Friday, January 21, 2011

BAHAYA MICROWAVE OVEN...

ASSALAMUALAIKUM…

baiklah, masa ambe sedang menghapuskan surat elektronik (emel) ambe,  ambe ada la terbuka satu emel nih, dah lama kawan ambe anto, dan sekarang ambe nak kongsikan dengan kalian…
namun begitu, ambe nak jelaskan awal-awal, yang entri ni merupakan entri yang paling panjang yang pernah ambe terbitkan. jadi kepada sesiapa yang rasa-rasa malas nak membaca, takyah baca la deh…
ambe dah sengaja kuarkan entri ni pada malam ni, sebab esok kiter semua cuti, jadi kalian akan ada masa untuk membaca…
ini sekadar perkongsian ambe kepada kalian, macam khidmat masyarakat gitu la…semoga kita sama-sama beroleh kebaikkan dari entri ini…

Sebelum naik rumah baru, mama mmg teringin sgt nak beli microwave. Duk 'tenampak2 microwave baru atas kabinet dapur..... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2 belek majalah anis kat library sekolah, mama terpandang satu article... baca punya baca, terlopong skejap, then duk alhamdulillah sorang2, 'nasib baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....
BAHAYA MICROWAVE OVEN....
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg...! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.
Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.
Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.
Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.
Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.
Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.
Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.
Fikirkan...
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.
Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!
Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
. http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
. http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html
. http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm
Sumber : ANIS, Mac 2008
klik gambar untuk kajian mengenai microwave oven ini…
terima kasih kerana kalian berjaya menghabiskan masa untuk membaca entri ini…sekiranya kalian berasa entri ini bermanfaat, silalah kongsikan dengan orang lain…sekiranya kalian rasa ini hanya omongan kosong, tak mengapa, kerana ambe tak rugi apa-apa…

p/s:kalu korang nak buang oven korang, jangan salahkan ambe plak yek, hehehe…

37 comments:

استاذة ليلا said...

btol lah. islam p0n larang masak mkann lawan arus nih. dulu tyme kije kt scret rcipe,pkai micr0wve la. pergh! xpress! senang sgt!dapt gaji,engat na adiahkan mak microwve 1. ta nak bg mak penat sbb jz nk pnaskan lauk2 la kan.huhu,seb bek ta jd blikan.fuh! bahaya 2...

Unknown said...

hurm, penah baca artikel ni kat sumber2 lain gak.. ntah la. ada yang ckp microwave ni ok, ada ckp x... hurm, poning den...

Sham said...

apa lagi... masak stail tradisi jela...selamat...

IMANSHAH said...

eh ye ke??mujur malas masak..hehe

Tengku Puteri said...

emm..kat umah xder microwave.. umi sy panaskan lauk atas dapur je... =)

ijatnuar87 said...

laila:yup.dlu pom ambe ingatkan camtu...tapi lepas pikir2 balik,semua yang tertulis ni ader btol gak...lagipom panaskan atas dapur,bukan susah pom,anak pompuan kan ramai,heheheh

ijatnuar87 said...

azham:ni skadar satu perkongsian...tak cakap btol atau salah...pilihan kiter untuk nak atau xnak...hehehe

ijatnuar87 said...

sham:btol tu cikgu...senang & selamat

ijatnuar87 said...

imanshah:hehehhe..malas masak takder kaitan dengan microwave cikgu...heehe

ijatnuar87 said...

farhah:sma la...cara yang selamat,hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EEEEMMMMM sampai sekarang tak gunakan micro wave ni pasal ade dengar keburukan dia ni....

mmg ade yang kata ade kebaikan tahhhhh bila baca entry ko ni betul lahhhh ade keburukan dia rupanya

Hakimi Reza said...

adehh~~jem..jemm..selama ni aku dok guna natang(Microwave) ni la..huhuhuhuhu


tnks bro share info

aliaa farhana said...

info yg mnarek....ta sume org taw mende2 cmni...trmasuk sy....maceh!!!

Mimie said...

memang betol2 panjang pokjat.wow!btw nice entry.so lepas ni kalau nak panaskan makanan,gunalah dapur gas.takut jugak nak guna microwave lepas baca menda ni.

hysman said...

salam...

perghh..thanx fe d info bro..
siyes kwn baru taw,slalu klu bli ayam panggang kat giant mmg balik panaskan smula pkai bnda alah nih..tak taw plak impaknya jd lagu tu...
lps ni tobat tak mo pkai dah...
teknologi yg manusia ciptu tu sndiri yg merosakkn saudara mrk...
adeiii...

thanx der... :)

Mat Ganu said...

lor..aku pun blajar pasal microwave jat...Hehehee

Siti Hajar Masri said...

x jadilah beli microwave..aku baru nak beli..

Imran nyambek said...

maggi je.hehe

Anonymous said...

takut nak baca. jap2 baca dulu

niesz said...

ermm..lps ni da xnk la pkai microwave lg..thanx ye share info ni..:)

Siti Noraisyah said...

Ooo... bahaya ke? mujur kat rumah xde microwave oven ni.. Panaskan guna api dapur gas je, takdelah leceh sangat... heee... ^^

iniialahaku said...

patutla mak aku masak pkai oven yg lma gila 2...jnis da besi bgi pnas tu..mak aku lgi pndai sains rupanya....hahaha

oh; aina said...

mak aihh . baru tahu bende alah ni bahaye . Jadi , pizza pun taley nak makan laa kan ? T_T

ijatnuar87 said...

afzainizam:yup.btol tu...artikel ni mmg dah lama,cuma baru jek ambe sedar...

ijatnuar87 said...

enciknakal:takper.masih sempat lagi..hehehe

ijatnuar87 said...

bungalilypink:yup...arap2 disebarkan kepada semua.heheh

ijatnuar87 said...

mimie:yup...btol tu...biar lambat,asal selamat

ijatnuar87 said...

hysman:yup...sensama...moga2 kiter sama2 sedar kan..

ijatnuar87 said...

matganu:jadi btol tak nih ding?

ijatnuar87 said...

sitihajar:hehehe...jangan salahkan ambe plak yek

ijatnuar87 said...

imran:hehehe..cepat & senang kan

ijatnuar87 said...

macy:heheheh..takper..baca dlu

ijatnuar87 said...

niesz:heheheh...tapi jgn salahkan ambe plak yek

ijatnuar87 said...

siti:btol tu,senang jek kan..

ijatnuar87 said...

iniialahaku:ahaks...sma la kiter,mak ambe pom guna oven tu gak...

ijatnuar87 said...

aina:pizza takleh makan?kenapa?

SMK Senawang 3 said...

Kajian tetang keburukan atau kebaikan microwave secara mendalam boleh dirujuk di sini: http://www.precisionnutrition.com/all-about-microwave-cooking

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...