Sunday, October 10, 2010

UPSR ohhhh PMR....

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin


2010/10/09

SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
sumber dari berita harian

ambe bukan nak jadi penyampai berita harian, tapi ambe nak berkongsi pendapat ambe pasal hal UPSR PMR ni...ambe nak cakap yang ambe setuju la dengan ni...terutama pasal UPSR tu, nak ubah format & bentuknyer...ambe rasa dah tiba masanya untuk UPSR tu kiter letak kan juga markah untuk kerja kursus, macam dalam PMR tu. sekurang-kurangnya selain dari pembelajaran secara teori, murid-murid akan dapat mempraktikkn ilmu teori diorang tu dalam bentuk amali plak...secara tidak langsung akan membawa kepada pembelajaran holistik...aper2 pom, ni sekadar perkongsian pendapat ambe la...pendapat tuan hamba sumer2 xtau la plak camner kan...kiter tengok jek la camner keputusan kerajaan pasal UPSR nanti deh...sekadar secebis pendapat dari cikgu praktikum , bakal cikgu,hehehe...
p/s : sama-sama kita doakan kejayaan murid2 2010 dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...

mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...