Friday, November 26, 2010

Mat Rempit Yang Halal???

ASSALAMUALAIKUM…

 

Ni ader satu berita dari surat khabar Berita Harian yang amat menarik minat ambe… aper-aper pom, korang baca dulu yek…

‘Jangan Tunggang Langgang’ sediakan peluang profesional
KUALA LUMPUR: Mat rempit yang terbabit dalam kegiatan lumba haram dan dilihat mempunyai bakat tersendiri, bakal dilatih menjadi pelumba profesional melalui kempen ‘Ride It Right’ atau ‘Mat Rempit – Tunggang... Jangan Tunggang Langgang’.
Ride It Right yang bermula di Pulau Pinang pada 11 Disember ini sebelum menjelajah ke seluruh negara akan menyediakan peluang untuk kaki motor menampilkan kemahiran masing-masing dengan cara lebih selamat.

Ia termasuk aktiviti perlumbaan dengan setiap pemenang berpeluang mengikuti latihan intensif di Akademi Perlumbaan Ride It Right, seterusnya digilap menjadi pelumba profesional sama ada dalam sirkit tempatan atau antarabangsa.

Program Ride It Right – Kempen Kesedaran Sosial Pemotoran Peringkat Kebangsaan 2010/2011 dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Eramaster Resources dan UMW Penzoil Distributors.
Kumpulan Media Prima Bhd, akhbar Berita Harian dan New Straits Times (NST) adalah rakan media program itu. Pelancarannya dilakukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman, semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail; Ketua Trafik Pasukan, Datuk Abdul Aziz Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Ride It Right, Suhaimi Abdul Jalil dan Pengurus Besar Penzoil Distributors, Ruslan Abdul Ghani.
Ismail berkata, banyak ruang untuk menangani masalah lumba haram dan kegiatan mat rempit, khususnya yang membabitkan belia dan remaja.
“Kita tidak sepatutnya bertumpu kepada operasi penguatkuasaan dan program kesedaran semata-mata, sebaliknya harus diperkembangkan kepada penganjuran pelbagai aktiviti berfaedah yang mampu menarik minat mereka.
“Bagi PDRM sudah tiba masa strategi baru dirangka dalam menangani pemasalahan ini secara lebih berkesan untuk jangka masa panjang. Kita mahu menggunakan pendekatan lebih mesra dengan mendampingi golongan itu,” katanya.

 

apa pendapat korang? adakah masalah rempit ni boleh diatasi dengan cara nih? ambe agak sangsi… bukan ambe nak menyokong mat rempit & menafikan tindakan kerajaan, tapi berdasarkan sumber2 rempit yang ambe kenal, diorang ni merempit kerana ianya sesuatu yang salah… dengan kata mudah, mereka memang suka melakukan kesalahan… mereka suka untuk diburu, kerana itu adalah adrenalin mereka… namun begitu tidak bermakna semua mat rempit camtu… mungkin ada mat rempit yang dapat mengikuti program ini, dan diharap kepada mat rempit diluar sana, kalu bran, jom la g trek, heheheh… semoga korang akan berdiri setaraf dengan Jorge Lorenzo & Velentino Rossi… idola ambe tu,heheheh…

NSTsumber:google 

sumber

p/s: ambe bukan mat rempit yek… status korang tak tau la… hehehe…

6 comments:

Mat Ganu said...

hidup mat rempit...hhahaha.
eh, showbox mung sakot lah aku nok bace entri..buang lah jauh2, wak nyemok jer...hahahaha. mksd aku letok sebeloh kri deh..hehe

ijatnuar87 said...

beyeh2...aq tra buboh beloh kiri pulop...(guana nok wat auuu)

Mimie said...

kiri ke kanan?kompius ambe.

ijatnuar87 said...

udah ke kanan,hehehe...

KABAKOGA said...

kerajaang tau rempit ni sedak,,

ijatnuar87 said...

ahaks...saper suker ikut undang2?ingt tau,ader satu pepatah orang putih nih, LAW IS MADE TO BE BROKEN...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...