Showing posts with label some from my reading.... Show all posts
Showing posts with label some from my reading.... Show all posts

Thursday, June 7, 2012

ALIH BAHASA ATAU SARI KATA…

ASSALAMUALAIKUM…

hah…mesti korang pelik dengan tajuk post kali ni kan… apa yang korang paham dengan alih suara dan sari kata nih? ok, meh sir ijat terangkan, hehehe…
dua-dua perkara ini biasanya terjadi dalam cerita atau filem la, di layar kaca atau layar perak… Alih bahasa ini merupakan keadaan dimana suara pelakon tu akan digantikan dengan suara orang lain, dan akhirnya cerita itu akan berubah bahasanya…contohnya cerita jepun, alih bahasa kepada bahasa melayu…
sari kata ni plak ayat yang biasa ader tertulis kat bawah cerita tu, yang akan memberikan makna bagi apa yang diucapkan oleh pelakon tu…
apa yang ambe nak bagi tau nih, bukan pasal maksud alih bahasa dan sari kata nih, tapi nak berkongsi pendapat dengan korang semua pasal mana yang lebih baik? gunakan alih bahasa atau sari kata?
bagi ambe la kan, ambe lagi suka dengan sari kata, sebab dalam masa yang sama, kita akan dapat belajar bahasa cerita itu. sebagai contoh, kalau kita tengok cerita inggeris, dengan membaca sari kata kat bawah tu, secara tidak langsung kita akan dapat belajar bahasa yang diucapkan oleh pelakon itu… mungkin ada yang kata, susah nak belajar la… tapi pada ambe, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih….
bagi alih bahasa plak, bagi ambe tak banyak kebaikan... biasanya cerita alih bahasa ni agak bosan, sebab suara n gerakan mulut tak sama, menyebabkan kadang-kadang nampak kelakar…
tapi tu semua pandangan ambe, mungkin orang lain berpandangan lain… cer pikir, cer pikir, hehehe…
comel
some smile in my life…
p/s: cuti sekolah dah nak bis, huhuhu…

Sunday, March 11, 2012

PESALAH YANG CERDIK

ASSALAMUALAIKUM…

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek…

Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.
“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

 

hehehe…ketawa boleh menghilangkan tekanan,jadi mari ketawa(jangan lebih2 yek)

sumber

 

p/s:agak-agak camner sistem kehakiman kiter kalu jadi camni ek…

p/s/s:hehehe…lama dah tak update ek…

Saturday, April 9, 2011

ADAT BEKERJA

ASSALAMUALAIKUM… 

 

ni ader sesuatu yang nak sangat ambe kongsikan dengan pembaca semua, hehehe…

tentang sesuatu yang ambe dapat masa ambe pergi menghantar murid pergi ke kem UPSR nih… korang baca la deh, hehehe…

 

rajin bercakap, rajin bekerja,

bagus…

rajin bekerja, malas bercakap,

kena buli…

malas bekerja, rajin bercakap,

wayang cina…

malas bekerja, malas bercakap,

tak guna…

malas bekerja, suka mengadu,

nyamuk…

malas berkerja, suka ponteng,

baik berhenti…

malas bekerja, suka menyibuk,

baik mati…

 

ni semua cuma satu perkongsian, tapi ada kebenaran juga disebalik ayat-ayat ini kan…jadi kepada semua yang telah bekerja, sedang bekerja, dan akan bekerja, sendiri paham la ek, hehehe…jangan amalkan adat terakhir tu, hehehe…

sekian…

 

p/s:ayat terakhir tu memang tak leh blah, hehehe…

Thursday, February 3, 2011

ANGER MANAGEMENT

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, ambe ngaku, memang malam ni ambe tak der idea nak tulis pasal aper, jadi alternatifnyer ambe pom godek2 la isi perut laptop nih mencari sebarang aper yang boleh dikongsi…

dan telah ditakdirkan ambe ketemu la dengan satu tugasan yang ambe wat 5 taun yang lepas…satu tugasan yang berkaitan dengan ambe gak la…

dulu-dulu ambe ni adalah seorang yang panah panas baran, dah ramai yang menegur dan akhirnya ambe pom cuba la berubah…tapi ambe ni tak berapa reti nak berubah, dan secara kebetulan, pada masa tu pensyarah ambe menyuruh kitorang ni membuat satu esei yang kitorang suka…

dan ambe pom ambik keputusan untuk buat tajuk pengurusan kemarahan atau anger management nih…dan kali ni ambe nak kongsi dengan korang plak…esei ni panjang sangat, jadi ambe akan ringkaskan la ek..untuk mengelakkan korang bosan plak membaca, hehehe…

 

pengurusan kemarahan ini bertujuan untuk mengawal perasaan marah itu sendiri, dan bukannya mengelak, mengubah atau membuang perasaan marah, tetapi mengawalnya mengikut situasi…

 

strategi untuk mengawal kemarahan

BERTENANG ~ langkah mudah untuk bertenang..

1.menarik nafas dalam-dalam

2.menyebut perkataan “bertenang” secara berulang-ulang, kalau boleh serentak dengan pernafasan…adalah lebih sesuai jika berzikir

3.membayangkan sesuatu yang tenang dalam fikiran, seperti air terjun yang damai atau suasana kampung yang harmoni

 

GUNAKAN JENAKA ~ apabila dilanda perasaan marah, jangan melepaskannya sesuka hati…jadikannya sebagai satu lawak. bayangkan rupa anda ketika marah, betapa buruknya rupa anda apabila marah, betapa berkerut rupa anda seperti nenek tua apabila marah, dah apabila anda menyedari yang rupa anda itu adalah tidak sesuai, maka anda akan berhenti marah…dinasihatkan agar tidak mengunakan jenaka yang sarkastik, kerana tak elok sangat la…

 

KOMUNIKASI YANG LEBIH SESUAI ~ orang yang marah biasanya akan menghamburkan segala apa yang dimarahinya secara membabi buta…cuba untuk berkomunikasi dengan lebih baik, gunakan nada suara yang lebih sesuai…

 

MENGUBAH PERSEKITARAN ~ apabila kita rasa hendak marah, cuba untuk mengubah persekitaran kita, seperti apabila kita berada dalam bilik, cuba untuk keluar bilik dan berada di kawasan lain…ataupun apabila kita sedang berdiri, kita mengubahnya dengan duduk….ataupun sekiranya kita sedang memegang sesuatu, kita letakkan benda yang dipegang itu dahulu…

 

kesimpulannya, kita tidak seharusnya membuang perasaan marah dari dalam diri, kerana perasaan marah itu adalah perlu, namun kita perlu mengawalnya sebelum perasaan marah itu mengawal kita. mengawal kemarahan akan membantu kita dan orang di sekeliling kita…dan ingatlah, marah itu datangnya dari api dan syaitan itu diperbuat dari api…jadi berhati-hati lah…..

 

ambe arap bermanfaat la entri kali ni, sebab memang tip2 ni membantu ambe, dan sekarang ambe pom dah kureng sikit panas baran nih…

dont fall into the dark side, like anakin(watak peberet nih)…

p/s:biasa guna tip ke dua,biler rasa nak marah jek,wat lawak,kompom ilang marah,hehehe…

p/s/s:artikel sebenar dalam BI, ni ambe terjemahkan balik,kalu saper2 nak salinan asal, boleh la mintak,hehehe…

Monday, January 31, 2011

Tips Mengurangkan Tekanan

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, memandangkan minggu depan ambe akan memasuki alam rumahtangga pekerjaan, jadi semestinya ambe akan mengalami tekanan kan…jadi selepas menyelongkar kembali isi perut laptop ni, ambe pom terjumpa la satu artikel berkenaan tekanan (dulu ambe memang hancus pasal tekanan nih) dan ambe nak la kongsikan dengan korang sumer…diharap agar tip ni bermanfaat la kepada korang kan…jadi selamat membaca…. 

 

Tip Mengurangkan Tekanan

Oleh : Ustazah Norihan Mohd. Noor

Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

 

tahniah kepada korang yang berjaya menghabiskan pembacaan korang, hehehe…semoga apa yang korang baca ni, dapat korang amalkan…sebab bagi ambe, memang tip-tip ni membantu ambe la…jadi selamat beramal, hehehe…

p/s:kalu tak silap ambe, ni merupakan entri kedua terpanjang dalam blog nih, hehehe…

Monday, January 24, 2011

CINTA

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Cinta itu datang dan pergi, Cinta itu suka dan benci, Cinta itu ketawa dan airmata,

Dan kerana itu cintaku tak pernah jemu, Dan kerana itu aku masih disini,

Menanti dan menunggu, Merintih dan merindu...

 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih berasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika masih tidak dapat melupakannya.

 

Perasaan cinta itu dimulakan dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.

Tetapi apabila kamu cuba menutup mata dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang lama.

 

Cinta datang kepada yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

Kepada mereka yang masih percaya, walaupun telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti sebelumnya.

Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membina semula keyakinan.

 

p/s:cinta itu adalah fitrah seorang manusia, dan pilihlah cintamu dengan bijaksana…

Sunday, January 23, 2011

SAMPAH OH SARAP…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

hehehe… tajuk yang kelakar kan…pelik-pelik jek… tapi ambe bukan nak bercerita tentang tajuk yang kelakar nih…tapi nak bercerita tentang masalah sampah sarap…

saper ader baca Mingguan Malaysia hari nih? kalian baca tak tajuk utama hari ini, iaitu…

 

SAMPAH SELUAS PERLIS

 

hah, mesti kalian terkejut kan… apakah negeri Perlis dah terhapus kerana sampah? sudah semestinya bukan…tapi tu merupakan perangkaan…yang mana sampah yang dihasilkan oleh kira-kira 28 juta manusia, sekiranya dikumpulkan dalam tempoh 5 HARI boleh menutup seluruh negeri Perlis sekiranya diratakan…ambe ulang sekali lagi yek, 5 HARI, bukan 5 MINGGU atau 5 BULAN apatah lagi 5 TAHUN…

kalau dikumpul dalam masa setahun plak, sampah2 ni boleh memenuhi Pahang malahan separuh dari keluasan Semenanjung Malaysia…

ambe tabik la penduduk Malaysia nih, dah la pengeluar anak terbuang terkemuka, ni plak dah jadi pengeluar sampah terkemuka plak…

kalian agak-agak la kan…camner nak kurangkan elakkan daripada terjadinyer perkara camnih? bagi ambe, satu cara yang berkesan ialah dengan kitar semula dan guna semula…dua perkara yang berbeza yek murid-murid…

kitar semula nih bermaksud bahan itu akan diproses menjadi alat baru manakala guna semula ialah alat itu akan digunakan kembali, sepertimana fungsi asalnya…

bagi kitar semula nih, kalian semestinya tau bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, kertas, plastik dan sebagainya…bahan-bahan ini akan diproses semula menjadi bahan baru…

bagi guna semula pula, bahan-bahan seperti bekas plastik boleh digunakan semula untuk mengisi makanan selepas dibersihkan…manakala buku-buku latihan lama pula boleh dijilid kembali menjadi buku nota baru…

bagi pakaian-pakaian lama pula, jangan dibuang begitu sahaja, kalian boleh mendermakannya atau menjualnya sebagai barang terpakai @ bundle…pakaian ini masih ada nilainya tau…begitu juga dengan kasut…

bagi barangan elektronik, ambe merayu kepada kalian agar jangan membuangnya begitu sahaja, kerana barangan elektronik ini mempunyai bahan kimia yang merbahaya…jadi silalah buang mengikut cara yang betul…

dan kepada ibu bapa serta guru, ajarlah generasi baru ini untuk menjaga alam sekitar ini, kerana generasi mereka yang akan mendiami bumi ini kelak..

 

untuk statistik yang lebih mengejutkan, kalian tengok la kat SINI ek

kita tidak mewarisi alam sekitar dari generasi nenek moyang kita tetapi hanya meminjamnya daripada generasi yang akan datang ~ Mahatma Gandhi

 

p/s:ambe pom sokong guna semula nih, sebab ambe ni penggiler bundle,hehehe..

Friday, January 21, 2011

BAHAYA MICROWAVE OVEN...

ASSALAMUALAIKUM…

baiklah, masa ambe sedang menghapuskan surat elektronik (emel) ambe,  ambe ada la terbuka satu emel nih, dah lama kawan ambe anto, dan sekarang ambe nak kongsikan dengan kalian…
namun begitu, ambe nak jelaskan awal-awal, yang entri ni merupakan entri yang paling panjang yang pernah ambe terbitkan. jadi kepada sesiapa yang rasa-rasa malas nak membaca, takyah baca la deh…
ambe dah sengaja kuarkan entri ni pada malam ni, sebab esok kiter semua cuti, jadi kalian akan ada masa untuk membaca…
ini sekadar perkongsian ambe kepada kalian, macam khidmat masyarakat gitu la…semoga kita sama-sama beroleh kebaikkan dari entri ini…

Thursday, January 20, 2011

THANKS FOR BEING MY FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

"THANK'S FOR BEING MY FRIENDS"

khas untuk geng SKST, SMKIF, SMTT, KMPh, IPG KSM, IPG Malaysia, Blogger2, dan semua yang mengenali diri ini…

sumber:koleksi laptop

sumber gambar:google

p/s:tengah taip entri pasal ambe,tapi mental block,jadi post yang ni dulu la,hehehe…

Tuesday, January 18, 2011

VIVA LA BARCA…

ASSALAMUALAIKUM…

baiklah…mula-mula sekali ambe nak tegaskan yang entri ni bukan pasal perodua VIVA yek, tapi pasal pasukan perebet ambe, iaitu peneraju utama La Liga, BARCELONA, hehehe…
mesti korang pelik kan, aper maksud Viva La Barca tu…maksudnya ialah Cheer The Barca atau Bersorak Untuk Barca… Barca tu nama manja bagi Barcelona la ek, hhehe…
tujuan utama ambe tulis entri ni sebab nak bagi tau nih, yang Barca ni baru jek menumbangkan Malaga sebanya 4 berbalas 1… dan kemenangan ini juga bermakna Barca telah mencatat rekod baru iaitu rekod tanpa kalah dalam 28 perlawanan, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 27 perlawanan pada 1973-74…
juga tidak dilupakan, pertemuan El-Classico antara Barca dan Real Madrid yang amat membanggakan ambe, hehehe…apa keputusannya? tak perlu ambe warwar kan disini…
apapom, tahniah kepada Barca, semoga kejayaan akan terus mengiringi mu,hehehe…
barca1
keputusan terkini, boleh dilihat juga di SINI
kepada kipas susah mati (die hard fan) kelab lain, diharap jangan sentap plak yek…sekadar ingin berkongsi…
DSC_0049
p/s:to all azulgranas, let support our Barca….

Saturday, January 15, 2011

Saya Pelajar IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni ader satu segmen khas dari Blog Pilihan Malaysia, iaitu segmen Sahabat Blogger : Pelajar IPG/Maktab Perguruan…khas untuk cikgu-cikgu semua IPG seluruh Malaysia…syarat nak menyertainya amat mudah…

Buat satu entri yang menarik. dalam entri tersebut harus ada:

  1. Tajuk entri "Saya Pelajar IPG ...... (nyatakan tempat anda belajar)
  2. Link blog ini
  3. Gambar anda bersama rakan sekelas 
  4. Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
  5. Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)

syarat 1 dan 2 telah saya selesaikan…

dan ini ialah gambar saya bersama rakan sekelas…

PTVB always(edit)

gambar ni diambil 4 taun yang lepas…

syarat ke 4 pula…

kursus yang saya ambil ialah D&T atau juga dikenali sebagai Design & Technology atau dalam bahasa Melayu RBT juga dikenali sebagai Rekabentuk Teknologi.

subjek yang akan diajar oleh saya nanti ialah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

 

syarat yang ke 5

Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni?

pengalaman manis: ada banyak kenangan manis, tapi biarlah saya menceritakan satu sahaja, iaitu pengalaman menghabiskan masa selama 5 tahun setengah bersama-sama dengan 17 orang rakan-rakan yang telah saya anggap sebagai adik beradik ini. itulah kenangan paling manis bagi saya dan tidak akan saya lupakan.

pengalaman pahit: pengalaman pahit? banyak yang pahit, tapi biarlah saya cerita pengalaman yang paling kurang pahit, sebab yang pahit tu kita lupakan…pengalaman pahit saya ialah mengalami kelewatan elaun, yang mana tersangat lewat, menyebabkan segala urusan tergendala…dan menyebabkan ada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku…memang zaman kegelapan la…

apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni?

perubahan pertama yang nak saya buat ialah menukar pakaian seragam sekolah iaitu dari putih kepada warna lain, sebab warna putih ni susah nak jaga la…cepat kotor dan cepat lusuh. dan saya rasa kebanyakan ibu-ibu mesti bersetuju dengan perubahan ini…

perubahan kedua pula ialah saya nak tukar corak pembelajaran sekarang iaitu daripada berorientasi peperiksaan kepada berorientasikan kehidupan dan lebih banyak amali daripada teori.

sekian, terima kasih…

 

p/s: ambe dengan duang satu kelas, boleh korang cari mana kitorang?

Thursday, January 13, 2011

PANDAI GUNA OTAK

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Ada la satu hari, 3 orang pesakit mental diuji kesihatan mental mereka setelah melalui beberapa siri rawatan oleh doktor. Setiap mereka diuji dengan beberapa sesi ujian (mcm ujibakat la pulak)

Pesakit Pertama
Doktor: Boleh tak awak bezakan antara kuda dengan manusia?
Pesakit: Tak boleh!
Doktor: Apasal pulak??
Pesakit: Nanti saudara saya si kuda belang kecik ati plak...
Doktor: Masih fail dh otak dia nih. Nurse, masukkan dia balik dalam wad.

Pesakit Kedua
Doktor: Sekarang, saya nak awak kira berapa anak tangga kat tangga lipat nih (sambil menunjuk ke arah tangga tersebut)
Pesakit: 2 ribu! (dgn konfiden menjawab, smbil menunjukkan jari "peace")
Doktor: Apasal banyak sangat??
Pesakit: Itu pun dh kira standard apa!
Doktor: Alaahai, ni pun fail jugak otak dia....Nurse, tolong masukkan di ni balik e...

Pesakit ketiga
Doktor: Boleh tak awak naik tangga tu (sambil menunjuk ke arah tangga tadi) sampai anak tangga ke-5, kemudian awak terjun ke bawah...
Pesakit: Awak dah gila ke?!! Kang patah kaki saya, awak nk bayar??
Doktor: Wuih! Yang nih dah ok mental dia! 1 lagi soalan, camana awak boleh berfikir dengan telus gitu?
Pesakit: (Dengan suara konfiden)...Haaa, bila berfikir......kita mesti pandai menggunakan otak...(smbil menunjuk ke arah kepala lutut dia sendiri)
Doktor: Aisey, yg nie pun fail jgk......

 

ini otak…google

ini otak-otak yek…google

sumber

 

p/s:korang guna otak tak?hehehe…

Wednesday, January 12, 2011

ANARKIS

ASSALAMUALAIKUM…

 

korang paham apa itu ANARKIS? ambe pasti mesti korang tak paham kan, tak per, ambe akan pahamkan korang apa itu ANARKIS yek…tengok bawah nih murid-murid semua…

anarki
1. keadaan tidak ada atau tidak ber­asaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, tim­bullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll).Kamus Dewan Edisi Empat

anarkis
orang yg hendak mewujudkan (me­nim­bul­kan) anarki, orang yg suka menim­bulkan keadaan kucar-kacir (dlm sesebuah negeri dsb).Kamus Dewan Edisi Empat

sumber

hah,sumber yang jelas lagi tepat tuh…

ni la tajuk novel terbaru yang ambe beli, ANARKIS…nukilan Khairul Nizam Khairani…citer pasal seorang penembak tepat (sharpshooter) yang tak ada apa-apa untuknya apabila dia pulang ke negara tercinta…

namun yang mengekorinya ialah maut yang cuba untuk mengambil nyawanya dan orang disekelilingnya…dan dia tak membiarkan nyawanya diambil begitu sahaja tanpa melawan…

sebuah novel ketenteraan yang ambe minat…ambe baru jek baca novel nukilan Khairul Nizam nih, dan memang hasil tulisan dier gempak…

jadi kepada sesiapa yang minat dengan novel ketenteraan, silalah baca novel ini, semestinya anda tidak akan kerugian…hehehe..

DSC01072

ANARKIS – Tiada undang-undang dapat menghalangnya…

 

p/s:sangat suker dengan sharpshooter nih, malahan dulu ader cita-cita nak jadi sharpshooter,hehehe

PANADOL IS BAD!!!

ASSALAMUALAIKUM…

 

this is some article i got from HERE

hope you can read and take action from it…


DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems
FYI... One real story from a friend....
My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.
The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL) . In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.


This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.


As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).


Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the pressure down from your throbbing head.


As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).


We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol .


If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??


Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.

 

source:google

p/s:haven’t eat panadol for about 3 month,i think so….

Monday, January 10, 2011

FB dan AJL 25

ASSALAMUALAIKUM…

 

apa kaitan FB (facebook) dan AJL 25 (anugerah juara lagu 25) ni ek…tanpa kita sedari, kaitan nya sangat banyak dan sangat rapat…ok la, mukaddimah dah abis…

15hb Mac nih ada ura-ura FB akan ditutup oleh pengasasnya, Mark Zuckerberg, jadi korang dinasihatkan untuk menyimpan semua gambar-gambar yang diingini…

mesti korang semua dah kalut kan, yer la, FB ni dah jadi satu budaya dikalangan rakyat malaysia, malahan diseluruh dunia (500 juta pengguna)…dan selepas ini akan berlaku penghijrahan besaran oleh pengguna FB kepada laman sosial lain seperti twitter, frenster dan myspace…

kepada ambe, tak kisah sangat kot, sebab ambe masih ada blogger.com, jadi diharap agar blogger.com tak ditutup la yek…

dan kebenaran disebalik kisah nih belum dipastikan lagi, sebab ada yang cakap ini sekadar khabar angin, jadi jangan la korang percaya bulat-bulat pasal citer FB ditutup ni ek..kepada yang nak menyiasat, silalah siasat akan kebenarannya…

baiklah, kisah kedua, berkaitan dengan FB jugak, iaitu mengenai fan page…fan page ni adalah satu aplikasi dalam FB yang membenarkan kita membuat satu laman kumpulan mengenai sesuatu…dan kita boleh menjemput orang lain untuk menyertai laman itu…bagus kan, merapatkan ukhuwah…

tapi yang menjadi keburukan apabila kita membuat fan page untuk membenci individu lain, contohnya fan page membenci Ana Rafali… apalah dosa Ana Rafali sampaikan ramai orang membenci dia ek…menjadi satu kesalahan pulak untuk menang, sungguh pelik manusia nih ek…

nah, itu la perkaitan antara FB dan AJL , jadi korang nilai la sendiri yek mengenai FB dan AJL nih…sepertimana yang sering diucapkan oleh sorang rakan ambe,

semua ni dunia semata-mata, mainan freemason

blake….hehehe

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sumber:google

 

p/s:korang pilihlah leklok yek…segalanya mungkin,hehehe….

KOMIK SEBAGAI BUKU TEKS???

ASSALAMUALAIKUM…

 

kebanyakkan rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya 1 naskah komik…dan ambe yakin mesti kebanyakan dari follower ambe ni pernah membaca komik kan…

apa pendapat korang tentang komik? satu bahan bacaan murahan atau picisan yang kurang bernilai? atau satu bahan bacaan yang bersifat negatif seperti mana yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang?

ambe sama sekali tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut, kerana bagi ambe komik ini mempunyai banyak kebaikan yang tersendiri…malahan komik juga boleh digunakan sebagai bahan bacaan permulaan bagi memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah sekarang.

tahukah korang bahawa Institut Terjemahan Negara Malaysia telah menyuarakan pandangan untuk menjadikan komik sebagai bahan bacaan tambahan disekolah? ambe amat bersetuju dengan cadangan ini, kerana jika kita melihat kepada pendidikan di negara maju seperti Jepun dan Korea, mereka meletakkan komik di tahap yang tinggi. malahan kebanyakan ilmu pengetahuan telah di komik kan seperti eksperimen sains dan penghasilan makanan.

dan adakah korang mengetahui bahawa komik hasil kartunis Datuk Lat telah dijadikan bacaan buku teks di Australia? dan disini dapat dilihat bahawa penggunaan komik mampu memberikan kesan yang baik kepada murid-murid.

telah menjadi fitrah kanak-kanak yang lebih minat kepada bacaan bergambar berbanding bacaan tulisan. dan kita seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk memastikan bahawa ilmu pengetahuan dapat dimasukkan ke dalamnya. komik seperti Doraemon misalnya dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam pemikiran murid-murid. contoh lain pula seperti komik Yakitate Japan yang mengajarkan cara-cara penghasilan roti kepada pembacanya.

kesimpulannya kita sebagai ibu bapa dan guru harus memberikan sedikit kebebasan kepada kanak-kanak dalam menentukan bahan bacaan yang diminati kerana ia akan membawa kepada minat bacaan yang lebih tinggi.

diulas dari artikel dalam mingguan malaysia…

 klik untuk tumbesaran…

sumber google la…

 

p/s:bacalah komik,tak rugi pom…macam sahabat kiter nih…Awangku

Sunday, January 9, 2011

GREEN ARROW

ASSALAMUALAIKUM…

 

Ok la...kali ni ambe nak bercerite mengenai Green Arrow plak deh... Green Arrow atau dalam bahasa melayunyer, panah hijau (bukan panah arjuna yek)...

Green Arrow ni sebenarnyer karekter dalam komik keluaran DC Comics...dier ni sebenarnya Oliver Queen, orang kaya di Star City...dier berpakaian cam robin hood, pastu mahir dengan panah...dan salah satu dari karekter komik yang ambe suker..kenapa?sebab dier ni Cuma manusia biasa, tanpa kuasa apa-apa namun begitu dier cuba untuk mengubah dunia dengan kelebihan yang dier ada, iaitu dengan memanah...

Cam tu la gak impian ambe, walaupom ambe tak der kuasa hebat, namun ambe cuba untuk mengubah dunia(besar sangat nih) kehidupan sekeliling ambe dengan kelebihan yang ambe ader, iaitu dengan mengajar...iyer, btol nih...walaupom kiter tak ader kuasa apa-apa, dengan kelebihan yang kiter ader, kiter mampu mengubah sesuatu...

Camner nak mula? Kita mulakan dengan mengubah sesuatu yang mudah dan paling dekat dengan kita, iaitu diri kita sendiri...selepas tu,cuba ubah pula perkara-perkara disekeling kita...dan selepas tu, hanya anda sahaja yang tahu kemampuan anda...

Dan satu lagi, nak ubah tu pom ader syaratnyer yek...ubahlah dari keburukan kepada kebaikan...tu perubahan yang paling afdal...

Make no sense, but lets make change...

Green_Arrow_1_1600x1200

ada ruper tak?hehehe…sumber

p/s:tak perlu memegang senjata untuk mengoncang dunia, cukup sekadar coretan dari pena untuk mengubah segalanya...

saya suka header saya cantik!!!

ASSALAMUALAIKUM…

 

ni der la satu aktiviti yang dijalankan oleh sorang cikgu nih, nama dier cikgu suraya…memberi peluang tu mendapatkan header free…jadi ambe nak join gak la…dier mintak ciri-ciri header yang ambe nak…ambe nak header ambe ader

1.ciri-ciri mistik sikit

2.cam biasa la,ader gambar one piece….

3.pastu nak tambahan gambar gundam skali, leh tak ek?

4.pastu nak ader gambar nih…

sekian jek la,hehehe…

 

p/s:nak tengok hasil kerja artis suraya nih,hehehe

Friday, January 7, 2011

BERTUDUNG VS RAMBUT PERCUMA…

ASSALAMUALAIKUM…

 

Dah menjadi isu yang cukup hangat dalam dunia blog sekarang berkenaan dengan entri satu blog nih, berkenaan dengan fesyen tudung zaman sekarang…

ambe ni bukan alim ulama nak ngomen pasal nih, tapi pada ambe, tak der salah untuk berfesyen…dah menjadi fitrah manusia sukakan kepada kecantikan…dan kecantikan itu boleh datang dalam pelbagai bentuk, kerana kecantikan itu dalam mata pemandangnya…

tudung yang berpesen2 nih, bior la kat diorang nak lilit camner, asalkan mereka menutup aurat…lagipom dengan berpesen nih, mungkin mereka dapat menarik minat gadis gadis dengan rambut percuma ni untuk memakai tudung…

jangan nak menafikan, bahawa sekarang semakin ramai gadis-gadis yang bertudung fesyen nih berasal dari golongan rambut percuma…yer la, pakai shawl yang harga kurang dari soploh ringgit, murah dan mudah…cantik plak tu…boleh sepadan dengan pelbagai jenis pakaian…

tapi jangan la plak diorang ni pakai tudung lilit2, pastu pakai skirt nampak paha, memang patut la dipersoalkan…tapi dipersoalkan dari segi pemakaian lain, bukan dari segi tudung tu…diorang pakai legging,skinny,skirt pendek pom, tak der kaitan dengan fesyen bertudung…

jadi kepada sesiapa yang nak mengomen pasal tudung-tudung nih, ambe cadangkan tengok sekeliling dulu…jangan main taram jek…

ader saper2 nak try fesyen tudung saji?camnih

 siti nurhaliza1

ambe tak nak letak gambar blogger, kang tak pasal-pasal kena sembur dengan pemilik gambar,hehehe…jangan saper2 repot dah la ek…sumber gamhar=google

p/s:paling suka dengan fesyen jack sparrow…korang tau?

Monday, January 3, 2011

NOTHING WHEN YOU DIE

ASSALAMUALAIKUM…

 

For the last 2 days, I have read some article and I would like to share the article that I like the most to all of you…I don’t know if it is a myth or a fact, but for me, this is something that needs to know and probably be apply in our daily life…so let the story begin….

 

The great Greek king, Alexander, after conquering many kingdoms, was returning home. On the Way, he fell ill and was bedridden for months. With death drawing close, Alexander realized how his conquests, his great army, his sharp sword and all his wealth were of no use.
He called his generals and said,"I will depart from this world soon. But i have 3 wishes. Please fulfill my wishes without fail." With tears flowing down their cheeks, the generals agreed to abide by their king's last wishes.
"My first desire is that," said Alexander, "my physicians alone must carry the coffin."Secondly, when my coffin is being carried to the grave, the path leading to the graveyard should be strewn with gold, silver and precious stone which i have collected in my treasury. My third and the last wish is that both of my hands should be kept dangling out of my coffin."
The people who had gathered there wondered at the king's strange wishes. But no one dared to question. Alexander's favourite general kissed his hand and presssed them to his heart. "O king, we assure you that your wishes will all be fufilled. But tell us why do you make such strange wishes?"
At this Alexander took a deep breath and said, "I would like the world to know of the three lessons i have just learnt. I want my physicians to carry my coffin because people should realize that no doctor can really cure anybody. They are powerless and cannot save a person from the clutches of death. So let not people take life for granted.
The second wish of strewing gold, silver and other riches on the way to the graveyard is to tell people that not even a fraction of gold can be taken by me. Let people realize that it is sheer waste of time to chase wealth.
And about my third wish off having my hands dangling out of the coffin, I want people to know that I came empty handed into this world and empty handed when I go out of this world."
Alexander's last words:
"BURY MY BODY, DO NOT BUILD MY MONUMENT, KEEP MY HANDS OUTSIDE SO THAT THE WORLD KNOWS THE PERSON WHO WON THE WORLD HAD NOTHING IN HIS HANDS WHEN DYING..."

source

 

p/s: our treasure wont be bury along with us in the grave…just a plain white clothing for us in the grave….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...