Thursday, June 7, 2012

ALIH BAHASA ATAU SARI KATA…

ASSALAMUALAIKUM…

hah…mesti korang pelik dengan tajuk post kali ni kan… apa yang korang paham dengan alih suara dan sari kata nih? ok, meh sir ijat terangkan, hehehe…
dua-dua perkara ini biasanya terjadi dalam cerita atau filem la, di layar kaca atau layar perak… Alih bahasa ini merupakan keadaan dimana suara pelakon tu akan digantikan dengan suara orang lain, dan akhirnya cerita itu akan berubah bahasanya…contohnya cerita jepun, alih bahasa kepada bahasa melayu…
sari kata ni plak ayat yang biasa ader tertulis kat bawah cerita tu, yang akan memberikan makna bagi apa yang diucapkan oleh pelakon tu…
apa yang ambe nak bagi tau nih, bukan pasal maksud alih bahasa dan sari kata nih, tapi nak berkongsi pendapat dengan korang semua pasal mana yang lebih baik? gunakan alih bahasa atau sari kata?
bagi ambe la kan, ambe lagi suka dengan sari kata, sebab dalam masa yang sama, kita akan dapat belajar bahasa cerita itu. sebagai contoh, kalau kita tengok cerita inggeris, dengan membaca sari kata kat bawah tu, secara tidak langsung kita akan dapat belajar bahasa yang diucapkan oleh pelakon itu… mungkin ada yang kata, susah nak belajar la… tapi pada ambe, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih….
bagi alih bahasa plak, bagi ambe tak banyak kebaikan... biasanya cerita alih bahasa ni agak bosan, sebab suara n gerakan mulut tak sama, menyebabkan kadang-kadang nampak kelakar…
tapi tu semua pandangan ambe, mungkin orang lain berpandangan lain… cer pikir, cer pikir, hehehe…
comel
some smile in my life…
p/s: cuti sekolah dah nak bis, huhuhu…

3 comments:

Lydia Miza said...

assalamualaikum ijat
akak plg marah cite omputeh budak tukar ke ckp melayu klu kartun tau.mmg angin satu badan,bila nak pandai klu alih ke bahasa melayu...dgr lagu mickey mouse pun jd pelik.haha

ijatnuar87 said...

waalaikummussalm kak LM, btol dah tu..sy pom angin gak...dah jadi pelik rasernyer...camner la kiter nak blaja bhasa diorang kalu asyik alih bahasa jek...

anak_malaysia said...

Saya selaku pengarang sari kata ingin berpesan supaya jangan percaya lagi dengan kepercayaan karut bahawa sari kata boleh membantu orang menguasai bahasa asing yang disiarkan.

Boleh saya tanya, masa tonton drama Korea dengan sari kata, adakah kosa kata bahasa Korea awak menjangkau 'annyeong haseyo' dan 'gamsahamnida'? Dua tiga patah je boleh, yang lain kena masuk kelaslah. Kalau bahasa Inggeris tentu sama kan, itupun kalau asas BI awak masih tak kukuh?

Kadang2 saya bertembung dgn slanga2 Amerika dan British yg tak begitu difahami oleh rakyat Malaysia. Kadang2 tengok kamus urbandict pun bingung ada ke tak istilah BM yang padan jadi saya terpaksa hentam dgn nuansa2 sendiri. Dah berpuluh2 tahun dilimpahi filem omputeh pun penguasaan BI kita masih merosot. Yang terjadi pula gejala bahasa campur aduk... Kena azablah kita muncul filem omputeh dialih suara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...