Tuesday, November 9, 2010

ISLAMOFOBIA...

ASSALAMUALAIKUM...

Kokrang pernah dengar pasal islamofobia ni tak?Kokrang paham aper yang dimaksudkan dengan islamofobia? kalu kokrang tak pernah dengar & nak paham dengan apa yang dimaksudkan dengan islamofobia, meh ambe citer sikit pasal islamofobia...mula mula skali pasal perkataan tu sendiri, Islam tu merujuk kepada agama dari langit yang dianuti oleh ummat Islam dan dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad...pastu fobia ni pulak merujuk kepada perasaan takut...jadi dengan kata lebih mudah, takut kepada Islam la...Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

masalah ni dah semakin menular dengan pesat di negara2 eropah, dan antara negara yang semakin menunjukkan sikap Islamofobia ni ialah negara tempat lahir badan Palang Merah antarabangsa, kokrang dapat teka? sudah semestinya negara Swaziland Switzerland...diorang nak mengharamkan pembinaan menara masjid atas sebab menara masjid sebagai simbol agenda politik Islam, berdasarkan aliran fahaman yang melihat Islam dan orang Muslim sentiasa mempunyai agenda politik untuk mendominasi, dan fahaman bahawa Islam menafikan hak-hak orang lain. agak bodoh bunyinya kan...

lepas tu naik lemak pulak Jerman...yang turut sama menggunakan isu yang sama, pasal masjid...(diorang wat gereja tu xper plak)...lepas tu hal Islamofobia ni menjadi lebih teruk selepas berlaku peristiwa 11 Sept 2001...memang masyarakat antarabangsa pandang Islam ni sebagai pengganas yang hanya tahu guna keganasan sahaja...baru2 ni plak timbul pulak isu nak bina masjid kat kawasan Ground Zero(kawasan bekas tapak WTC)...siap wat demonstrasi nak menghalang pembinaan masjid kat situ...

apa pom pahaman masyarakat antarabangsa nih, menjadi tanggungjawab kiter sebagai ummat Islam untuk membetulkan fahaman mereka tu...kalu menurut akhbar Berita Harian nih, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi boleh bantu kita untuk memahamkan masyarakat antarabangsa nih, yang Islam merupakan agama kedamaian...antara perkembangan yang dapat dilihat, yang ni memang ambe suker sangat, penghasilan komik ringkas mengenai Islam...cukup ringkas dan padat...kokrang leh tgk kat sini deh...

p/s: siapa yang bakal menegakkan kembali syiar Islam dibumi ini? 

2 comments:

Abu Uwais said...

terima kasih la bt pop up comment dan matikan word verification

ijatnuar87 said...

sensama...beyeh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...