ASSALAMUALAIKUM…
Apakah persamaan yang terdapat pada seorang guru dan doktor? Soalan ini mungkin agak mengelirukan, kerana mungkin pada hemat fikiran anda sekalian, tiada persamaan antara guru dan doktor, melainkan perbezaan semata-mata…
Izinkan saya menyangkal pemikiran anda sekalian, kerana terdapat 2 persamaan yang gagal difikirkan oleh anda sekalian (atau mungkin terdapat yang telah memikirkannya)… Persamaan tersebut ialah guru dan doktor masing-masing berhadapan dengan klien yang terdiri daripada manusia ataupun insan. Persamaan yang kedua pula ialah guru dan doktor masing-masing akan memusnahkan klien mereka sekiranya mereka gagal dalam tugas yang telah diamanahkan kepada mereka…
Persamaan kedua itu mungkin sekali telah menimbulkan perasaan ngeri terhadap pembaca sekalian, dan mungkin sekali anda tertanya-tanya, siapakah yang lebih berbahaya, lebih memusnahkan dan jawapan saya untuk pertanyaan anda itu ialah seorang guru…(sila lihat gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas)
Jelas sekali dapat dilihat bahawa profesion perguruan ini merupakan satu profesion yang sangat berbahaya, malahan bagi saya, jauh lebih berbahaya daripada pengebom berani mati. Kenapa saya berani menyatakan pendapat sekalian? Kerana pengebom berani mati hanya akan memusnahkan insan di sekelilingnya, dan seorang guru pula akan memusnahkan keseluruhan generasi insan yang diajarnya.
Namun begitu, kenapa saya sanggup mengambil risiko dan menjejakkan kaki saya ke dalam arena perguruan? Ini kerana saya telah melihat bahawa guru saya telah mengambil risiko yang sama untuk mendidik saya dan membantu saya untuk membina generasi saya, dan saya akan mengikut jejak itu, untuk membantu insan lain membina generasi masing-masing.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua guru dan bakal guru yang telah berikrar untuk mengambil risiko ini, agar kita bersama-sama membina generasi baru dan bukan memusnahkan generasi ini…
Sekian, terima kasih…
p/s: dah macam ucapan menteri pendidikan la pulak,hehehe…ader gaya tak?
26 comments:
ada gaya! hehe
wow!cikgu gemok ada potensi la nk jd pakar motivasi
alinac:gaya aper?doktor atau guru?hehehe
erina gemok:pakar motivasi?menteri pendidikan blh tak?
takut plak aku dgaq..tggungjawab 2 der
iniialahaku:sekadar sedikit perkongsian...yg menentukan tnggungjwb kiter tu kiter,hehehe
cik mas suke tu la jat!! :)
dear..nk mintak tlg undi cik mas
http://bpm-undi.blogspot.com/
no 18
dunia ku dunia cikgu
encik ijat.tahniah, anda kena tag :D
http://worldofsizuka.blogspot.com/2010/12/bloglarianlarikkkkkk.html
mcm big bosS doh jat...saboh2...hehehe
macam penah tengok je papan ni. tapi dimana ya
cikmas:hehehe...setel dah ...
sizuka:okies,beyeh...akan membalas secpt mgkin,hahaha
matganu:hehehe...perjalanan masih lagi jauh,hehehe...
alumi IPGKSM:ambe pom xbraper pasti,tp ada dalam lptop ambe,hehehe
eh?? mcm kenal je papan tanda tu,, sesuai la, boleh ganti hishamuddin nih.
anda ditag!! buat ek~ Kempen: Mari Menutup Aurat
TERIMA KASIH WEH DGN ENTRI NI...BOLEH TAK AKU AMIK GAMBAR NI LETAK KAT ENTRI AKU PULAK? SEKADAR INSPIRASI..SEBAB DULU AKU TAK SUKE JAD CIKGU NI..WUUUUUUUUUUUU TAPI SEKARANG NI DA STEADY DAH HEHE
hari ni gak aku nak anta surat resign.nak jadi cikgu plak.haha
wah, macam takot weh,,
ak bakal cekgu gak.
da la ak amcam ragu3 broo
Gaduh MANJA! | How much do u LOVE me? | First Two Wheels Moment
dya adriza:kenal ek...ambe pom xpsti gak,hehehe...beyeh2,gnti muhyding tu,hehehe...beyeh jek...
neon:boley jek,silakan...sharing is caring kan...
nazirul:hehehe...skrang ko kje aper?
PinQib:isk,jgn ragu2...berani ambik risiko,kerana balasannyer baik...
semua profesion mulanya dr didikan seorang guru,so, profesion sorang guru ni mmg 1 tanggungjawab yg BESAR~!
;)
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
eeemmmmm aku terkejut bila baca kata-kata tersebut tak menyangka sekauh itu besarnya peranan seorang guru...
patutlahh guru bistari sekolah bestari.. sologan yang selalu aku baca pada sekolah-sekolah...
tak kisah lah berapa kali naik gaji guru mmg mereka berhak dapat imbal balas atas jasa besar dia mengajar dari buta huruf sampai tahu membaca...
aku terfikir panggilan cekgu tu dibawa hinggalah ke selepas pencen dan sehingga kembali ke rahmatullah orang masih panggil "..Cekgu.. "
hanys:yup,btol tu...setiap satunya dimulakan dengan seorang guru biasa...
afzainizam:hehehe..btol tu...gelaran cikgu xkan terpadam smpai biler2...sma gak cam doktor...
Post a Comment