Thursday, December 30, 2010

BETTER LATE THAN NEVER

ASSALAMUALAIKUM…

 

mungkin agak lewat bagi entri ini dikeluarkan, namun bagi ambe ia masih lagi seswai dengan masanyer (sesuai la dengan tajuk)…ambe nak ucapkan selamat hari raya tahniah kepada PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA atas kejayaan memenangi Piala AFF SUZUKI 2010 semalam dengan agregat 4-2. walaupom Malaysia kalah di Stadium Gelora Bung Karno, namun kejayaan masih menjadi milik kiter…

mungkin ucapan ini agak lewat, memandangkan banyak blog yang mengeluarkan entri yang sama lebih awal, semasa pagi tadi atau sejurus selepas kemenangan Malaysia, namun bagi ambe, ambe lebih suker berpegang kepada Better Late Than Never…maksudnyer ialah lebih baik terlewat daripada tidak @ tiada…yer la, ada lebih baik bagi ambe lewat mengucapkan tahniah daripada tidak mengucapkan tahniah langsung…btol tak?

disebalik kejayaan Malaysia, ader juga suara sumbang menyatakan bahawa kejayaan Malaysia datang selepas 14 tahun berhempas pulas…suatu tempoh yang cukup lama…namun bagi ambe, adalah lebih baik untuk mendapat kejayaan selepas 14 tahun daripada tidak mendapat kejayaan langsung…

jadi walaupom bagaimana pom, korang ingat la yek, better late than never…lebih baik lewat mengucapkan cinta daripada tidak mengucapkannya…(sekadar selingan,hehehe)

TAHNIAH BUAT MALAYSIA…

sumber:google la..

 

p/s:biler la Malaysia nak tewaskan gergasi Asia pula ek…

Segmen Jom Berkenalan

ASSALAMUALAIKUM…

 

ok la,ni sebenarnya entri hutang, oleh cikmas & dyaadriza…mereka la yang mengtag nama ambe untuk menyertai segmen nih…jadi orang memberi kita merasa, ambe pom menerima la pelawaan ini dengan penuh rasa hormat,hehehe…

Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~


1)Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN" ~ lulus
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni ~ lulus
3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit

in a relationship, hehehe… berkahwin biler? tunggu dulu, stabilkan idup dulu…


-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

ambe dilahirkan di Sabah General Hospital (dalam bahasa melayu jadi Hospital Jeneral Sabah ker ek?), pastu tinggal kat Terengganu (senyum sokmo)…baru jek menamatkan pengajian dalam pengajian rekabentuk dan teknologi…jadi sekarang menunggu untuk dipostingkan oleh KPM…dipostingkan jadi aper? jadik cikgu la,hehehe…


-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..

ambe ni seorang cikgu dan menjadi fitrah seorang cikgu untuk suker bercakap, bernasihat, bercerita dan sewaktu dengannya… dan kekadang aper yang ambe nak luahkan tu belum sampai tahap budak-budak(ambe ngajar skolah rendah), jadi tempat untuk ambe luahkan kat dalam blog nih la…ambe suka bercerita mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita, pastu berkenaan dengan pedagogi cikgu, dan motivasi kepada sesiapa yang membaca,hehehe…sumbangan seorang cikgu kepada anak murid maya,hehehe…


-Apa pandangan anda tentang dunia blog?

dunia blog ni merupakan satu dunia yang selari dengan dunia realiti kiter, tapi dunia blog ni lebih terbuka dan ramai blogger yang menetap di dunia blog ni kerana ingin lari dari dunia realiti…namun kiter kena beringat, bahawa walau suka camner pom kiter dengan dunia blog, kiter tetap akan kembali ke dunia realiti. jadi seimbangkan antara dunia blog dan dunia realiti,hehehe


-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

blog ini bagus, menyeronokkan, dapat ramai kawan. cuba cari kawan, bukan cari lawan…kalu ader susuatu kesulitan atau tak paham pasal blog ini, jangan malu bertanya…malu bertanya sesat jalan…apa yang penting? KERJASAMA….

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

pertama-tama skali ialah header tu,hehehe…walaupom ini templete, tapi kebanyakan orang suker dengan header tu,hehehe…(tapi kurang 2 orang la)…pastu entri2 ambe kebanyakan berkisar mengenai apa yang berlaku disekeliling ambe…citer-citer peribadi ambe tak begitu masukkan dalam nih…pastu ambe suker letak gambar2 comel anak murid ambe, hehehe…dan ambe ialah seorang cikgu…


-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

selagi maner jari mampu menari diatas keyboard, selagi neuron-neuron otak mampu menyambung diantara satu sama lain, selagi nyawa ini dalam genggaman ambe..


4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..

duang @ lang

fakhri @ ayiechelsea

nordin ahmad @ mat ganung

asmad @ me as


5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh ~ lulus
6)Tarikh tutp sampai 3 Januari 2011~ lulus

 

jadi ambe rase setakat tu jek ngomelan kali nih,hehehe…sekian mekacih…

 

p/s: cikgu ijat atau cikgu anwar?maner lebih sesuai?hehehe

Sunday, December 26, 2010

UPIN & IPIN…versi dewasa la

ASSALAMUALAIKUM…

 

ini adalah animasi keluaran malaysia yang sangat mendapat sambutan dalam negeri dan luar negara kan…ramai yang sukakan watak ini, termasuklah ambe…wataknya dapat memberikan kesan positif kepada kanak-kanak dan dapat dijadikan idola yang baik kepada kanak-kanak…

namun begitu, terfikirkah kalian bagaimanakah keadaan Upin dan Ipin apabila mereka telah dewasa? sekiranya kalian tidak dapat membayangkannya, berikanlah peluang kepada ambe untuk memberikan kalian gambaran tentang keadaan Upin dan Ipin apabila mereka dewasa kelak..

versi kanak-kanak(sumber google)

DSC00087

versi dewasa

dah dapat gambarannya? hehehe…

ambe sekadar ingin berhibur, kepada siapa-siapa yang terlibat, diharap agar jangan diambil hari…gurauan semata-mata…tiada kaitan dengan saper2…

 

p/s:tu gambar kawan ambe la…camner la keadaan diorang ek…hehehe

Saturday, December 25, 2010

1515

ASSALAMUALAIKUM…

 

korang pelik ker dengan tajuk kat atas tu? ader membawa aper-aper makna dalam fikirang korang? kalu ambe letak 1511, mesti korang leh agak kan…

aper ader dengan 1511? saper tau angkat tangan? cikgu nak bagi adiah nih…

……

.….

….

..

.

aik, tak der orang tau ker? baiklah,biar cikgu bagitau…

1511 tu adalah tahun dimana Melaka dijajah, dimana bangsa MELAYU dimalukan, bangsa MELAYU hilang kegemilangannya, bahasa MELAYU hilang kedudukannya dan orang MELAYU semakin alpa sehingga kini…

namun bagaimana sekiranya kita mampu mengubah apa yang terjadi pada 1511? bagaimana sekiranya Flor De La Mar tenggelam diselat Melaka? bagaimana sekiranya Alfonso Albuqueque kalah dalam usahanya menjajah Melaka? adakah Malaysia @ Tanah Melayu akan menjadi sebegini? adalah orang MELAYU akan menjadi sebegini? bergaduh sesama MELAYU, bangsa lain bertepuk tangan? adakah MELAYU akan kehilangan ketuanan MELAYUnya?

pernah kah kita terfikir akan itu semua? sekiranya tiada yang mampu membayangkannya, ambe ingin sekali mencadangkan agar kalian membaca novel ini…

DSC01033

mengisahkan perjuangan Tun Nyemah Mulya mempertahankan bumi Melaka, mengusir penjajah keparat dari muka bumi Melaka, mengempur Tanah Barat, menguasai kembali Andalusia…sebuah nukilan hebat oleh Faisal Tehrani, amat sesuai dibaca oleh semua golongan…

bacalah, dan renungilah segala kesilapan kita…adakah kita akan mengulangi kesedihan 1511 atau akan mengulangi kegemilangan 1515?

 

p/s:MELAYU sesama MELAYU bergaduh, bangsa lain bertepuk tangan…sekadar perkongsian…

TIDAKKKK!!!!!

ASSALAMUALAIKUM…

 

jangan terkejut berok dengan tajuk ambe tu… ambe cuma nak bagi tau yang ambe tidak dapat mengeluarkan sebarang entri atau melakukan perjalanan blog untuk 3 hari yang mendatang, kerana ambe akan berhijrah (bukan tv Al-Hijrah yek,hehehe)…

jadi kepada semua yang yang berkunjung, sila tinggalkan jejak di dalam shoutbox tu yek..supaya mudah ambe nak menjejak (macam perisik pulak)…kepada semua yang menjadi folower ambe pom diharap agar dalam meninggalkan komen supaya mudah untuk ambe memfolower kalian kembali.

jadi ambe akan meninggalkan enrti2 yang sedia ada ini, semoga terhibur dan jangan luper komen2,kompom akan dibalas,hehehe…

kepada pasukan Malaysia (sekiranya membaca), semoga kejayaan menjadi milik kalian…dan jangan lupa menyokong pasukan Malaysia yek…juga tidak dilupa kepada Idola Kecil, semoga berjaya…hehehe…

                                          sumber:google

p/s:doakan keselamatan ambe pergi dan pulang,hehehe…

Friday, December 24, 2010

Contest Aku dan Kaca Mata

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni ader la satu peraduan yang ambe tengok dalam blog sorang ni kan, tuan blog yang bernama Syafiq Rosli, di Sandiwara Seorang Insan. klik nama beliau sekiranya ingin menyertai…

ader beberapa syarat yang perlu ambe patuhi sebelum berpeluang mendapatkan hadiah…

syarat-syarat tersebut ialah….

menjadi follower seikhlas mungkin

: lulus

Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original

: lulus

Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar

:lulus

Tag 2 orang rakan anda

:lulus

duang lang

cik erina

RAYYAN FANTASI The Review

ASSALAMUALAIKUM…

 

 

dulu ambe ader post entri pasal ambe jumpa Ramlee Awang Murshid kan, mase tu ambe beli novel terbaru dier, Rayyan Fantasi. jadi arini ambe nak citer la serba sedikit pasal novel ni…

DSC01013

Apa yang difikirkan…itu ada!

itu tagline bagi novel Rayyan Fantasi nih…novel kali ni tidak mengetengahkan epik thriller seperti novel yang sebelum ini. novel kali ini lebih kepada sains fiksyen thriller…dan ambe agak menyukai novel ini. mengetengahkan watak seperti superhero, Aidin atau juga dikenali sebagai Rayyan, datang ke bumi dan terpaksan pulang ke planet Yuk’kaa bagi membebaskan planet tersebut dari kekejaman.

perkembangan watak dijalankan dengan baik, dan plot2 cinta dalam novel ini cukup menyedihkan bagi ambe. juga terdapat banyak elemen suspen dalam novel ini, dan itu semestinya kepakaran Ramlee Awang Murshid.

ambe rasa setakat itu sahaja reviewnyer. ambe mencadangkan kepada sesiapa yang mencari bahan bacaan yang bermutu, boleh mencari novel ini. sesuai untuk semua golongan umur…

sekian…

 

p/s:tak sabar menunggu sambungan Cinta Sufi, iaitu Sutera Bidadari…

Thursday, December 23, 2010

FALSAFAH @ FALSAMPAH?

ASSALAMUALAIKUM…

 

hehehe…tajuk yang panas…bukan ambe nak mengarut pasal dua perkataan tu, cuma nak berkongsi satu falsafah dengan korang…

dan falsafah ni ambe pegang dari tahun 2006, masa ambe wat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Sekolah Kompleks Gong Badak…

falsafah ni sebenarnya berkaitan dengan profesion yang akan ambe ceburi taun depan, iaitu juruterbang pesawat pejuang guru @ cikgu @ pendidik…

falsampah falsafah itu berbunyi (jangan luper tinggikan volume speaker anda) sebegini…

GURU YANG BERJAYA, MAMPU MENJADIKAN ANAK MURIDNYA LEBIH PINTAR DARIPADANYA, DAN MURID YANG BIJAKSANA AKAN MENGAKUI KEBIJAKSANAAN GURUNYA… (ayat dulu lain, ni ayat ambe susun balik)

jadi berdasarkan falsafah nih, kiter dapat ketahui bahawa seorang guru yang berjaya @ baik,akan berusaha untuk memastikan bahawa anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidupnya, menjadi seorang insan yang berguna.

dalam masa mendidik muridnya dalam akademik, guru juga perlu mendidik akhlak murid itu. sekiranya guru mampu mendidik akhlak muridnya, secara automatik, frasa kedua dalam falsafah itu akan terjadi. murid yang terbentuk akhlaknya dengan baik akan menghormati gurunya, dan sentiasa menganggap bahawa gurunya adalah yang terbaik dan lebih baik daripada dirinya sendiri…

ambe bukan nak menyeru semua guru memegang falsafah ini, sekadar ingin berkongsi. ambe pasti guru-guru lain pasti memegang falsafah yang lebih hebat…dan bukan setakat guru, ambe percaya semua insan mempunyai falsafah mereka yang tersendiri…dan ambe berharap agar falsafah ambe ini akan ambe pegang, agar ambe dapat menjadi seorang guru yang berjaya…

P4150119sekadar gambar hiasan…(bukan dera ni yek) 

sekian…

 

p/s:korang ader falsafah?kongsi2 la…hehehe…

Wednesday, December 22, 2010

PANGGIL AKU MELAJU!!!

ASSALAMUALAIKUM…

 

jikalau diberi peluang untuk menukar nama bangsa MELAYU, nama apakah yang akan dipilih oleh saudara saudari sekalian? ambe akan memilih nama MELAJU…kenapa MELAJU? kerana MELAJU membawa makna LAJU atau MAJU, suatu signifikan yang positif. nama MELAYU pula membawa signifikan yang negatif, iaitu LAYU…

 

kepada pembaca sekalian, jangan cepat melatah, ambe bukan cuba menimbulkan sebarang dakyah yang  membolehkan ambe dipenjara oleh ISA. ini sekadar sedikit refleksi dari novel PANGGIL AKU MELAJU yang telah ambe baca.

DSC01030 DSC01031 

novel ini mengisahkan mengenai seorang profesor, Doktor Ridzuan yang mengkaji mengenai asal usul Bangsa MELAYU dan dikatakan bahawa terdapat teori yang Bangsa MELAYU berasal dari Taiwan. namun Doktor Ridzuan terlalu obses dengan kajiannya dan menyebabkan dia menjadi gila. dan dalam pemulihannya, dia telah menghuraikan teori Bangsa MELAYU ini.

walaupun novel ini sekadar novel fiksyen, namun fakta-fakta yang terdapat di dalamnya tidak dapat dinafikan. setiap fakta itu kukuh dan boleh diterima oleh logik akal.

tahukah pembaca mengenai asal usul nama MALAY & MALAYS? yang telah diperkenalkan oleh pihak barat? MAL berasal dari perkataan ABNORMAL dan MALFUNCTION(Tidak Berfungsi) dan LAY pula berasal dari perkataan LAY (Baring). jadi pembaca boleh menggabungkan sendiri maksud di sebalik nama MALAY ini iaitu sering gering atau sakit

(baring + tidak berfungsi = sakit).

secara semantiknya pula, gering dalam bahasa Greko-Latin ialah MALAISE. dan diketahui bahawa bahasa inggeris kebanyakan diambil dari bahasa Greek dengan pengubahsuaian huruf Y dan I. jadi apabila huruf Y dalam MALAYS diganti dengan huruf I, ia akan menjadi MALAIS, dan dalam evolusi perkataan dan fonetik Melayu, ia menjadi perkataan MALAS.

ini sekadar sedikit ulasan dari novel itu, diharap agar pembaca jangan la sentap atau bengang dengan ambe…novel ini sesuai dibaca oleh golongan remaja dan dewasa, kerana laras bahasa yang agak tinggi digunakan. amat sesuai dibaca oleh sesiapa yang mencari asal diri sendiri…

sekian…

 

p/s: korang nak tukar nama MELAYU jadi nama aper?

ANALISIS by somebody…

ASSALAMUALAIKUM…

 

baiklah, kali ni ambe nak kongsikan mengenai satu segmen yang diperkenalkan oleh blogger ni, kak anastasyea. kalu korang nak join, leh klik banner kat atas ataupun nama dier tu…tujuan ambe masuk segmen ni sebab ambe nak tahu kekuatan dan kelemahan blog ambe nih…tapi sebelum tu, ader la tugasan yang perlu ambe buat…

  • Anda kena cerita tentang target yang anda nak capai bagi tahun 2011.
  • taun ni ambe berharap agar blog ambe lebih dikenali, terutama dikalangan warga pendidik. ambe juga akan berusaha untuk memasukkan lebih banyak entri-entri yang berkaitan dengan motivasi dan pedagogi pendidikan, agar dapat menjadi panduan kepada guru-guru dan adik-adik junior ambe di IPG dan IPT…

  • Siapa idola anda dalam dunia blog di Malaysia.
  • Ben Ashaari

  • Kenapa? Mengapa dan sebab anda buat blog. 
  • pada mulanya sekadar tempat untuk ambe meluahkan fikiran ambe, namun selepas itu, ambe mula melihat bahawa blog ini mampu menjadi satu saluran untuk ambe gunakan untuk menyampai ilmu kepada pembaca-pembaca…selain itu, blog juga merupakan tempat untuk ambe merehatkan minda…

  • Sila sertakan gambar trafik anda untuk seminggu. Tak kisahlah samada nak guna print screen graf traffik Nuffnang ataupun Stast kat blogger. Mana² boleh .. janji ada gambar trafik.
  • nuff1

     

    p/s:semoga harapan kiter untuk tahun 2011 akan dipenuhi…

    AWARD lagi…

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    ni merupakan award lama dah,cuma ambe lambat claim…jadi ambe nak claim la yek…award ni datangnyer dari HANYS

    tarrraaaa…friendship award…jadi ader la soklan2 sikit….

    1. Apa pendapat korang mengenai blog HANYS ni ?

    * kalau korang nak bagi award ni kat orang lain..just tuka jek soalan tuh ganti dengan nama blog korang :)*


    pendapat ambe yek,entri menarik…pastu ambe suker kat header, cam tulisan tangan jek, hehehe…

     

    2. Listkan nama-nama sahabat baik anda .

    * list la seberapa banyak yang korang ada..jangan nak malas-malas :)*


    kawan2 IPG KSM, kawan2 SMTT, kawan2 SMKIF, kawan2 SKST dan semua kawan2 yang mengenali diri ini…


    seterusnyer kena mengtag2…jadi dengan kuasa yang ader pada ambe, ambe mengetag barang siapa yang menginginkan award nih…jangan malu2…sila la ambik yek…xder bayaran masuk….

    sekiam,mekacih…

     

    p/s:teringat plak kat kawan ambe yang lama tak dengar citer, korang sihat ker?

    Tuesday, December 21, 2010

    RAHSIA

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    Rahsia…

    apa itu Rahsia? Rahsia ini merupakan sesuatu yang kita sembunyikan, hanya untuk diri sendiri atau kumpulan yang menyimpannya. dan rahsia tidak akan menjadi rahsia sekiranya tersebar kepada orang lain. jadi kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan rahsia itu agar menjadi rahsia…dan setiap orang mempunyai rahsia tersendiri dan berusaha untuk menyimpan rahsia itu…

    apa yang ambe nak kongsi kali ini bukan mengenai rahsia ambe yek. tapi mengenai berkongsi rahsia dan terkantoi rahsia, jadi mari kita sama-sama mengetahuinya…

    BERKONGSI RAHSIA…

    kita semua mempunyai rahsia, dan mungkin rahsia itu terlalu besar sehingga kita tidak mampu untuk menanggungnya seorang diri dan kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk berkongsi mengenai rahsia itu. namun kita perlu menyedari bahawa dengan berkongsi rahsia itu, kita juga akan berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan orang yang kita kongsikan rahsia itu. sebagai contoh, sekiranya ambe ni Spiderman dan ambe berkongsi rahsia dengan awek mengenai diri ambe, ambe akan turut sama meletakkan dier dalam situasi di mana dirinya mungkin akan bahaya kerana musuh-musuh Superman yang ader…jadi buat pilihan yang betul apabila ingin berkongsi rahsia anda…

     

    TERKANTOI RAHSIA

    apabila kita ni ader rahsia, secara otomatik kiter akan sentiasa menjaga percakapan atau perbuatan kiter, yer la, takut terkantoi atau tersasul.

    situasi terkantoi:

    jon: betul la orang kater, apa yang kiter buat masa bujang boleh terbawa-bawa walaupun dah kahwin…

    nate: apa maksud ko?

    jon: dulu masa aku bujang, aku kerap la jugak melanggan pelacur, dan semalam aku kantoi dengan bini aku.

    nate: camner plak ko kantoi?

    jon: lepas aku siap wat ehem2, aku dengan selamber jek hulur 200 kat bini aq…

    nate: aper plak reaksi bini ko?

    jon: tu yang aq pelik, dier dengan selamber ambik duit tu, pastu cakap datang lagi yek…

    nate: ???

    nah, korang leh bayangkan? dah nampak kesudahannya? jadi berhati-hati la tentang rahsia yang disimpan…

    sumber google

    p/s:situasi diatas tak de kaitan dengan ambe yek…sekadar ingin berkongsi,hehehe

    Saturday, December 18, 2010

    Kempen: Mari Menutup Aurat

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    ambe baru jek mendapat tag dari seorang junior ambe, berkenaan dengan tajuk kat atas tu…tajuk yang agak panas(sebab tu pakaiannya singkat),hehehe…kalau korang nak tengok kempen Ustazah Dya Adriza tu, korang boleh klik kat SINI. ambe dah baca kempen dier, dan juga kempen-kempen orang lain…dan kebanyakan menggunakan dalil-dalil dan firman Allah S.W.T…jadi ambe nak ubah sikit, nak guna pendekatan lain…

    bukan ambe nak menafikan penggunaan Al-Quran dan Sunnah, tapi faham-faham la remaja zaman sekarang…mereka tidak begitu menjurus ke arah itu, jadi ambe nak gunakan pendekatan logik akal untuk berkempen…

    analoginya adalah seperti ini, bayangkan perempuan(sebab jantina ini lebih ramai yang tak menutup aurat) itu sebagai sebiji epal. kulit epal itu sebagai pakaiannya, isi epal sebagai auratnya dan peti sejuk sebagai rumahnya…kulit epal itu mampu melindungi isi epal dari sebarang kerosakan. epal yang telah dikupas juga lebih menyelerakan berbanding dengan epal yang belum dikupas. sebiji epal yang belum dibuang kulitnya akan sedap dimakan, kerana isinya belom menjadi lebam (dalam bahasa sains dipanggil teroksida) atau menjadi kekuningan. selain itu epal juga akan sentiasa segar sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

    apa yang cuba ambe sampaikan ialah perempuan itu, sekiranya menutup aurat dengan sempurna, akan dapat mengelakkan tubuh badannya dari mengalami kerosakan (paham-paham sendiri la yek). selain itu, perempuan yang tidak menutup aurat dengan elok ini juga akan menarik minat lelaki untuk meratahnya. sekiranya perempuan itu menjaga kelakuannya dengan tidak keluar berpelesiran dan duduk di rumah, dia akan menjadi lebih berharga.

    ambe rasa setakat itu sahaja kempen ambe. ambe ingin meminta maaf sekiranya entri ini kelihatan seperti berat sebelah (komen pompuan jek) namun ambe sekadar ingin berkongsi. semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua…

     

    p/s:lelaki ini auratnya sedikit, jadi sebab itu ambe kurang jelas kan…epal aper yang sedap ek…

    GURU DAN MURID

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    Guru yang bagus ialah guru yang belajar dari muridnya…

     

    pernyataan di atas mungkin sekali menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca sekalian. Tugas seorang guru ialah untuk mengajar muridnya, jadi bagaimana pula seorang guru itu boleh belajar dari muridnya?

    Biarlah saya menyelesaikan kekeliruan di benak fikiran pembaca sekalian. Apa yang boleh dipelajari oleh guru dari muridnya bukan tertumpu kepada akademik semata-mata, namun seseorang guru itu perlu mempelajari gaya pembelajaran murid-muridnya. Guru perlu menggunakan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan muridnya, agar proses itu mampu berjalan dengan lebih lancar. Seseorang guru itu tidak boleh menggunakan pendekatan Syok Sendiri dalam mengajar, kerana ini akan mengakibatkan kebosanan melanda murid-muridnya. Justeru itu, guru itu perlu belajar daripada gaya pembelajaran muridnya.

    Selain itu, guru juga boleh belajar ilmu-ilmu daripada murid. Sebagai contohnya, seseorang murid itu mungkin mempunyai cara penyelesaian masalah yang lebih elok daripada yang diajarkan oleh guru, dan guru seharusnya mempelajari cara penyelesaian itu, dan bukannya menafikan cara penyelesaian itu. Ini kerana maruah seseorang guru tidak akan tercalar semata-mata mempelajari sesuatu dari muridnya. Sekiranya guru itu merasakan maruahnya boleh tercalar daripada mempelajari sesuatu dari muridnya, maka seseorang guru itu mempertingkatkan tahap pedagogi dan ilmu pengetahuannya.

    Guru yang baik juga boleh mempelajari keunikan yang terdapat pada setiap murid. setiap murid adalah berbeza dan setiap perbezaan itu adalah unik. Sekiranya seseorang guru itu mampu mempelajari keunikan pada setiap orang murid, maka guru itu adalah guru yang bagus. Ini kerana secara tidak langsung, guru itu akan lebih memahami akan perwatakan murid itu, dah akan memudahkan guru untuk membentuk murid itu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

     DSC08237

    sekadar gambar hiasan…

     

    p/s:adakah seorang guru sanggup belajar dari muridnya?

    Contest Aku dan Generasiku.

    ASSALAMUALAIKUM

     

    ambe baru mendapat jemputan untuk menyertai satu pertandingan gambar ni daripada belog cik Ieqa nih…sekiranya korang nak join gak, klik banner kat bawah atau tulisan kat atas tu…

    apa yang perlu ambe wat ek…tak der la payah sangat…ambe cuma kena muat naik gambar ambe dan anak murid ambe…

     

    DSC09559 pastu ader la sedikit soklan…

    1. anda cikgu dari sekolah / IPG/ IPT mana?

    ambe ni asal dari IPG KSM…juga dikenali sebagai IPG Kampus agong…tau knapa?sebab IPG ambe ni Kampus Sultan Mizan…kan Sultan Mizan tu Yang Dipertuan Agong kiter, jadi IPG Kampus Agong la,hehehe…(jangan marah IPG lain yek,hehehe)

    2. Cerita tentang gambar…

    gambar ni ambe ambik semasa praktikum fasa ke 3 ambe bertempat di Sekolah Kebangsaan Kerandang, Jerteh, Terengganu…gambar ini diambil dihadapan pintu bilik guru,hehehe…4 orang budak yang comel2 tu adalah budak darjah 1, dan sorang tu darjah 2(yang skima kancing atas tu)…yang tudung ijau tu Maisarah namanyer, giler2 orangnyer, sokmo wat kitorg ni sakit kepala & sangat menghiburkan…yang tudung itam tu plak darjah 5…yang berbaju tshirt putih manis senyuman tu sudah semestinya ambe, si baju kuning plak praktikum mate ambe, azriq dan si tudung pink tu chemah

    nama(bermula depan dari kiri):azriq,yusuf, afif safi,azib, amin, ambe

    belakang:chemah, maisarah, faqihah

    paling belakang:amirul

    sekiang, mekacih…

     

    p/s:sekolah yang meninggalkan banyak kenangan,hehehe…ambe sayang skolah nih…

    Wednesday, December 15, 2010

    GURU DAN DOKTOR

    ASSALAMUALAIKUM…

    Apakah persamaan yang terdapat pada seorang guru dan doktor? Soalan ini mungkin agak mengelirukan, kerana mungkin pada hemat fikiran anda sekalian, tiada persamaan antara guru dan doktor, melainkan perbezaan semata-mata…

    Izinkan saya menyangkal pemikiran anda sekalian, kerana terdapat 2 persamaan yang gagal difikirkan oleh anda sekalian (atau mungkin terdapat yang telah memikirkannya)… Persamaan tersebut ialah guru dan doktor masing-masing berhadapan dengan klien yang terdiri daripada manusia ataupun insan. Persamaan yang kedua pula ialah guru dan doktor masing-masing akan memusnahkan klien mereka sekiranya mereka gagal dalam tugas yang telah diamanahkan kepada mereka…

    Persamaan kedua itu mungkin sekali telah menimbulkan perasaan ngeri terhadap pembaca sekalian, dan mungkin sekali anda tertanya-tanya, siapakah yang lebih berbahaya, lebih memusnahkan dan jawapan saya untuk pertanyaan anda itu ialah seorang guru…(sila lihat gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas)

    25733_105174039505466_100000386116563_130783_3146224_n

    Jelas sekali dapat dilihat bahawa profesion perguruan ini merupakan satu profesion yang sangat berbahaya, malahan bagi saya, jauh lebih berbahaya daripada pengebom berani mati. Kenapa saya berani menyatakan pendapat sekalian? Kerana pengebom berani mati hanya akan memusnahkan insan di sekelilingnya, dan seorang guru pula akan memusnahkan keseluruhan generasi insan yang diajarnya.

    Namun begitu, kenapa saya sanggup mengambil risiko dan menjejakkan kaki saya ke dalam arena perguruan? Ini kerana saya telah melihat bahawa guru saya telah mengambil risiko yang sama untuk mendidik saya dan membantu saya untuk membina generasi saya, dan saya akan mengikut jejak itu, untuk membantu insan lain membina generasi masing-masing.

    Oleh itu, saya menyeru kepada semua guru dan bakal guru yang telah berikrar untuk mengambil risiko ini, agar kita bersama-sama membina generasi baru dan bukan memusnahkan generasi ini…
    Sekian, terima kasih…

    p/s: dah macam ucapan menteri pendidikan la pulak,hehehe…ader gaya tak?

    Tuesday, December 14, 2010

    Kisah Waiter Terlampau

    ASSALAMUALAIKUM….

     

    sebuah kisah untuk hiburan sekalian…

    Seorang lelaki pergi ke sebuah restoran dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.
    Pelayan tersebut bertanya, “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”.
    “Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging panggang tersebut”,kata lelaki tersebut.
    Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.
    “Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.
    “Baiklah” Kata lelaki tersebut.
    Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.
    “Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.
    “Apa yang kau buat ni hah?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.
    “Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.
    “Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.
    “Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.

    sumber

    p/s:jangan la wat camni deh…geli la…

    KALAULAH…

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    Kalaulah…

    perkataan yang biasa disebut oleh semua orang…menyatakan sesuatu permintaan atau pengharapan seseorang itu…sebagai contoh, kalaulah aku anak raja, kalaulah aku dapat kereta proton tuah tu, kalaulah aku ni bilionair(cam lagu Bilionaire tu)…

    dan sudah semestinya berbagai-bagai lagi kalaulah yang dapat difikirkan oleh korang semua kan…setiap kalaulah tu merupakan satu angan-angan mat jenin, namun dengan usaha, doa dan tawakal, kalaulah itu mungkin akan menjadi kenyataan…namun janganlah pula korang berkalaulah dengan angan-angan yang pelik dan tak masuk akal…

    kita semua mampu berkata “KALAULAH”, namun adakah kita mampu untuk merealisasikannya? dan jangan berkata kalaulah jika niat hanya untuk beralasan…

    apa-apa pun, mari kita sama-sama tengok, kalaulah watak-watak manga Dragon Ball diterjemahkan kedalam bentuk 3D, bagaimanakah bentuknya..

     

    Cell…

    freeza @ fliza

    vegeta @ bezita

    majin boo…

     

    sekadar untuk perkongsian yek, jangan plak ader yang tak leh tdo nanti,hehehe…tapi nampak macam betul-betul gak kan…

     

    sumber

     

    p/s: gambar 3D lagi elok dari realiti punya, citer dragon ball evolution tu memang tak best…

    Monday, December 13, 2010

    HOBI PELIK

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    entri yang sebelum ni ada menceritakan mengenai salah satu dari hobi ambe kan…ni pom merupakan salah satu daripadanya gak, tapi hobi dah ditinggalkan…kenapa ditinggalkan? sajer-sajer, dah bosan dengan hobi ni kot…tapi tinggalannya masih ada lagi…hobi pelik ambe ni ialah mengumpul benda nih…

    DSC01047

    tarikh lahir ambe 3 taun yang lepas…

    korang kenal aper ni? ni ada pengikat bagi roti sandwich tu…gitu la kot namanya, hehehe…roti ni memang peberet ambe, sebab murah, mengenyangkan dan banyak plak tu…ader la dalam 20 keping kot…jadi selepas abis makan rotinya, kepingan plastik ni ambe simpan, sebagai kenangan la konon, hehehe…

    ambe dah kumpul dalam 40 keping, tapi separuh dari tu dah ilang, jadi tinggal la dalam 20 keping lagi…

    DSC01046

    roti yang biasa ambe beli ialah Hawaii Five-0…kekadang beli gak Gardenia…mungkin hobi ini akan diteruskan apabila ambe mula hidup bujang nanti…

     

    p/s:pelik tak hobi nih?korang ader yang lagi pelik?

    Sunday, December 12, 2010

    Nama Gelaran

    Assalamualaikum…

     

    pagi tadi kan, ader la ambe dengar saluran radio terhangat, HOT FM, hehehe…pastu masa aasyik mendengar tu, ader la disiarkan satu perbualan antara pemanggil dengan DJ nih, berkaitan dengan nama gelaran. si pemanggil tu berkongsi la pengalaman dier pasal nama gelaran nih, iaitu KAMPASI…Kampasi ni membawa maksud Kambing Pandangan Sisi, dah memang gelaran unik tetapi lawak…

    ambe nak kongsikan la sikit sebanyak berkaitan dengan nama gelaran nih…biasanya budak-budak akan menyalahgunakan nama gelaran ni dengan memberi nama gelaran dengan niat bergaduh, hehehe…paham-paham jek la budak kan…

    pastu remaja ni biasa menggunakan nama gelaran untuk memudahkan dikenali dan untuk nampak hebat…seperti contohnya macam nama Zack, Belang, Taring dan sebagainya. ambe pom ader nama gelaran nih…kat tempat ambe belajar, ambe dipanggil POKJAT, sebab aper POKJAT? sebab nama tu senang dipanggil, hehehe…ader sorang lagi kawan ambe dipanggil POKPIK…ader jugak dipanggil dengan nama PISANG, YAN, TOK, KAKAROT dan sebagainya…

    nama gelaran ni juga ader 2 jenis sebenarnya…ader nama gelaran yang menggantikan nama, seperti contoh diatas, dan ada nama gelaran yang memberi tambahan kepada nama sebenar…contohnya seperti PEJA GASI, TOK RAFI, AMIR LEBONG dan sebagainya…nama gelaran tambahan ni juga sebenarnya digunakan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Rasulullah sendiri digelar Al-Amin, Saidina Abu Bakar digelar As-Siddiq(Pembenar), Saidana Ali digelar Karamaallah Wajhah (Singa Allah), Saidina Usman Zunnurain(2 cahaya) dan ada yang mengantikan nama seperti Abu Hurairah.

    kesimpulannya, sekiranya kita hendak menggunakan nama gelaran, carilah nama-nama yang tidak membawa maksud yang buruk kerana setiap nama yang dipanggil itu ialah satu doa kepada orang yang dipanggil.

     

    p/s: nama gelaran sorang kawan ambe nih, AYAH PIN, hehehe…korang ader nama gelaran?

    FOLLOWER KE 100

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    baru jek sebentar tadi, lebih sedikit pukul 9 malam, ambe telah digemparkan dengan satu berita yang sangat mengemparkan…

    follower ambe dah mencecah 10000, a.k.a seratus orang…sebenarnyer tak pernah berangan pom nak tengok angka 100 kat follower tu, tapi dah namanya rezeki kan…semoga follower ambe akan terus bertambah, kerana setiap semakin ramai follower, bermakna entri-entri ambe dah menjadi semakin mantap, hehehe…

    saper follower yang memegang no pasport 100 tu yek…follower tu ialah Cik Soffea a.k.a Soffie Soffea…nak berkenalan dengan Cik ini, sila lah tekan nama dier yek…klik kat header dier ni pom boleh gak…

    tagline bagi Cik Soffea nih,

    “her life, her thought, her expressions…i just love being me!”

    blog Cik Soffea nih simple, merah menyala dan kuning berdaulat, hehehe…Cik Soffea ni juga merupakan seorang guru, lulusan IPG Kampus Tun Abdul Rahman. major dalam bidang Sains, dan minor dalam bidang Matematik dan PHE (ambe pom tak pasti la…)

    dengan kate lain, Cik Soffea ni merupakan senior ambe la, sebab dier setaun dah keje…penulisan CIk Soffea juga menarik, dan ambe tertarik untuk membaca, hehehe…

    entri terbaru dier ialah mengenai proton hang tuah…

    apa-apa pom, ambe nak ucap terima kasih kepada kesemua 100 follower ambe dan silent reader ambe, kalian semua adalah pemangkin untuk ambe terus berkarya dalam bidang blog nih,hehehe…

     

    p/s: follower ke 100 selepas ambe berjaya mencapai entri ke 100, mungkin follower ke 1000 selepas ambe mencapai entri ke 1000, hehehe…

    KEY CHAIN

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    ahaks…cam pelik jek tajuk kat atas tu kan…diulangi, KEY CHAIN yek bukan kencing…

    cuma nak berkongsi dengan korang pasal satu hobi ambe nih…tak der la gempak cam orang lain, tapi apa yang pasti, hobi ambe ni tak membahayakan orang lain la…

    hobi ambe ini ialah mengumpul SETEM KEY CHAIN, atau dalam bahasa melayu nyer, disebut sebagai RANTAI KUNCI…ambe mula mengumpul key chain ini bermula dari tingkatan 1 lagi, dan malangnya key chain pertama ambe tu dah hilang…ambe sangkut kat kunci besikal, pastu tercicir kat skolah (rantai besikal tu pom kena gergaji, sebab kunci dah ilang).

    setakat ini koleksi ambe dah mencecah lebih kurang 4000 40 jenis…

    DSC01034

     

    diantara key chain kesayangan ambe ialah…

    DSC01045

    dihasilkan oleh murid ambe…

     DSC01027

    diperoleh dari tecer ambe, dari jepun…

     DSC01028

    diperoleh masa beli komik Kreko…

     DSC01029

    antara yang paling lama…ada nama sendiri, bangga woo,heheh…

     DSC01030

    pedang ichigo, macam real, tapi xleh nak ban kai,heheh…

     DSC01031

    diperoleh masa pameran seni…

     DSC01032

    paling terbaru, diperoleh di indonesia, batu gunung berapi…

     DSC01033

    diperoleh dari Kreko, ader pita ukur kat dalam…

     DSC01036

    viva la barca…ambe kan peminat barca,hehehe…

     DSC01037

    xpasti dari maner…

     DSC01038

    beli kfc masa superman return dulu…

     DSC01039

    diperoleh dari Danau Toba, pemberian seseorang…

     DSC01040

    tak pasti dari mane, tapi sangat sayang…

     DSC01041

    diperoleh dari tecer ambe, dier beli kat UK…

     DSC01042

    diperoleh dari tawau, sabah, tempat lahir ambe…

     DSC01043

    pemberian sahabat, dari thailand…

     DSC01044

    pemberian oleh anak murid, dari kelate…

     

    p/s: semoga koleksi ni makin bertambah,hehehe…korang menyimpan aper?

    best ker kawin?

    ASSALAMUALAIKUM…

    ni merupakan satu set soalan yang telah ditag oleh junior ambe, ASMAD, jadi ambe jawab jek la deh…

    1)HOW OLD ARE U?
    23 dah…(tahun masihi)

    2)ARE U SINGLE?
    ahaks…duet

    3)AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
    before 28,hehehe…

    4)DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW 
    sekiranya telah ditakdirkan
    5)IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
    saper2 yang ditakdirkan

    6)WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?

    kawan yang mntk cepat…

    7)DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?

    maybe traditional, or beach, or garden,hahahah…

    8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?

    japan,hehehe…kawaiiii…

    9)HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?

    setakat cukup makanan kenduri,hehehe…

    10)WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?

    ade ker? kejap, pikior,hahaha

    11)HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT ?

    Layer Cake Apolo ker nih?

    12)WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
    akadnyer of kos malam la…kurang sikit gementar…(ader kaitan tak)

    13)NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?

    tak nak lagu2 la…

    14)DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?

    tradisional kan…tibai dengan tangan la…

    15) CHAMPAGNE OR RED WINE?

    oit, ni nikah melayu la, sirap jek….

    16)HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
    hani mung kerek2…relek2 la dulu…

    17)MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
    maner2 la…(tak paham soklan nih)

    18)HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?

    ahaks…4 kot, 2 hero, 2 heroin, hahaha…

    19)WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
    mungkin, untuk kenangan…

    20) WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?

    cik mas, cik gemok, hisyamudin, mat ganu, awangku

     

    p/s:kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan…

    Saturday, December 11, 2010

    PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ?

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    ok la, ni ader segmen terbaru dari abang Ben Ashaari, nak join boleh la klik kat nama tu…pastu ader plak soklan2 yang perli perlu dijawab…

     

    1. Header Ben Ashaari Blog

     

    2. Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke ENTRI ini ..

    – setel dah

     

    3. Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..

    nama blog ni ambe dapat dari satu manga yang ambe baca dalam Kreko dulu, ambe rasa nama tu tersangat cool (yer la,sebab sub zero kan), jadi pilih yang ni la…

     

    4. Apakah maksud disebalik nama blog korang ..

    section tu membawa maksud seksyen la, atau bahagian…sub zero tu plak membawa maksud pemikiran dibawah pemikiran ambe…(sub zero tu kan dibawah takat beku)…maknanyer pemikiran ambe yang tak leh ambe keluarkan camtu jek, ambe keluarkan dalam blog ni…freedom of speech..

     

    5. Siapa orang kuat blog korang tu ..

    ayah pin(nama kawan ambe la)…sebenarnyer blog ni diwujudkan bersama dengan dier, tapi dier tarik diri, jadi ambe jalankan blog ni sorang2…namun semangat kerajaan langit tetap bersama ambe,hehehe…dan of kos beberapa orang istimewa dalam idup ambe (cewahhh, jiwang plak)

     

    6. Angan angan terhadap blog tu ..

    nak blog ni dikenali oleh sumer orang, cam facebook tu(tinggi sangat la plak)…tak pom dibaca oleh ramai orang la…

     

    7. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..

    tukar? tak nak tukar la…dah ok dah nih…

     

    8. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?

    nak iklankan kat tepi facebook tu…kan ader iklan banyak2 tu kan…tapi camner nak wat ek…

     

    9. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..

    blog Ben Ashaari…tak tipu punya…walaupom tak mengomen, ambe suker baca entri-entri dalam tu…terutama segmen2 yang keraktif…hakhakhak…

     

    10. Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..

    saya suka blog saya kerana kebebasan bercakap adalah hak milik setiap insan….

     

    p/s: sekian la, selamat membaca…pelik ker nama blog aku nih?

    Photo Contest: My Bestfriend Forever!!

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    image

    ader la kan, satu hari tu, ambe melihat ader satu peraduan menarik yang dianjurkan oleh TUAN BLOG NIH, dan ambe rasa sangat tertarik untuk menyertainya…selepas menyelongkar segala arkib ambe, ambe pom dapat la gambar di bawah…

    PTVB always(edit)

    ader soalan plak tuh…

     

    Mula berkawan sejak tahun berapa?

    mula berkawan sejak julai tahun 2007 lagi…

    Kenapa anda rasa dia/mereka BFF anda?

    kerana kami dah bersama sepanjang 5 tahun setengah, banyak suka duka kami lalui bersama, dan mereka ini dah layak digelar sahabat, kerana mereka ni dah macam adik bradik ambe,hehehe…

     

    p/s: ni gambar 4 taun yang lepas, masing2 muka cam budak lagi,hehehe…

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    my felling today...


    mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...