini mempunyai bahan kimia yang merbahaya…jadi silalah buang mengikut cara yang betul…

dan kepada ibu bapa serta guru, ajarlah generasi baru ini untuk menjaga alam sekitar ini, kerana generasi mereka yang akan mendiami bumi ini kelak..

 

untuk statistik yang lebih mengejutkan, kalian tengok la kat SINI ek

kita tidak mewarisi alam sekitar dari generasi nenek moyang kita tetapi hanya meminjamnya daripada generasi yang akan datang ~ Mahatma Gandhi

 

p/s:ambe pom sokong guna semula nih, sebab ambe ni penggiler bundle,hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...