salam...arini ambe ader jumpa dalam fb fasal doa2 yang mustajab untuk saper2 yang nak exam nih...jadik ambe pom terase nak kongsi2 gak la...smoga saper2 yang baca boleh la manfaatnya...sekadar menyampaikan sedikit ilmu, smoga menjadi pedoman dihari muka kelak...(taching la plak,hahaha) 
- Doa memulakan ulangkaji 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ  النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ  الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ  وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya:  “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para  rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan  zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya  Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
-  Doa selepas mengulangkaji 
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ  وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ  إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah!  Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu.  Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya  Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari  PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari  peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1.  Ketika memasuki dewan peperiksaan: 
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ  صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ  سُلْطَانًا نَصِيرًا 
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku!  Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta  keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;  dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan  yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan: 
قَالَ  رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً  مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا  قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku,  lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan  lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3.  Ketika sukar menjawab:  
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ  أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri  dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4.  Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ  تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah!  Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan  kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran  sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika  anda terlupa jawapan:
 اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ  رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya  Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan  padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
Persatuan  Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau mengucapkan selamat  menempuh peperiksaan musim akhir ini kepada abg2, kakak2 & adik2 yg  mengambil exam esk.. moga berjaya dunia dan akhirat...
ni antara sedikit doa yang ambe ambik dari fb...kalu nak doa lain buleh la jenguk dalam blog ini dan itu...
p/s : doa ni sekadar permintaan kita dengan Allah, apa yang lebih penting ialah usaha kita...aturannya ialah USAHA, pastu DOA, pastu TAWAKAL...sekadar sedikit perkongsian(kalu xnmpk,copy,paste dalam word,pastu besarkan font)......  
 

 

 
No comments:
Post a Comment