ASSALAMUALAIKUM…
hehehe…entri lewat malam nih…ingatkan taknak kuarkan entri malam ni, tapi selepas mengodek-godek isi enset ambe, ambe pom terjumpa la beberapa keping gambar, dan nak kongsikan la dengan kalian…
dan ambe ni bukan photographer yek(belom lagi,hehehe) dan kualiti gambar ambe pom tak berapa memuaskan la.
tapi bukan kualiti gambar yang ingin ambe kongsikan, tetapi maksud yang tersirat disebalik gambar itu…
tarra!!!
dan taraaa!!!
ok..kalian dah tengok gambar kat atas? faham apa yang cuba ambe kongsikan?
ambe nak tunjuk mengenai kanak-kanak.
yer la, memandangkan ambe akan mengajar kanak-kanak berusia 7-12 tahun jadi ambe kena la mengenali kanak-kanak terlebih dahulu…kita semua pernah menjadi kanak-kanak kan, dan ambe rasa kebanyakkan dari kalian pasti bersetuju bahawa zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan.
kanak-kanak merupakan golongan yang paling suka bermain…dan ada dikalangan ibu bapa yang tidak menyukai dengan perkara tersebut…harus difahami bahawa bermain itu juga merupakan salah satu bentuk pembelajaran dan sekiranya kanak-kanak ini dinafikan haknya untuk bermain, berkemungkinan kesan kepada kanak-kanak itu adalah buruk.
cuba kita lihat senario sekarang, kanak-kanak disekolah, mereka disogokkan dengan akademik yang terlalu banyak menyebabkan mereka kehilangan masa untuk bermain. kalian bayangkan sendiri, 7.30 pagi ke sekolah, 2 tengahari ke kelas fardu ain atau kelas tambahan, pulang ke rumah pada pukul 5 petang, berehat dan pada malamnya pula terpaksa menghadirkan diri ke tuisyen atau kelas malam. begitu juga pada hujung minggu, penuh dengan kelas-kelas…
cuba kita bayangkan diri kita sendiri ditempat mereka, tidakkah itu merupakan satu hidup yang cukup membosankan? mereka kehilangan waktu bermain, dan menyebabkan mereka memberontak untuk mendapatkannya. dan akan menjurus kepada gejala ponteng sekolah, dan seterusnya dapat menjerumuskan mereka ke gejala sosial yang lebih teruk seperti merempit dan bohsia…
jadi kepada semua, sama-samalah kita memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan apa yang perlu untuk mereka…berikan mereka keseronokan yang sepatutnya mereka dapat, keseronokan yang pernah kita rasai dahulu…
dan kita juga akan merasa seronok apabila mereka seronok…nak rasa seronok?
jom layan…
p/s:ambe sangat suker budak-budak,kerana diorang comel dan suci dari sebarang kekotoran dunia…
13 comments:
salam ziarah..dah follow ur blog.
selamat bercekgu di Pahang nanti..hehe
btul tu. Sy adalah salah seorang yg jenis mcm tu. Bile besar, jiwa memberontak. Pagi sekolah, ptg sekolah agama. Malam mengaji. Unjung minggu follow tablik. Masuk tahfiz lari. Masuk kelas arab,paper exam biar kosong. Akhir nye dah besar jadi skinhead..keh3..
Sy harap cikgu2 sekarang lebih memahami jiwa anak2 seawal usia. Tak yah la bg keje skolah byk2. heheh..
(^___^)
hihi..
dh boleh kawen dh ni...
… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
kita kan semua pernah rasa zaman kanak kanak..... eeeemmmm zaman aku dulu aku tak banyak impian aku tercapai... nam beli mainan pun tak dapat....
tapi aku bersyukur kerana aku sedanya sekarang ini
happy CNY!!
hehehe..kanak kanak itu comel.
lorhh..cikgu jugak meh... :)
Assalam..
waahh,cikgu rupanya..:)
betul2,time kanak2 laa paling best..
Hope cikgu blh jdi seorng pendidik yg panyabar...sbb umur 7-12 thn ni memang macm2 pea kan..:)
sangat bersetuju dgn kamu, chekgu,,,,
selamat berposting ye =)
Ajar budak kecik yang nakal.cikgu dibenarkan untuk merotan or mencubit pelajar??
hehe, baguslah Pokjat suka budak2... sy ni kurang ckit dgn kanak-kanak sbb kanak2 tak suka sy. Diorang cakap saya cikgu garang masa pergi sekolah mereka last year... hahah
kerna sekehan cekgu yang berbisa, aku jadi manusia.. hehehe
pergh!! da nampak dah sinar2 duru cemerlang tu. hehehe
kalau diberi pilihan..aku nak jer jdi cikgu pra sekolah tau =))
Jeng3x…
# Bottle Of Hopes @ Wishing Bottle (Botol Rahsia…) #
Post a Comment