ASSALAMUALAIKUM...
apa yang kita tahu tentang api? api itu panas, membakar dan merbahaya. selain itu api juga sifatnya ganas, kejam dan menguasai. itulah elemen yang menjadikan syaitan, yang bersifat menguasai, ingin menguasai manusia agar sama-sama mengikuti mereka ke dalam neraka yang panas membara...
seterusnya, apa yang kita ketahui tentang tanah? sifatnya yang teguh, keras namun mudah pecah apabila dialirkan dengan air. sepertimana yang telah kita ketahui, kita dijadikan dari tanah, yang keras kepala, namun lembut apabila dialirkan dengan air kasih sayang, kasih sayang dari tuhan yang menciptakan kita.
namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa tanah mampu memadam kan api yang marak...tanah yang hina dipijak-pijak ini mampu memadamkan api sekiranya kita menaburkannya keatas api yang membara...begitulah juga dengan manusia, yang mampu memadamkan penguasaan syaitan keatas diri kita. apa yang penting ialah kita perlu berani untuk memadamkan api itu, bukannya semakin takut dengan api yang membara...
oleh itu, marilah kita bersama-sama memadamkan api syaitan yang membakar dalam diri masing-masing...api itu tidak akan membakar tanah, kerana sifat tanah itu sendiri yang lebih kuat dari api...
sumber1, sumber2
p/s: entri ni pasal api syaitan dalam diri masing2 yek,bukan api kat dapur atau api yang membakar rumah, kalu api tu cepat2 pnggil bomba...
1 comment:
yup...btol tu...kerana tanah boleh memadamkan api...jadi kena kuatkan diri,jgn mudah terpedaya dgn hasutan syaitan....
Post a Comment