Wednesday, March 23, 2011

Maafkan Cikgu…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

tajuk yang penuh dengan kontrolbesi kan, hehehe…tapi ada kisah disebalik tajuk ini…

ceritanya bermula begini…

ada budak menangis sebab ambe, hehehe…pada hari ini, masa ambe sedang mengajar kelas tahun 2 Bijak, secara tak sengaja ambe telah menyebabkan dia menangis…ambe rotan meja dia, dengan niat nak bagi dia terkejut dan tetiba dia teros menangis, hehehe…dan terus tanpa ambe sedar, ambe meminta maaf…

satu lagi kisah, dalam kelas 5 Bijak pula… arini ambe telah memecahkan rekod merotan, hehehe…sebabnya ialah diorang sumer tak siapkan keje skolah…dan sebelum ambe keluar kelas, ambe skali meminta maaf dari diorang, walaupun tu kesalahan diorang, hehehe…

tu jek la cerita untuk arini, moralnya ialah apa yang penting ialah meminta kemaafan, bukannya bertelagah mengenai siapa yang salah, siapa yang betul…

tangan yang menghulur adalah lebih baik dari tangan yang menyambut…

 

p/s:jadi cepat2 la minta maaf kalu kiter wat kesalahan yek…hehehe…tak rugi pom….

Sunday, March 20, 2011

SEK. KEB. MERCHONG JAYA

ASSALAMUALAIKUM…

mula-mula ambe nak ucapkan berbanyak kemaafan sebab dah 1 bulan ambe tak kemaskini blog ambe nih…sebab utamanya ialah kelajuan internet kat sini teramat la mengecewakan…

kat sini??? kat maner tu ek… lupa pula ambe nak memperkenalkan tempat bermaustautin ambe yang terbaru, iaitu di daerah Pekan, Pahang…

dan sekolah bertuah yang mendapat ambe sebagai guru baru ialah SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHONG JAYA yang dulu dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN BEBAR…

sekolah ini mempunyai murid seramai 808 orang dan 60 orang guru…

dan kalau korang nak tau, sekolah ni memang popular, sebab sekolah ni merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di penghujung daerah Pekan, dan kawasan ini masih lagi belum membangun…

tapi kawasan ini mempunyai sesuatu yang cukup menarik, iaitu kawasan penanaman padi yang cukup luas, dan ia sangat tenang dan damai berada di sini…dan kawasan ini juga berdekatan dengan pantai, hehehe…

lupa pula satu perkara lagi, kalau korang taip jek SK BEBAR dalam google, ada banyak web2 yang berkaitan,hehehhe…ni diantaranya….

pautan1    pautan 2    pautan 3

dan ini adalah blog untuk skolah….

blog skmj

hehehe…korang tgk la deh…ni la tempat ambe mencurahkan ilmu, dan doakan ambe selamat sokmo disinih, hehehhe…

 

p/s:lepas ni ambe agak susah nak membalas komen deh, tapi jangan plak tak nak komen, huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...