Showing posts with label jiwang.... Show all posts
Showing posts with label jiwang.... Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

SABARLAH WAHAI HATI…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

 

Sabarlah wahai hati...sesungguhnya dugaan ini hanya sekadar ombak kecil di pinggiran... ingatlah kepada orang lain yang dilanda dugaan bagai ombak badai menghempas pantai dan mereka lebih sabar untuk menghadapinya...

 

kepada semua yang dilanda masalah, janganlah terlalu bersedih, kerana pasti akan ada Allah bersama mu… dan ingatlah bahawa masih lagi terdapat insan lain yang dilanda masalah yang lebih besar dan mereka juga bersabar dalam menghadapi masalah itu…

 

La Tahzan…

 

p/s:ahaks…memang tengah sedih ni…cuma tak tau berbaloi atau tak sedih ni…

Wednesday, February 2, 2011

INSYAALLAH…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

ambe rasa mesti kebanyakan dari pembaca blog ambe ni pernah mendengar lagu-lagu MAHER ZAIN ataupom meminati artis nih kan…

kalu korang nak tau, Maher Zain ni lahir kat Lebanon (sama tak dengan Lubnan) pada 1981…

dan ambe kompom, korang mesti pernah dengar lagu nih…bertajuk Insyaallah…

jom layan dulu deh…

 

jadi camner…tak braper paham kan, sebab bahasa inggeris..jadi untuk kemudahan korang semua, kita layan skali lagi, tapi menerusi bahasa melayu plak,heheheh…

jom layan skali lagi…

 

 

jadi camner?

ambe rasa lagu versi melayu cam sedap didengar kan, sebab mudah difahami…jadi kalu tak puas dengar, korang layan la lagi…tak perlu bayar pom, heheheh..

satu lagi, lirik lagu ni pom amat menenangkan, dan boleh dijadikan satu cara nak mengurangkan stress…..

 

p/s:lagi suker yang BI, sebab dah biasa dengar yang tu…korang plak?

Monday, January 24, 2011

CINTA

ASSALAMUALAIKUM… 

 

Cinta itu datang dan pergi, Cinta itu suka dan benci, Cinta itu ketawa dan airmata,

Dan kerana itu cintaku tak pernah jemu, Dan kerana itu aku masih disini,

Menanti dan menunggu, Merintih dan merindu...

 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih berasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika masih tidak dapat melupakannya.

 

Perasaan cinta itu dimulakan dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.

Tetapi apabila kamu cuba menutup mata dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang lama.

 

Cinta datang kepada yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

Kepada mereka yang masih percaya, walaupun telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti sebelumnya.

Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membina semula keyakinan.

 

p/s:cinta itu adalah fitrah seorang manusia, dan pilihlah cintamu dengan bijaksana…

Saturday, December 18, 2010

Kempen: Mari Menutup Aurat

ASSALAMUALAIKUM…

 

ambe baru jek mendapat tag dari seorang junior ambe, berkenaan dengan tajuk kat atas tu…tajuk yang agak panas(sebab tu pakaiannya singkat),hehehe…kalau korang nak tengok kempen Ustazah Dya Adriza tu, korang boleh klik kat SINI. ambe dah baca kempen dier, dan juga kempen-kempen orang lain…dan kebanyakan menggunakan dalil-dalil dan firman Allah S.W.T…jadi ambe nak ubah sikit, nak guna pendekatan lain…

bukan ambe nak menafikan penggunaan Al-Quran dan Sunnah, tapi faham-faham la remaja zaman sekarang…mereka tidak begitu menjurus ke arah itu, jadi ambe nak gunakan pendekatan logik akal untuk berkempen…

analoginya adalah seperti ini, bayangkan perempuan(sebab jantina ini lebih ramai yang tak menutup aurat) itu sebagai sebiji epal. kulit epal itu sebagai pakaiannya, isi epal sebagai auratnya dan peti sejuk sebagai rumahnya…kulit epal itu mampu melindungi isi epal dari sebarang kerosakan. epal yang telah dikupas juga lebih menyelerakan berbanding dengan epal yang belum dikupas. sebiji epal yang belum dibuang kulitnya akan sedap dimakan, kerana isinya belom menjadi lebam (dalam bahasa sains dipanggil teroksida) atau menjadi kekuningan. selain itu epal juga akan sentiasa segar sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

apa yang cuba ambe sampaikan ialah perempuan itu, sekiranya menutup aurat dengan sempurna, akan dapat mengelakkan tubuh badannya dari mengalami kerosakan (paham-paham sendiri la yek). selain itu, perempuan yang tidak menutup aurat dengan elok ini juga akan menarik minat lelaki untuk meratahnya. sekiranya perempuan itu menjaga kelakuannya dengan tidak keluar berpelesiran dan duduk di rumah, dia akan menjadi lebih berharga.

ambe rasa setakat itu sahaja kempen ambe. ambe ingin meminta maaf sekiranya entri ini kelihatan seperti berat sebelah (komen pompuan jek) namun ambe sekadar ingin berkongsi. semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua…

 

p/s:lelaki ini auratnya sedikit, jadi sebab itu ambe kurang jelas kan…epal aper yang sedap ek…

Saturday, November 27, 2010

ISTERIKU CURANG???

ASSALAMUALAIKUM...

mula-mula sekali ambe nak bagi tau yang tajuk ni tak ader kaitan langsung dengan idup ambe, kerana ambe belom berkahwin apatah lagi bernikah...jadi ambe blom ader isteri lagi, lebih-lebih lagi isteri yang curang... tajuk ni ambe tulis sekadar nak berkongsi pendapat korang sumer la... aper yang akan korang, terutamanya lelaki la kan, kalu mendapat isteri yang curang... maksud ambe memang korang sendiri yang melihat kecurangan si isteri tu... maksud kecurangan ambe ni bukan sekadar bermesej atau bermuka buku dengan lelaki lain, tapi kalu dah tahap berzina dengan lelaki lain... APA YANG AKAN KORANG LAKUKAN???

ok la, mungkin korang belom dapat membayangkan lagi situasinyer kan... camni la, ambe sediakan situasinyer yek... korang pegi la kat blog nih... pastu korang baca, korang hayati situasi tu, letak diri korang dalam situasi tu, pastu kongsikan aper perasaan korang & apa tindakan yang akan korang buat...

sebelum tu, diingatkan bahawa situasi yang ambe sediakan nih mungkin akan berbaur dengan lucah sikit2, jadi arap dimaafkan sekiranya ambe yang bersalah... semoga kita semua tidak akan terjebak dalam situasi sebegini...selamat membaca dan selamat berkongsi pendapat...& thanks to kak yong, kerana memberi kebenaran ambe share...


p/s: citer gini la yang wat ambe takut, takut dengan kehidupan...
 

Sunday, November 21, 2010

the end of old life, the begining of a new one...

ASSALAMUALAIKUM...

first of all, i am not dead(yet) and this is not an entry from the grave(suspicious title right)...it just i have recently end my life as a student @ trainee teacher at IPG KSM and now begin my life as a unemployed person,hehhehe...after this i will end this miserable life, and begin my life as a teacher, insyaallah...well, life must go on right...

and sorry for not updating my blog for the last couple day, because i still in the sad / lazy mood. and i forgot to wish to all Muslim reader a HAPPY AIDILADHA...hope that our sacrifice will be accepted by Allah S.W.T...

also on Friday my friend and i have been to dungun to attend a long time no see friend wedding, iratul ikmal...i went there with my buddy, nordin & shahril and we do have a quality time together,heheheh...we have a lepak2 time at pantai near the UiTM dungun(i dunt remember the name), solat jumaat at Masjid UiTM dungun...then of to the wedding...the bride is so lovely, wearing a gold colour clothes(i dun know what type of it,hehehe)...i hope iratul & her husband will live happily ever after and dun forget to get child asap,hehehhe...

on 5 december, i will of to putrajaya to attend a wedding of my friend, IPPM student, one of my online best friend,heheeh...and i almost forgot, my classmate, duan & hayati also have engaged yesterday and will get married on next mid year holiday...huhuhu...when i think it back, when will be my turn? i hope it will just around the corner, which corner? i dun know about it yet,hehehe...but i think i will take june or december for my wedding...it is in the holiday, so many of my friend wont have any excuse not to attend the ceremony,heehhehe...


i think it is to much right...so to all human being who will get married before the end of this year, i will pray for your happiness, and long last relationship...may the force be with you,heheheh...

some pic to be share...
nordin, shahril, iratul & me...
my lovely fren, duang lang n yatie firdaus...



p/s: what is more important?the date or the day?friday or 20.11.2011???

Tuesday, November 16, 2010

pertemuan dan perpisahan...

ASSALAMUALAIKUM...

Telah diungkapkan sejak dari berzaman lamanya...
setiap pertemuan pasti akan diiringi dengan perpisahan...
namun begitu menjadi pilihan kita sendiri untuk menentukan sama ada kita mahukan perpisahan itu 
menjadi perpisahan yang sementara atau untuk selamanya...
telah 5 tahun 6 bulan kita bersama,
bersuka dan berduka,
bergembira dan berhiba,
tersenyum dan menangis...
tempoh masa ini adalah satu tempoh yang cukup lama...
satu tempoh yang telah mematangkan diriku, 
satu tempoh yang banyak mengajarku erti hidup,
satu tempoh yang telah menyedarkan diriku,
bahawa insan di sekelilingku ini 
tidak layak untuk digelar sahabat,
tidak layak untuk digelar kawan,
tidak layak untuk digelar kenalan,
kerana insan disekelilingku ini merupakan adik beradikku,
saudaraku dunia dan akhirat...
kepada semua insan yang membaca entri ini, 
saudara yang aku maksudkan ini merupakan
semoga ukhuwah yang terbina ini akan sentiasa subur...
semoga persahabatan yang terbina di dunia ini akan berterusan di syurga kelak...
sesungguhnya aku menyayangi kalian...
sehingga kita bertemu lagi...

klik utk lebih besar...

p/s: sayang macam adik beradik @ kawan la yek,heheheh...(sedih ambe wat entri ni,huhuhu)


 

Saturday, November 13, 2010

Wanita yang Istimewa...

ASSALAMUALAIKUM...

Mengapa wanita sgt istimewa....

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...


ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...



Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."



masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..



bukak almari...emmm. ..pakai baju hjau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok  settle.. 



dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...



ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
 ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit  ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....


So?....apa yang peliknya..?



Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...



Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better.. foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lag

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...



Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.

entry kali ni ambe dapat dari seseorang wanita dalam idup ambe..diambil dari sini yek...

Sunday, November 7, 2010

mencintai atau dicintai???


ASSALAMUALAIKUM...

tadi kan,ader la ambe jumpa satu list nih, pasa. cinta2 nih..ambe ambik dari FB sorang insan nih...jadi ambe nak berkongsi la sikit sebanyak...semoga reader sumer bulih la manfaatnyer...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. 
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang   berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

dah abis baca sumer? jadi camner?reader dah buleh memahaminyer?kalu tak paham tak per, boleh ulang balik dari atas semula...sehingga la paham yek...



p/s : baca la deh,insyaallah paham,biler dah paham,jangan luper aplikasikan...heheehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...