Monday, January 10, 2011

KOMIK SEBAGAI BUKU TEKS???

ASSALAMUALAIKUM…

 

kebanyakkan rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya 1 naskah komik…dan ambe yakin mesti kebanyakan dari follower ambe ni pernah membaca komik kan…

apa pendapat korang tentang komik? satu bahan bacaan murahan atau picisan yang kurang bernilai? atau satu bahan bacaan yang bersifat negatif seperti mana yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang?

ambe sama sekali tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut, kerana bagi ambe komik ini mempunyai banyak kebaikan yang tersendiri…malahan komik juga boleh digunakan sebagai bahan bacaan permulaan bagi memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah sekarang.

tahukah korang bahawa Institut Terjemahan Negara Malaysia telah menyuarakan pandangan untuk menjadikan komik sebagai bahan bacaan tambahan disekolah? ambe amat bersetuju dengan cadangan ini, kerana jika kita melihat kepada pendidikan di negara maju seperti Jepun dan Korea, mereka meletakkan komik di tahap yang tinggi. malahan kebanyakan ilmu pengetahuan telah di komik kan seperti eksperimen sains dan penghasilan makanan.

dan adakah korang mengetahui bahawa komik hasil kartunis Datuk Lat telah dijadikan bacaan buku teks di Australia? dan disini dapat dilihat bahawa penggunaan komik mampu memberikan kesan yang baik kepada murid-murid.

telah menjadi fitrah kanak-kanak yang lebih minat kepada bacaan bergambar berbanding bacaan tulisan. dan kita seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk memastikan bahawa ilmu pengetahuan dapat dimasukkan ke dalamnya. komik seperti Doraemon misalnya dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam pemikiran murid-murid. contoh lain pula seperti komik Yakitate Japan yang mengajarkan cara-cara penghasilan roti kepada pembacanya.

kesimpulannya kita sebagai ibu bapa dan guru harus memberikan sedikit kebebasan kepada kanak-kanak dalam menentukan bahan bacaan yang diminati kerana ia akan membawa kepada minat bacaan yang lebih tinggi.

diulas dari artikel dalam mingguan malaysia…

 klik untuk tumbesaran…

sumber google la…

 

p/s:bacalah komik,tak rugi pom…macam sahabat kiter nih…Awangku

8 comments:

Mimie said...

1st person to komen: saya seperti kanak2 ribena yang lain memang suka komik daripada jurnal2 utk phd saya yang langsung tidak ada gbr menarik seperti komik.saya lebih suka membaca blog yg ada kartun drpd jurnal2 phd.habis la PHD den kalau camni.(+ +)

alinac lover said...

yong suka komik

susu said...

conan best

diana said...

dah lama tak beli komik..
sejak beranak ni..
dulu tetiap bulan mesti beli..

ijatnuar87 said...

erinamimie:hehehe...tak der ker jurnal komik?heheh...xpom wat la PHD tentang komik,hehehe

ijatnuar87 said...

alinac:hehehe..sama la kiter..yong suker komik per?

ijatnuar87 said...

susu:hehehe...yup,ader gak conan...banyak maklumat berguna ada dalam tu...

ijatnuar87 said...

diana:hehehe...beli komik per dulu?kena sambung tu,ajar anak baca komik,hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...

mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...