Showing posts with label play2.... Show all posts
Showing posts with label play2.... Show all posts

Saturday, May 19, 2012

TEETH BAND (LUKA SERIBU RINDU)

ASSALAMUALAIKUM…

ahaks… lama plak tak menjenguk blog nih… dah penuh bersawang jadinya… tapi tidak mengapa, kerana citer kali ni memang besh… ni sambungan dari post yang INI… kalu korang tak ingat, sila la tekan yek…

baru-baru ini, pada 16 Mei yang lepas, telah diadakan satu konsert persembahan dari Bintang Utube yang bertempat di Dewan Finas Shah Alam Sekolah Merchong Jaya… dan ini adalah persembahan dari adik Teeth Band yang telah dirakamkan oleh seorang penonton disana, hehehe… sama-sama kita saksikan yek….

 

 

ahaks…camner?mintak maaf la yek, kualiti video n audio kurang memuaskan…tapi apa pun, selamat berhibur dengan persembahan ini… nantikan persembahan yang seterusnya pula yek, hehehe… n selamat hari guru…

 

p/s: better late than never…

Wednesday, April 4, 2012

TEETH BAND…

ASSALAMUALAIKUM…

korang ingat tak lagi kat budak nih…

dan yang nih…

budak ni sebenarnyer budak skolah ambe, budak kelas ambe, dan memang ambe ajar dier nih… dan ni ader video terbaru dari dier… jom layan…

 

teeth band

 

semoga korang enjoy… recording lagu nih blom abis lagi… tunggu la ambe abiskan recording lagu budak nih yek… untuk makluman, budak ni nama fahmi, hehehe…

 

dan kepada kakak ambe, kak Lydia Mirza, selamat pulang ke Malaysia, semoga kak akan terus berblogging… dan semoga terhibur dengan gelagat budak nih, hehehe…

 

p/s: akhirnya dapat gak suruh budak ni nyanyi…satu permulaan kepada kelahiran bintang nih…

Tuesday, January 25, 2011

25 Things About Pokjat

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, ni entri tag dari Cik Mimie, jadi ambe akan menjawabnyer sebaik mungkin (ader soalan ker ek)…berkenaan dengan 25 perkara tentang ambe…mungkin takder orang nak tau pasal ambe, tapi ambe tetap nak bagitau, hahaha…

 

 

1.maksud nama ambe, iaitu izzat anwar = kemuliaan yang bercahaya

2.pokjat = gelaran yang ambe dapat masa kat maktab

3.no ic 49,sebab lahir kat sabah pada tahun 1987

4.suka warna hitam & ungu

5.suker kamen rider & power ranger (lantak la korang nak cakap ambe budak2 pom)

6.ader koleksi gundam

7.suker barang-barang bundle

8.ader motor LC135 (bini sekarang,hehehe)

9.suker dengan gajet2

10.suka baca manga dari tengok anime

11.nak panjat gunung kinabalu

12.suker pakai cincin

13.ada bela ikan laga

14.suker citer omputih

15.suker tengok lakonan Nicolas Cage, Antonio Banderas

16.tak suker citer antu

17.jenama kereta laptop pertama ambe = Hyundai

18.suker novel Ramlee Awang Murshid

19.pernah dapat anugerah tokoh pustakawan (ulat buku la kan)

20.ader 3 helai tali leher kartun (cam budak2 jek)

21.tak suker IPhone (kalu orang nak bagi ambik jek,hehehe)

22.tak pernah naik kereta api

23.tak pandai berenang

24.pernah hampir-hampir lemas

25.suker vampire, ninja dan star wars (kombinasi menarik tak?)

 

sekarang ambe nak tag:

saper2 yang rasa nak menceritakan sedikit sebanyak pasal diri dier

(25 jek,takyah lebih2)

 

p/s:hampir lemas tu btol2 yek,nasib baik la ader orang tolong,kalu tak,tak de la entri nih…

Saturday, January 22, 2011

FOLLOWER YANG KE 200

ASSALAMUALAIKUM… 

 

hehehe…arini merupakan hari yang menggembirakan ambe..sebab aper?

sebab pertama, follower dan mencapai 202 orang, hahaha…dan satu sebab lagi, tak perlulah ambe bagitau kat sini, takut nanti heboh plak satu dunia blog nih, hehehe…

mesti ader yang cakap “hek eleh, folower baru 200, nak hepi2 sangat”…dan apa yang akan ambe balas ialah, “biorlah orang nak cakap aper pom, tak rugi aper pom, hahaha”…

jadi teruskan dengan agenda utama kiter…follower bertuah itu ialah…

BLOG BERAPA LAJU GUA LARI TADI oleh IMRAM NYAMBEK

ni header beliau yang cukup unik…blogger ini baru jek berkecimpung dalam bidang blogging ni memandangkan entrinyer yang tak banyak…tapi entri yang diterbitkan cukup panas, heheheh…

jadi jangan kiter buang masa dengan celoteh panjang ini, marilah bersama-sama menjengah blogger baru ini, hehehe…

 

p/s:heheheh…capai pom 200, heheheh…biler plak nak capai 2000 nih, hahaha

Wednesday, January 19, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

ASSALAMUALAIKUM… 

 

ni tag yang ambe dapat dari rakan ambe nih…Duang Lang…kalu korang nak join gak, klik jek banner kat bawah atau kat sidebar tepi ni yek…

1.okay macam biasa korang kena jadi follower BLOG ni (setel beb)

2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni (setel beb)

3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*

contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak ! (setel beb)

4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join ! (setel beb)

5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011 (lambat lagi lor)

 

gambar yang dipilih…

dan kalau saya menang, nak simpan untuk beli sebijik DSLR, hehehhe

dan tag untuk 5 orang, ambe pilih…

1.mimie gemok

2.cikgu laila

3.Dinda Dya

4.miss as

5.saper2 yang nak join

 

p/s:contest gambar itam putih ni macam gambar2 lama plak,hehehe

Saturday, January 15, 2011

Saya Pelajar IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni ader satu segmen khas dari Blog Pilihan Malaysia, iaitu segmen Sahabat Blogger : Pelajar IPG/Maktab Perguruan…khas untuk cikgu-cikgu semua IPG seluruh Malaysia…syarat nak menyertainya amat mudah…

Buat satu entri yang menarik. dalam entri tersebut harus ada:

  1. Tajuk entri "Saya Pelajar IPG ...... (nyatakan tempat anda belajar)
  2. Link blog ini
  3. Gambar anda bersama rakan sekelas 
  4. Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
  5. Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)

syarat 1 dan 2 telah saya selesaikan…

dan ini ialah gambar saya bersama rakan sekelas…

PTVB always(edit)

gambar ni diambil 4 taun yang lepas…

syarat ke 4 pula…

kursus yang saya ambil ialah D&T atau juga dikenali sebagai Design & Technology atau dalam bahasa Melayu RBT juga dikenali sebagai Rekabentuk Teknologi.

subjek yang akan diajar oleh saya nanti ialah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

 

syarat yang ke 5

Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni?

pengalaman manis: ada banyak kenangan manis, tapi biarlah saya menceritakan satu sahaja, iaitu pengalaman menghabiskan masa selama 5 tahun setengah bersama-sama dengan 17 orang rakan-rakan yang telah saya anggap sebagai adik beradik ini. itulah kenangan paling manis bagi saya dan tidak akan saya lupakan.

pengalaman pahit: pengalaman pahit? banyak yang pahit, tapi biarlah saya cerita pengalaman yang paling kurang pahit, sebab yang pahit tu kita lupakan…pengalaman pahit saya ialah mengalami kelewatan elaun, yang mana tersangat lewat, menyebabkan segala urusan tergendala…dan menyebabkan ada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku…memang zaman kegelapan la…

apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni?

perubahan pertama yang nak saya buat ialah menukar pakaian seragam sekolah iaitu dari putih kepada warna lain, sebab warna putih ni susah nak jaga la…cepat kotor dan cepat lusuh. dan saya rasa kebanyakan ibu-ibu mesti bersetuju dengan perubahan ini…

perubahan kedua pula ialah saya nak tukar corak pembelajaran sekarang iaitu daripada berorientasi peperiksaan kepada berorientasikan kehidupan dan lebih banyak amali daripada teori.

sekian, terima kasih…

 

p/s: ambe dengan duang satu kelas, boleh korang cari mana kitorang?

Thursday, January 13, 2011

NUFFNANG LAGI LA…

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni entri kedua ambe lepas entri NIH…jarak masa antara 2 entri ni dalam sebulan la…dan dalam sebulan macam-macam jadi,hehehe…

korang tau aper yang jadi? dari 2 BE, ambe dapat banyak BE tau,hehehe…tapi dapat banyak BE jek la, isi nyer tak de la banyak sangat…hasilnyer tak lebih dari 1 angka lagi,hehehe…

apapom ambe nak bagitau yang kebahagian menunggu orang yang sabar,hehehe…(ader kaitan ker?

ni la print screen BE ambe,hehehe…(bukan nak menunjuk yerk)

nuff1 nuff2

wahwahwah…tapi BE ni brenti sampai 1 Jan jek la…kenapa ek…otai2 ader info tak pasal nih?

 

p/s:apapom ambe bersyukur dengan nuffnang & kehadiran follower ambe…smoga teruskan semangat berblogging nih….(rosak bahasa)

Wednesday, January 12, 2011

Croydon baby boy GA~kiutnye baby~hehe

ASSALAMUALAIKUM…

 

alop…kali ni tag dari rakan ambe nih…Duang Lang

kalu korang nak join, klik SINI atau banner kat atas yek…

senang jek,wat entri,pastu letak banner ni kat tepi sidebar….

ambe nak tag 2 orang, iaitu

asmad

sarafisya

sekian…

p/s:comelnyer baby,hehehe…

Sunday, January 9, 2011

saya suka header saya cantik!!!

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni der la satu aktiviti yang dijalankan oleh sorang cikgu nih, nama dier cikgu suraya…memberi peluang tu mendapatkan header free…jadi ambe nak join gak la…dier mintak ciri-ciri header yang ambe nak…ambe nak header ambe ader

1.ciri-ciri mistik sikit

2.cam biasa la,ader gambar one piece….

3.pastu nak tambahan gambar gundam skali, leh tak ek?

4.pastu nak ader gambar nih…

sekian jek la,hehehe…

 

p/s:nak tengok hasil kerja artis suraya nih,hehehe

Saturday, January 8, 2011

Menulis Di Blog Pendidikan

ASSALAMUALAIKUM…

 

baiklah….kali ni ambe nak berkongsi sikit mengenai satu blog pendidikan yang diperkenalkan oleh rakan guru ambe, iaitu cik lampu neon…dier menjemput ambe untuk menjadi sebahagian daripada warga penulis di blog Blog Pendidikan Raisingthesoftvolume

ambe dah tengok blog nih, dan isi kandungannya amat menarik…membicarakan mengenai isu-isu semasa pendidikan, pedagogi baru pendidikan dan pelbagai informasi mengenai pendidikan…juga mengandungi nota-nota yang sesuai untuk bakal-bakal guru…

jadi ambe tak nak bercakap banyak lagi mengenai blog pendidikan nih…ambe rasa adalah lebih baik sekiranya korang berkunjung sendiri ke blog itu…dan ambe nak ingatkan lagi yek, yang ambe sekadar berkongsi, ambe tidak mempunyai kepentingan pom dalam blog tersebut…ambe nak join ni pom seikhlas hati ambe, kerana SHARING IS CARING…

jadi ambe nak tag 5 orang rakan ambe, yang maner merupakan guru…dan ini bukan satu paksaan, hanya jemputan…

cikgu duang

cikgu fakhri

cikgu jai

cikgu asmad

cikgu naen

jadi kepada yang telah ambe tag, tiada paksaan yek…seikhlas yang mungkin…klik kat banner tu, dan letak link korang kat dalam entri tu…

 

p/s: post esaimen boleh gak ker ek???

Friday, January 7, 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak

ASSALAMUALAIKUM… 

ni merupakan tag dari miss epa…jadi ambe pom ambik inisiatif join la gak,hehehe..

Syarat2 nak masuk bloglist nih:

1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
lulus slalu.

2) Letak gambar atas tu kat awal2 entry korang. Buat 1 link ke entry nie ye.
lulus slalu.

3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)

lelaki.

4) Tag 3 orang kawan2 korang yg berminat.

duang lang
fakhri
matganu

5) Letak link entry korang kat entri nie.

lulus slalu.

 

p/s:nasib baik la tak der syarat kena botak…

Thursday, January 6, 2011

GiveAway EdY : Awak Busuk!

ASSALAMUALAIKUM…

tajuk entri yang kontrolbesi kan…jangan korang buat spekulasi dulu deh…baca dulu, baru komen,hehehe…ni GA kedua yang ambe join, setelah mendapat tag dari Alinaclover

saper2 nak join sila klik banner diatas yek…dan seperti biasa la, mesti ader syarat2 sikit kan…berikut ialah syaratnya…

Korang hanya perlu :

1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Awak Busuk!"...

(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini) ~ lulus slalu

2. Jadi follower blog ini... ~ lulus slalu

3. WAJIB TAG sekurang-kurangnya seorg blogger LELAKI dan seorg blogger PEREMPUAN dan make sure dieorg tahu... ~ lulus slalu

4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni... ~ lulus slalu

Itu sahaja..mudah kan??mmg mudah tapi jangan ambil mudah...

Apa tunggu lagi..

sesiapa pun boleh join...

tak kira anda dah menang sebelum ni, anda masih berpeluang untuk menang lagi...

Tarikh Tutup : 11.59AM pada 12/1/2011

jadi ambe nak tag 2 orang busuk nih,hahaha…

duang lang

matganung

erina gemoks

asmad

 

p/s:dah wat susun atur baru,camner?kurang serabut kan,hehehe

Wednesday, January 5, 2011

TOP STATUS

ASSALAMUALAIKUM…

 

arini dah masuk 5 Januari 2011… dan bermakna tahun 2010 dah 5 hari meninggalkan kita(semua orang tau pasal ni kan,hehehe)…namun kenangan pada tahun lepas tidak akan meninggalkan kita…jadi ambe nak bangkitkan kembali sedikit sebanyak kenangan tahun lepas untuk entri kali nih…

korang sumer ader Facebook kan…dan melalui FB ni korang boleh letak status korang kat dalam profil masing-masing kan…dan sekarang dah ada aplikasi yang membolehkan korang gali kembali status-status korang yang menarik sepanjang tahun 2011…

top1

top2

ambe paling suka dengan status no 1 ambe tu…status tu berkenaan satu doa yang ambe pohonkan masa ambe dah nak menghabiskan pengajian ambe…masa tu ambe sedar yang ambe akan berpisah dengan kawan-kawan ambe, dan masa tu juga ambe berasa teramat sedih…yer la,dah 5 taun setengah kitorang bersuka duka, dah sampai masa untuk kitorang berpisah, dan status ni merupakan satu doa yang tulus ikhlas dari hati ambe…ambe berharap agar semua kawan-kawan ambe akan sentiasa sihat dan sentiasa gembira disamping yang tersayang…

Semoga persahabatan yang bermula di dunia ini akan berterusan di syurga kelak…

 

p/s:ambe rindukan kenangan dulu…(ini entri rindu-rindu,hehehe)

Monday, January 3, 2011

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

ASSALAMUALAIKUM…

ni ader la GA dari Izamir Ridzwan…jadi ambe pom nak join la gak…caranya cukup mudah, nak join, klik nama Izamir atau banner kat atas tu…

dengan ini ambe mengetag 4 blogger sepertimana yang dikehendaki..

mimie erina

duang lang

ayiechelsea

mat ganu

 

p/s:adiahnyer?pendrive 4gb…menarik gak tu,hehehe

Thursday, December 30, 2010

Segmen Jom Berkenalan

ASSALAMUALAIKUM…

 

ok la,ni sebenarnya entri hutang, oleh cikmas & dyaadriza…mereka la yang mengtag nama ambe untuk menyertai segmen nih…jadi orang memberi kita merasa, ambe pom menerima la pelawaan ini dengan penuh rasa hormat,hehehe…

Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~


1)Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN" ~ lulus
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni ~ lulus
3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit

in a relationship, hehehe… berkahwin biler? tunggu dulu, stabilkan idup dulu…


-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

ambe dilahirkan di Sabah General Hospital (dalam bahasa melayu jadi Hospital Jeneral Sabah ker ek?), pastu tinggal kat Terengganu (senyum sokmo)…baru jek menamatkan pengajian dalam pengajian rekabentuk dan teknologi…jadi sekarang menunggu untuk dipostingkan oleh KPM…dipostingkan jadi aper? jadik cikgu la,hehehe…


-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..

ambe ni seorang cikgu dan menjadi fitrah seorang cikgu untuk suker bercakap, bernasihat, bercerita dan sewaktu dengannya… dan kekadang aper yang ambe nak luahkan tu belum sampai tahap budak-budak(ambe ngajar skolah rendah), jadi tempat untuk ambe luahkan kat dalam blog nih la…ambe suka bercerita mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita, pastu berkenaan dengan pedagogi cikgu, dan motivasi kepada sesiapa yang membaca,hehehe…sumbangan seorang cikgu kepada anak murid maya,hehehe…


-Apa pandangan anda tentang dunia blog?

dunia blog ni merupakan satu dunia yang selari dengan dunia realiti kiter, tapi dunia blog ni lebih terbuka dan ramai blogger yang menetap di dunia blog ni kerana ingin lari dari dunia realiti…namun kiter kena beringat, bahawa walau suka camner pom kiter dengan dunia blog, kiter tetap akan kembali ke dunia realiti. jadi seimbangkan antara dunia blog dan dunia realiti,hehehe


-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

blog ini bagus, menyeronokkan, dapat ramai kawan. cuba cari kawan, bukan cari lawan…kalu ader susuatu kesulitan atau tak paham pasal blog ini, jangan malu bertanya…malu bertanya sesat jalan…apa yang penting? KERJASAMA….

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

pertama-tama skali ialah header tu,hehehe…walaupom ini templete, tapi kebanyakan orang suker dengan header tu,hehehe…(tapi kurang 2 orang la)…pastu entri2 ambe kebanyakan berkisar mengenai apa yang berlaku disekeliling ambe…citer-citer peribadi ambe tak begitu masukkan dalam nih…pastu ambe suker letak gambar2 comel anak murid ambe, hehehe…dan ambe ialah seorang cikgu…


-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

selagi maner jari mampu menari diatas keyboard, selagi neuron-neuron otak mampu menyambung diantara satu sama lain, selagi nyawa ini dalam genggaman ambe..


4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..

duang @ lang

fakhri @ ayiechelsea

nordin ahmad @ mat ganung

asmad @ me as


5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh ~ lulus
6)Tarikh tutp sampai 3 Januari 2011~ lulus

 

jadi ambe rase setakat tu jek ngomelan kali nih,hehehe…sekian mekacih…

 

p/s: cikgu ijat atau cikgu anwar?maner lebih sesuai?hehehe

Friday, December 24, 2010

Contest Aku dan Kaca Mata

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni ader la satu peraduan yang ambe tengok dalam blog sorang ni kan, tuan blog yang bernama Syafiq Rosli, di Sandiwara Seorang Insan. klik nama beliau sekiranya ingin menyertai…

ader beberapa syarat yang perlu ambe patuhi sebelum berpeluang mendapatkan hadiah…

syarat-syarat tersebut ialah….

menjadi follower seikhlas mungkin

: lulus

Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original

: lulus

Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar

:lulus

Tag 2 orang rakan anda

:lulus

duang lang

cik erina

Wednesday, December 22, 2010

ANALISIS by somebody…

ASSALAMUALAIKUM…

 

baiklah, kali ni ambe nak kongsikan mengenai satu segmen yang diperkenalkan oleh blogger ni, kak anastasyea. kalu korang nak join, leh klik banner kat atas ataupun nama dier tu…tujuan ambe masuk segmen ni sebab ambe nak tahu kekuatan dan kelemahan blog ambe nih…tapi sebelum tu, ader la tugasan yang perlu ambe buat…

  • Anda kena cerita tentang target yang anda nak capai bagi tahun 2011.
  • taun ni ambe berharap agar blog ambe lebih dikenali, terutama dikalangan warga pendidik. ambe juga akan berusaha untuk memasukkan lebih banyak entri-entri yang berkaitan dengan motivasi dan pedagogi pendidikan, agar dapat menjadi panduan kepada guru-guru dan adik-adik junior ambe di IPG dan IPT…

  • Siapa idola anda dalam dunia blog di Malaysia.
  • Ben Ashaari

  • Kenapa? Mengapa dan sebab anda buat blog. 
  • pada mulanya sekadar tempat untuk ambe meluahkan fikiran ambe, namun selepas itu, ambe mula melihat bahawa blog ini mampu menjadi satu saluran untuk ambe gunakan untuk menyampai ilmu kepada pembaca-pembaca…selain itu, blog juga merupakan tempat untuk ambe merehatkan minda…

  • Sila sertakan gambar trafik anda untuk seminggu. Tak kisahlah samada nak guna print screen graf traffik Nuffnang ataupun Stast kat blogger. Mana² boleh .. janji ada gambar trafik.
  • nuff1

     

    p/s:semoga harapan kiter untuk tahun 2011 akan dipenuhi…

    AWARD lagi…

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    ni merupakan award lama dah,cuma ambe lambat claim…jadi ambe nak claim la yek…award ni datangnyer dari HANYS

    tarrraaaa…friendship award…jadi ader la soklan2 sikit….

    1. Apa pendapat korang mengenai blog HANYS ni ?

    * kalau korang nak bagi award ni kat orang lain..just tuka jek soalan tuh ganti dengan nama blog korang :)*


    pendapat ambe yek,entri menarik…pastu ambe suker kat header, cam tulisan tangan jek, hehehe…

     

    2. Listkan nama-nama sahabat baik anda .

    * list la seberapa banyak yang korang ada..jangan nak malas-malas :)*


    kawan2 IPG KSM, kawan2 SMTT, kawan2 SMKIF, kawan2 SKST dan semua kawan2 yang mengenali diri ini…


    seterusnyer kena mengtag2…jadi dengan kuasa yang ader pada ambe, ambe mengetag barang siapa yang menginginkan award nih…jangan malu2…sila la ambik yek…xder bayaran masuk….

    sekiam,mekacih…

     

    p/s:teringat plak kat kawan ambe yang lama tak dengar citer, korang sihat ker?

    Saturday, December 18, 2010

    Kempen: Mari Menutup Aurat

    ASSALAMUALAIKUM…

     

    ambe baru jek mendapat tag dari seorang junior ambe, berkenaan dengan tajuk kat atas tu…tajuk yang agak panas(sebab tu pakaiannya singkat),hehehe…kalau korang nak tengok kempen Ustazah Dya Adriza tu, korang boleh klik kat SINI. ambe dah baca kempen dier, dan juga kempen-kempen orang lain…dan kebanyakan menggunakan dalil-dalil dan firman Allah S.W.T…jadi ambe nak ubah sikit, nak guna pendekatan lain…

    bukan ambe nak menafikan penggunaan Al-Quran dan Sunnah, tapi faham-faham la remaja zaman sekarang…mereka tidak begitu menjurus ke arah itu, jadi ambe nak gunakan pendekatan logik akal untuk berkempen…

    analoginya adalah seperti ini, bayangkan perempuan(sebab jantina ini lebih ramai yang tak menutup aurat) itu sebagai sebiji epal. kulit epal itu sebagai pakaiannya, isi epal sebagai auratnya dan peti sejuk sebagai rumahnya…kulit epal itu mampu melindungi isi epal dari sebarang kerosakan. epal yang telah dikupas juga lebih menyelerakan berbanding dengan epal yang belum dikupas. sebiji epal yang belum dibuang kulitnya akan sedap dimakan, kerana isinya belom menjadi lebam (dalam bahasa sains dipanggil teroksida) atau menjadi kekuningan. selain itu epal juga akan sentiasa segar sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

    apa yang cuba ambe sampaikan ialah perempuan itu, sekiranya menutup aurat dengan sempurna, akan dapat mengelakkan tubuh badannya dari mengalami kerosakan (paham-paham sendiri la yek). selain itu, perempuan yang tidak menutup aurat dengan elok ini juga akan menarik minat lelaki untuk meratahnya. sekiranya perempuan itu menjaga kelakuannya dengan tidak keluar berpelesiran dan duduk di rumah, dia akan menjadi lebih berharga.

    ambe rasa setakat itu sahaja kempen ambe. ambe ingin meminta maaf sekiranya entri ini kelihatan seperti berat sebelah (komen pompuan jek) namun ambe sekadar ingin berkongsi. semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua…

     

    p/s:lelaki ini auratnya sedikit, jadi sebab itu ambe kurang jelas kan…epal aper yang sedap ek…

    Contest Aku dan Generasiku.

    ASSALAMUALAIKUM

     

    ambe baru mendapat jemputan untuk menyertai satu pertandingan gambar ni daripada belog cik Ieqa nih…sekiranya korang nak join gak, klik banner kat bawah atau tulisan kat atas tu…

    apa yang perlu ambe wat ek…tak der la payah sangat…ambe cuma kena muat naik gambar ambe dan anak murid ambe…

     

    DSC09559 pastu ader la sedikit soklan…

    1. anda cikgu dari sekolah / IPG/ IPT mana?

    ambe ni asal dari IPG KSM…juga dikenali sebagai IPG Kampus agong…tau knapa?sebab IPG ambe ni Kampus Sultan Mizan…kan Sultan Mizan tu Yang Dipertuan Agong kiter, jadi IPG Kampus Agong la,hehehe…(jangan marah IPG lain yek,hehehe)

    2. Cerita tentang gambar…

    gambar ni ambe ambik semasa praktikum fasa ke 3 ambe bertempat di Sekolah Kebangsaan Kerandang, Jerteh, Terengganu…gambar ini diambil dihadapan pintu bilik guru,hehehe…4 orang budak yang comel2 tu adalah budak darjah 1, dan sorang tu darjah 2(yang skima kancing atas tu)…yang tudung ijau tu Maisarah namanyer, giler2 orangnyer, sokmo wat kitorg ni sakit kepala & sangat menghiburkan…yang tudung itam tu plak darjah 5…yang berbaju tshirt putih manis senyuman tu sudah semestinya ambe, si baju kuning plak praktikum mate ambe, azriq dan si tudung pink tu chemah

    nama(bermula depan dari kiri):azriq,yusuf, afif safi,azib, amin, ambe

    belakang:chemah, maisarah, faqihah

    paling belakang:amirul

    sekiang, mekacih…

     

    p/s:sekolah yang meninggalkan banyak kenangan,hehehe…ambe sayang skolah nih…

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    my felling today...


    mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...