ASSALAMUALAIKUM…
hehehe… tajuk yang kelakar kan…pelik-pelik jek… tapi ambe bukan nak bercerita tentang tajuk yang kelakar nih…tapi nak bercerita tentang masalah sampah sarap…
saper ader baca Mingguan Malaysia hari nih? kalian baca tak tajuk utama hari ini, iaitu…
SAMPAH SELUAS PERLIS…
hah, mesti kalian terkejut kan… apakah negeri Perlis dah terhapus kerana sampah? sudah semestinya bukan…tapi tu merupakan perangkaan…yang mana sampah yang dihasilkan oleh kira-kira 28 juta manusia, sekiranya dikumpulkan dalam tempoh 5 HARI boleh menutup seluruh negeri Perlis sekiranya diratakan…ambe ulang sekali lagi yek, 5 HARI, bukan 5 MINGGU atau 5 BULAN apatah lagi 5 TAHUN…
kalau dikumpul dalam masa setahun plak, sampah2 ni boleh memenuhi Pahang malahan separuh dari keluasan Semenanjung Malaysia…
ambe tabik la penduduk Malaysia nih, dah la pengeluar anak terbuang terkemuka, ni plak dah jadi pengeluar sampah terkemuka plak…
kalian agak-agak la kan…camner nak kurangkan elakkan daripada terjadinyer perkara camnih? bagi ambe, satu cara yang berkesan ialah dengan kitar semula dan guna semula…dua perkara yang berbeza yek murid-murid…
kitar semula nih bermaksud bahan itu akan diproses menjadi alat baru manakala guna semula ialah alat itu akan digunakan kembali, sepertimana fungsi asalnya…
bagi kitar semula nih, kalian semestinya tau bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, kertas, plastik dan sebagainya…bahan-bahan ini akan diproses semula menjadi bahan baru…
bagi guna semula pula, bahan-bahan seperti bekas plastik boleh digunakan semula untuk mengisi makanan selepas dibersihkan…manakala buku-buku latihan lama pula boleh dijilid kembali menjadi buku nota baru…
bagi pakaian-pakaian lama pula, jangan dibuang begitu sahaja, kalian boleh mendermakannya atau menjualnya sebagai barang terpakai @ bundle…pakaian ini masih ada nilainya tau…begitu juga dengan kasut…
bagi barangan elektronik, ambe merayu kepada kalian agar jangan membuangnya begitu sahaja, kerana barangan elektronik ini mempunyai bahan kimia yang merbahaya…jadi silalah buang mengikut cara yang betul…
dan kepada ibu bapa serta guru, ajarlah generasi baru ini untuk menjaga alam sekitar ini, kerana generasi mereka yang akan mendiami bumi ini kelak..
untuk statistik yang lebih mengejutkan, kalian tengok la kat SINI ek
kita tidak mewarisi alam sekitar dari generasi nenek moyang kita tetapi hanya meminjamnya daripada generasi yang akan datang ~ Mahatma Gandhi
p/s:ambe pom sokong guna semula nih, sebab ambe ni penggiler bundle,hehehe..
23 comments:
lps ni kalau jumpe smpah sila buang yer..hehe..pesanan DR.niesz..ekekeke..
betul tu Pokjat... dulu masa karangan SPM Am guna ayat mcm kt atas tu la... sangat mendalam maknanya....
niesz:btol tu...takder orang kedua melihat sampah....
azham:heheheh...ayat mahatma gandhi tu ek...ambe pom biasa guna gak tu,hehehe
ambe g shuping bwk beg sndiri..xsuka plastik beg, ambe syg bumi..go green
demo saing dgn kero ka mnt bundle...haha...
even saya bukan org perlis, tp saya tetap malu nk mngaku rkyat malaysia. huhu..sampah oh sarap..
off topic~
sekian lama kita berkomunikasi di alam maya ni, ya Allah baru tadi sedar rupanya belum follow sini lg! adehh.. maaf ya..
follower ke 208~
bila cg mngajar.....
aku pon mna da bli bju baru dah skang ni..suma bundle je...
aku keje company sampah maknanya rezeki aku dtg dr sampahlahkan..sebenarnya isu sampah ni lama dah..susah tau nak sedarkan org..lakiku pun bukan jenis yg jaga alam sekitar..dia sanggup byr 20 sen kerana x nk aku bawak beg byk2 g shoping bila hr Sabtu..
pergh..bnyk t0l yerk..ish2~
tp 2lah..t0ng kitar smula tuh p0n ta bnyk dsediakn..spatutnyer kna ad jumlah y bnyk..bg mmudahkan org rmai ta tros buang bhan2 kitar smula k t0ng smph..
jangan jadi sampah masyarakat satu lagi nasihat gua kepada semua.hehe *tak pe kan?
susu:beg galas ek...hehehe...ambe pom gitu gak,tp kalu beli byk tu mmg guna beg plastik la
ayie:hehehe..kawe memang lama doh minat bundle nih,cuma xjual jah,hehehe
dya:huhuhu..tu la,ambe pom kekadang malu gop...uiks,baru folow,huhuhu
iniialahaku:hehehe..nak ngaja budak2 xleh lagi,ngaja la orang dewasa dulu,hehehe...wah,geng bundle la kiter nih,hehehe
sitihajar:la,yer ker...keje kat ner?hehehe..sanggup byr tu,hehehe...
laila:yup.btol tu...tmpat2 pnting macam skolah & IPT,termasuk la IPG
diana:hehehe...bagus kak nih..dah siap wat unjuran tu,hehehe...jadi kitar la kiter ek,hehee
imran:hehehhe..tu pom memang termasuk tu,eheheh...
yong pon gila bundle
alinac:aik,biar btol yong nih...cam xcaya plak,hehee
Kalau macam tu kan, kite kene kretif dan reuse sampah2 tu. Sy ade idea. apa kata kite longgok semua sampah2 untuk di buat sebuah negeri lagi. huhu bertambah lah negeri di malaysia ni kan? heheh..
(^__^)
thecrow:heheheh...ahaks..idea yg menarik...buat pulau ker macam dalam citer duyung tu kan...
Post a Comment