Monday, January 3, 2011

ASSALAMUALAIKUM CIKGU…

ASSALAMUALAIKUM…

 

3 Januari 2011…bermakna pada hari ini, persekolahan bermula…dan pagi tadi berkumandanglah ucapan Assalamualaikum Cikgu, Selamat Pagi Cikgu dan Terima Kasih Cikgu. ambe amat rindukan ucapan tersebut dari anak murid ambe. namun apalah daya ambe, kerana panggilan untuk penempatan belum dibuat…jadi terpaksalah ambe menyambung sesi fisioterapi ambe(goyang kaki,hehehe)…tapi itu semua sekadar mukaddimah, ambe bukan ingin bercerita mengenai kesedihan ambe, tapi mengenai cabaran cikgu tahun 2011 ini.

serentak di seluruh negara pada hari ini, seramai 457760 kanak-kanak tahun 1 memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah rendah masing-masing. dan cikgu-cikgu akan pening kepala dalam menangani perangai murid-murid yang pelbagai ini. dan sudah semestinya, bermula persekolahan ini, akan timbul pelbagai masalah sama ada baru atau lama seperti masalah beg berat, kekurangan buku teks, bayaran yuran dan sebagainya.

dan masalah yang paling ketara ialah kebanjiran murid baru dalam sesebuah sekolah itu. ini berlaku kerana kawasan penempatan yang padat dengan penduduk terpaksa berkongsi sebuah sekolah. ini akan mengakibatkan sekolah tersebut mengalami kebanjiran murid dan akhirnya akan ada murid yang terpaksa untuk mendaftar di sekolah yang berjauhan dengan rumah. ini akan menimbulkan masalah lain pula seperti masalah pengangkutan dan masalah keselamatan.

berbalik semula kepada kebanjiran murid tadi. kesan dari kebanjiran murid tadi akan mengakibatkan bilik darjah menjadi sesak. berapakah jumlah murid yang sesuai dalam sesebuah bilik darjah? murid yang boleh dikawal oleh cikgu? kebanyakan kelas mempunyai murid seramai 35 orang dan ke atas. ini akan menyebabkan keadaan kelas menjadi kurang kondusif dan seterusnya akan membawa kepada merudumnya prestasi akademik murid-murid.

bagaimanakah masalah ini boleh diatasi? pihak pemaju kawasan perlu menyediakan satu tapak khas untuk pembinaan sekolah. selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil cakna mengenai kedudukan sekolah yang terletak di kawasan penempatan mereka. ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah kebanjiran murid ini. selain itu, pihak kementerian juga perlu memainkan peranan yang cukup penting untuk mengatasi masalah ini.

walau apa pun, kepada semua cikgu di luar sana, diharap agak kalian dapat menempuhi masalah ini dengan hati yang tabah dan mungkin kalian dapat menggunakan pendekatan baru untuk membantu mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif. sesungguhnya usaha kalian amat mulia dan TERIMA KASIH CIKGU!!!

RBT Batch Jan 2010...

cikgu-cikgu yang dah tak sabar nak mengajar…-duang lang punya…

p/s:panjang la plak entri kali nih…arap2 dibaca dengan penuh penghayatan,hehehe

12 comments:

Mat Ganu said...

selamat malam cikgu...

ijatnuar87 said...

selamat malam gak mat ganu,hehehe

Siti Hajar Masri said...

tempat saya pun masalah kebanjiran murid..dah buat 2 sekolah pun masih tak cukup..agaknya org Malaysia ni subur semua..haha~

ijatnuar87 said...

sitihajarmasri:owh,gitu ek...mmg la,org msia ni subur2 blake...antara yg tinggi kat asia nih...

dya adriza said...

sonoknya da habis belajar.. T__T

ijatnuar87 said...

dyaadriza:zaman blaja ialah masa yg xdpt diputarkan lagi,jadi blja la bersungguh2 ek,hehehe

░♥si lampu neon♥░ said...

ENTRI NI MACAM EMOSI JER..HUHU = ) CIKGUU BILA NAK POSTING NIHHH !

CHECK ENTRI MANTAP
# QQ RINGS DONUT !#
# JAYA JUSCO BARU, MAHKOTA CHERAS#
# FAILED PARKING KERETA#
# NUFFNANG BUAT BLOG LEMBAP#
#AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG#

ijatnuar87 said...

neon:huhuhu...tau xper...nak posting nih...

susu said...

moga2 cpt posting..ambe pom bkl cgu gak, tp dok abes blja gih

ijatnuar87 said...

susu:huhuhuh...mekacih kerana mendoa kan...smoga awk pom berjaya menghabiskan sesi blaja,hehehe

mk_luffy said...

eh takdop pong gambo aku dlm ni...mu mmg bayes jat...menjadi marah....terok la mu sanggup lupekan saing mu hok kiut sorang nie...

ijatnuar87 said...

mkluffy:la,xdop ker?mu kiut sgt,sbb tu la xleh masuk,hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...

mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...