ASSALAMUALAIKUM…
Guru yang bagus ialah guru yang belajar dari muridnya…
pernyataan di atas mungkin sekali menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca sekalian. Tugas seorang guru ialah untuk mengajar muridnya, jadi bagaimana pula seorang guru itu boleh belajar dari muridnya?
Biarlah saya menyelesaikan kekeliruan di benak fikiran pembaca sekalian. Apa yang boleh dipelajari oleh guru dari muridnya bukan tertumpu kepada akademik semata-mata, namun seseorang guru itu perlu mempelajari gaya pembelajaran murid-muridnya. Guru perlu menggunakan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan muridnya, agar proses itu mampu berjalan dengan lebih lancar. Seseorang guru itu tidak boleh menggunakan pendekatan Syok Sendiri dalam mengajar, kerana ini akan mengakibatkan kebosanan melanda murid-muridnya. Justeru itu, guru itu perlu belajar daripada gaya pembelajaran muridnya.
Selain itu, guru juga boleh belajar ilmu-ilmu daripada murid. Sebagai contohnya, seseorang murid itu mungkin mempunyai cara penyelesaian masalah yang lebih elok daripada yang diajarkan oleh guru, dan guru seharusnya mempelajari cara penyelesaian itu, dan bukannya menafikan cara penyelesaian itu. Ini kerana maruah seseorang guru tidak akan tercalar semata-mata mempelajari sesuatu dari muridnya. Sekiranya guru itu merasakan maruahnya boleh tercalar daripada mempelajari sesuatu dari muridnya, maka seseorang guru itu mempertingkatkan tahap pedagogi dan ilmu pengetahuannya.
Guru yang baik juga boleh mempelajari keunikan yang terdapat pada setiap murid. setiap murid adalah berbeza dan setiap perbezaan itu adalah unik. Sekiranya seseorang guru itu mampu mempelajari keunikan pada setiap orang murid, maka guru itu adalah guru yang bagus. Ini kerana secara tidak langsung, guru itu akan lebih memahami akan perwatakan murid itu, dah akan memudahkan guru untuk membentuk murid itu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
sekadar gambar hiasan…
p/s:adakah seorang guru sanggup belajar dari muridnya?
11 comments:
boleh je ape salah belajar dari murid.
boleh je ape salah belajar dari murid.
ye..sebagai seorang guru apa slh nya belajar sesuatu dari murid...kadang2 kanak2 yang besikap suci dab jujur mmg buat kita sentiasa sedar... :)
thnks 4 da info...hehehe
boleh. tp macam rasa x selesa kot, hehe
Baby ROBOCOP | Kontest LAGI | Gaduh MANJA! |
alumni:hehehe...jangan boleh dimulut jek,takut tak leh pada perbuatannya..
cikmas:hehehe...btol tu,bersikat suci dan jujur...kan budak2 xpandai menipu,hehehe...
pinqib:hehehe...memang tak selesa,rasa cam maruh jatuh,cam ego tercalar kan,tapi adakah itu berbaloi untuk kebaikan kita dan murid kita?
kdg2 pemikiran murid lagi advance dari guru. tambah2 zaman sekarang, lagi2 la advance~
dya adriza:btol2 tu...kadang2 cikgu ni terlambat skit dari murid2,jadi tak salah kalu nak belajar dengan murid2..
jangan biar murid perasan guru belajar dari mereka nanti mereka kurang respect pada guru..
mohamad:yup,ade btol gak tu....hehehe
Post a Comment