Monday, April 11, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

tajuk arini bukan untuk menimbulkan sebarang kontrolbesi yek… ambe cuma nak menghebahkan kepada semua bahawa hari ini telah berlaku satu perkara yang amat memberi kesan mendalam terhadap diri ambe sebagai seorang guru…

al-kisah bermulalah kisah…

pagi tadi ambe masuk la kelas 4 Arif untuk mengajar subjek BI, selang 5 minit selepas itu datanglah seorang makcik dengan 2 budak kecik masuk ke kelas dan mintak jumpa dengan anaknya, Osama, dan ambe pom memberikan kebenaran…

selepas mak si Osama ni dah abis bercakap dengan si anaknya ni, si ibu ni pom mula la bercakap dengan ambe… mula-mula dia tanya la perihal si Osama ni dalam kelas, nakal ker tak, kerja rumah disiapkan atau tak, dan ambe pom jawab la dengan jujur, kerja rumah la sering tak siap…

ambe ingatkan mak dia nak marah ker aper, pastu mak dier pom cakap kat ambe, mintak ambe tolong ajarkan anak dia ni, sebab dia pom tak berapa reti nak tolong anak dia kat rumah, jadi dia mengharapkan agar ambe (cikgu BI si Osama nih) dapat la mengajar anaknya… dan ayat yang paling menyentuh perasaan ambe…”cikgu buat la macam mana pom, nak rotan atau nak apa pom, asalkan jangan sampai patah kaki tangan udah, hehehe…

sekian, tamatlah al-kisah, hehehe…

rupa-rupanya masih lagi ada mak yang sayang anak dia macam orang zaman dulu kala, merelakan anaknya dirotan, agar anaknya mendapat ilmu dari seorang cikgu…selama ini ambe cuma mendengar tentang kisah itu, tapi hari ini ambe betul-betul mengalaminya…dan ambe amat bersyukur kerana mengalaminya…semoga lebih ramai ibu bapa yang berpikiran macam mak si Osama nih…

 

p/s:mula-mula ingatkan mak si Osama ni nak serang ambe, sebab sebelom ni dah berlaku kes serangan ke atas cikgu,heheheh….

13 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

erkk sis tak pesan lg kat cikgu camtu.takpa..mlm ni ada parens evening kat sekolah..nnt sis pesan camtu gak..lupa da...nak pesan camtu.tp cikgu arab dan omputih ni x pki rotan pun.pelik juga..hihi

ijatnuar87 said...

heheehe...yup,pesan jek la...bagi cikgu2 tau,yang kiter nak kan ilmu dari cikgu2 nih...heheheh...bistu diorang pakai per kak?

Miss Sunshine said...

Bagus lah ada parent cmtu... Harini tak best sebab anak murid tak respect cikgu.. terbakar je rasa...

dyg said...

hmm..nasib gak kan mak dia camtu..
sy pon takut gak klu2 nnt ada mak ayah budak2 dtg nk marah..huhuu.....

IMANSHAH said...

erk, ada2..jgn pukui sampai lebam udah le

Siti Aziz said...

mak cik benarkan cikgu rotan anak makcik.. biaq dia reti, hidop nie kena ada elmu..bukan suka2.. [hi3].. mak cik benarkan..ulang sekali lagi...mak cik benarkan... ^_^

♥..cik_mas..♥ said...

sedihnye ijat... bagus makcik osama tu.. :)

nak bgtau yg sy tukar URL blog dah... tak tau awk perasan ke tak.. tkt x jmpe blog sy plak.. heee

Tengku Puteri said...

dah lama x singgah sini...emm..susah nak cri ibu bapa camtu skang nih kan..bguih la makcik tuh... =)

Fatin Amirah said...

mak ayah yang sayangkan anak2 nya akan bagi pengajaran pada anak nya.

Siti Hajar Masri said...

masih ada lg ye mak mcm tu..zmn skrg ni x boleh rotan sewenang2nya nnti mak bapaknya saman cikgu plakkan..;p

Cik Rose Cute said...

Kita sekolah dulu...ibubapak tak kisah pun kita kena rotan..sebab diaorang nak anak diaorang pandai...

Akak pun pesan cam tu jugak tapi jangan lebih2 pulak hehehe..

kiesya said...

hye! Nice blog..feel free to follow,mekaseh =)

http://www.duniakiesya.blogspot.com

bighagenjo said...

em, sekarang, pukul sket da heboh. bagus mak osama. harap2 osama jadi budak baik n rajin. nice entry.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...

mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...