ASSALAMUALAIKUM…
jikalau diberi peluang untuk menukar nama bangsa MELAYU, nama apakah yang akan dipilih oleh saudara saudari sekalian? ambe akan memilih nama MELAJU…kenapa MELAJU? kerana MELAJU membawa makna LAJU atau MAJU, suatu signifikan yang positif. nama MELAYU pula membawa signifikan yang negatif, iaitu LAYU…
kepada pembaca sekalian, jangan cepat melatah, ambe bukan cuba menimbulkan sebarang dakyah yang membolehkan ambe dipenjara oleh ISA. ini sekadar sedikit refleksi dari novel PANGGIL AKU MELAJU yang telah ambe baca.
novel ini mengisahkan mengenai seorang profesor, Doktor Ridzuan yang mengkaji mengenai asal usul Bangsa MELAYU dan dikatakan bahawa terdapat teori yang Bangsa MELAYU berasal dari Taiwan. namun Doktor Ridzuan terlalu obses dengan kajiannya dan menyebabkan dia menjadi gila. dan dalam pemulihannya, dia telah menghuraikan teori Bangsa MELAYU ini.
walaupun novel ini sekadar novel fiksyen, namun fakta-fakta yang terdapat di dalamnya tidak dapat dinafikan. setiap fakta itu kukuh dan boleh diterima oleh logik akal.
tahukah pembaca mengenai asal usul nama MALAY & MALAYS? yang telah diperkenalkan oleh pihak barat? MAL berasal dari perkataan ABNORMAL dan MALFUNCTION(Tidak Berfungsi) dan LAY pula berasal dari perkataan LAY (Baring). jadi pembaca boleh menggabungkan sendiri maksud di sebalik nama MALAY ini iaitu sering gering atau sakit
(baring + tidak berfungsi = sakit).
secara semantiknya pula, gering dalam bahasa Greko-Latin ialah MALAISE. dan diketahui bahawa bahasa inggeris kebanyakan diambil dari bahasa Greek dengan pengubahsuaian huruf Y dan I. jadi apabila huruf Y dalam MALAYS diganti dengan huruf I, ia akan menjadi MALAIS, dan dalam evolusi perkataan dan fonetik Melayu, ia menjadi perkataan MALAS.
ini sekadar sedikit ulasan dari novel itu, diharap agar pembaca jangan la sentap atau bengang dengan ambe…novel ini sesuai dibaca oleh golongan remaja dan dewasa, kerana laras bahasa yang agak tinggi digunakan. amat sesuai dibaca oleh sesiapa yang mencari asal diri sendiri…
sekian…
p/s: korang nak tukar nama MELAYU jadi nama aper?
12 comments:
review novel yg dijanjikan
jom ramai2 kaum Melayu, kita melaju :)
nak pinjam..heee~
last-last jadi malas..~ huh :)
MELAJU-MELAMBAT antonim neh
rafidah:heheheh...pilih la melaju...heheeh
duanglang:aq baru jek anto maring...mu kbo lmbat sangat2..
alinac:tu la yong,xsangka plak smpai leh jadi malas tu...
erinagemok:hehehe...jangan nak mengantonim plak,hehehe...melaju jek,xder melambat..heheh
wah! really?? kena cari buku ni nih..
dya:yup...cari la,kajian filologi yang sangat bagus...
bab2 bace buku ne de lemah skit..cpt ngantuk.hahahha
darkbatman:hehehe...kalu gitu,mmg xleh nak ditolong la...xpom suruh org tolong bacakan,hehehe
Post a Comment